Industri ternakan siput sudu di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu.
Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan siput sudu perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Ads
Sampel-sampel siput sudu sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan siput sudu dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.
Ads
Projek menternak siput sudu dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali siput sudu digantung di bawahnya.
Ads
Benih-benih siput sudu semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian siput sudu berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (siput sudu kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kupang merupakan sejenis siput (mollusk) yang mempunyai bentuk bulat dan bujur tirus di bahagian hujung kulitnya.
Dua keping kulit kupang berwarna hijau gelap (hijau lumut) dan berjalur hijau muda di bahagian tepinya.
Kupang yang juga dikenali dengan nama siput sudu (mussels) ini mempunyai isi lembut dan berwarna oren kekuningan dan berasa liat ketika mentah.
Kulit kupang yang keras melindungi isi dari cacat atau dimakan oleh ikan dewasa. Terdapat 3 jenis varieti kupang iaitu Pteriomorpha untuk ternakan air laut, Palaeoheterodonta untuk ternakan air tawar dan Heterodonta sejenis kupang zebra.
Kupang merupakan siput planton feeders iaitu (pemakan plankton) sama seperti kerang, remis, siput sedut dan pelbagai haiwan bercengkerang.
Ia merupakan sejenis famili kerang-kerangan dwicangkerang yang boleh dimakan. Siput sudu boleh dijumpai di kawasan air tawar seperti tasik dan sungai dan juga di kawasan pasang surut di pinggir laut di seluruh dunia.
Melalui arkeologi, dapat diketahui bahawa manusia telah lama menjadikan siput sudu sebagai satu sumber makanan.
Hari ini, siput sudu laut merupakan sejenis makanan laut yang popular, terutamanya di Belanda dan Belgium, di mana ia biasanya dimakan bersama kentang goreng atau jejari kentang.
Di Itali pula, siput sudu biasa dimakan bersama makanan laut lain atau dimasukkan ke dalam pasta. Di Turki, siput sudu akan digoreng dengan tepung dan dimakan dengan kebab atau dimakan sejuk bersama nasi.
Kupang banyak diternak oleh pengusaha di negeri Johor dan Negeri Johor merupakan negeri pengeluar kupang terbesar di Malaysia.
Penternakan kupang banyak dilakukan di kawasan perairan Selat Tebrau terutama di kawasan Senibong, Johor Bharu dan ia juga pernah diternak di kawasan Sungai Rambai, Melaka disekitar tahun 1980-an.
Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Pertanian merupakan agensi yang bertanggungjawab untuk mengawal, mengurus dan mengeluarkan lesen kepada persatuan nelayan atau pengusaha yang berminat untuk menternak kupang.
Pelbagai projek yang dianjurkan oleh pihak LKIM dalam memeriahkan dan mengembangkan usaha perniagaan dalam bidang akuakultur ini supaya penternakan
spesies akuakultur ini boleh berkembang maju sehingga boleh dipasarkan secara komersial kepada seluruh negara.
Ianya juga boleh mendatangkan sumber pendapatan yang lumayan kepada pengusaha. Permintaan yang tinggi terhadap siput sudu atau kupang ini datang dari pengusaha makanan laut.
Ini kerana rasa kupang yang enak serta bau aroma yang membangkitkan selera pengemar makanan laut. Juadah kupang bakar atau kupang tumis berlada menjadi pilihan pengemar.
Ini adalah kerana setelah kupang dimasak, isi kupang berasa lebih manis, mempunyai isi lembut dan sesuai dinikmati bersama nasi panas.
Di kawasan perairan Pontian dan Tebrau, pengusaha penternakan Kupang menggunakan teknologi pelampung tong plastik dan tali rawai.
Tong plastik akan diikat dan direntangkan di persisir peraiaran dan tali kupang akan di ikat pada tong tersebut.
Ada juga pengusaha yang menggunakan teknologi lama dengan memasang tiang kayu nibung yang dipasak di dalam laut dan tali kupang akan diikat dengan pemberat dan ditenggelamkan di dalam air.
Bagi kedua-dua teknologi ini, benih kupang akan dilepaskan di sekitar tali dan ianya akan semulajadi melekat di tali tersebut. Ia akan membesar selama 7 hingga 10 bulan sebelum ianya boleh dituai.
Makhluk ini dinamakan begitu (cuttlefish) kerana mereka mempunyai tulang di tengah-tengah badan mereka, yang dikenali sebagai ‘cuttlebone’, diisi dengan gas, yang digunakan sebagai alat kawalan keapungan.
Mereka mampu membesar kira-kira 30 cm panjang (sotong raksasa boleh membesar sehingga 100 cm), mereka mempunyai 8 lengan dan 2 prahensil (mampu merebut) tentakel di sekitar bahagian kepalanya.
Seperti sotong kurita, sotong katak mempunyai kromatophores pada kulit mereka yang mana mereka boleh berubah serta-merta dalam warna dan tekstur menjadikannya antara pakar penyamar terbaik di kerajaan haiwan.
Mata mereka sangat mirip dalam pembinaan mata manusia dan ada pendapat yang tidak dapat disangkal bahawa anda berurusan dengan makhluk cerdas apabila anda mendapati diri anda dalam pertandingan menatap mata dengan sotong.
Kenapa mereka mempunyai corak badan berbentuk W masih misteri, tetapi sesetengah pakar percaya ia membolehkan mereka melihat ke belakang dan ke hadapan pada masa yang sama.
Tabiat pemakanan
Sotong adalah penghuni bawah yang sering menghendap haiwan yang lebih kecil seperti ketam, udang, ikan dan moluska kecil.
Sudah tentu sotong akan menyelinap ke atas mangsanya. Selalunya pergerakan secara beransur-ansur ini disertai dengan pertunjukan cahaya di atas kulitnya di mana kumpulan
warna berdenyut di sepanjang tubuhnya menyebabkan mangsa menjadi membeku, seolah-olah terpesona.
Kemudian ia menyemburkan 8 tangannya dan melepaskan 2 tentakel makan putih panjang yang meraih mangsa dan menariknya kembali ke paruh menghancurkan.
Pembiakan
Pasangan sotong katak menyelaraskan badan mereka ke kepala sehingga jantan boleh memindahkan satu paket yang dimeterai sperma ke dalam kantung di bawah mulut betina.
Sotong betina itu kemudian menjelajah ke tempat yang tenang di mana dia menarik telur dari rongga dan melepasi mereka ke atas sperma, dan dengan itu menyuburkannya.
Sekiranya terdapat banyak deposit sperma, ia adalah di belakang barisan, iaitu yang terakhir untuk deposit, yang memenanginya hari itu.
Telur biasanya kemudian diagihkan dalam cengkaman yang disalut dengan sepia keduanya bertindak sebagai daya pelekat dan juga mungkin untuk menyamarkan mereka dengan persekitaran mereka.
Sotong betina boleh meletakkan kira-kira 200 telur dalam cengkaman yang sering berdekatan dengan betina lain.
Selepas 2 hingga 4 bulan, menetas sebagai versi kecil ibu bapa mereka dengan bekalan kuning telur yang menyuburkan mereka sehingga membunuh pertama mereka.
Kitaran hidup
Tidak seperti sotong cumit atau kurita, bayi sotong katak sudah sangat maju dan bebas daripada penetasan.
Mereka segera mula cuba menjejaki pemangsa kecil dan secara naluri menggunakan semua senjata semulajadi mereka.
Walaupun terdapat mekanisme yang luar biasa untuk kedua-dua pertahanan dan serangan dan kecerdasan mereka yang jelas, sotong tidak hidup untuk masa yang sangat lama.
Mereka hidup di mana antara 18 dan 24 bulan dan betina mati sejurus selepas pembiakan.
Terdapat 3 jenis sotong yang biasanya dicandat apabila tiba musim mencandat sotong di perairan pantai timur Semenanjung Malaysia.
Ketiga-tiga sotong ini memiliki sifat dan morfologi yang hampir sama iaitu sotong torak, ketupat dan jarum.
Sotong Torak
Sotong ini kebanyakan ditemui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ketika musim bertelur, sotong ini akan menghampiri pantai dan unjam darat untuk bertelur.
Mengikut cerita nelayan, sotong yang ditangkap di kawasan unjam laut bersaiz lebih besar dan panjang.
Bagi mencadat sotong ini, selalunya nelayan mencari kawasan ia bertelur semenjak waktu petang lagi. Kawasan sotong bertelur ini dikenali sebagai kandang.
Jika terjumpa kandang ini, sauh bot akan dilabuhkan. Aktiviti mencandat bermula dari petang hinggalah ke waktu subuh.
Lampu generator dipasang pada waktu malam kerana, sotong ini cukup aktif bermain cahaya lampu.
Semakin terang cahaya lampu yang dipasang, semakin banyaklah sotong yang berkumpul di bawah bot.
Penduduk tempatan lebih selesa menggunakan koyan bagi memancing sotong ini. Bagi kebanyakan pemancing moden, mereka lebih suka menggunakan joran pancing kerana mereka tidak mahir menggendalikan koyan yang berselirat.
Candat yang digunakan termasuklah candat udang, candat mayat dan candat umpan.
Pancingan dilakukan dengan cara menghenjut. Bagi candat umpan cukup sekadar membiarkannya di dasar laut dan diperiksa sekali-sekala.
Jika sotong terkena pancing, pancing akan terasa berat. sotong yang besar mampu untuk menarik tali keluar dari kekili atau koyan.
Ketika sotong menghampiri permukaan air, ia akan memancutkan air atau dakwat hitam dalam usaha untuk melepaskan diri.
Perlu diingat jangan sesekali menarik sotong secara lurus menghadap muka. Sengetkan sedikit tali bagi mengelakkan daripada terkena dakwat sotong.
Sotong Ketupat
Sotong ketupat mempunyai saiz yang sederhana. Saiznya hampir menyamai sotong jarum tetapi bentuk badannya lebih membulat manakala sotong jarum mempunyai badan yang tirus dan panjang.
Warna badan sotong ketupat agak cerah berbanding sotong jarum yang lebih gelap. Selalunya sotong ketupat menyertai kumpulan sotong jarum dan sotong torak.
Ramai pencandat baru tidak dapat membezakan dengan jelas antara anak sotong torak dan sotong ketupat.
Selalunya sotong ketupat mempunyai bentuk perut yang agak buncit dan badannya pendek sedikit.
Cara ia menyambar candat hampir menyamai cara torak menyambar umpan cuma tarikannya tidaklah sekuat sotong torak.
Sotong ketupat banyak ditangkap menggunakan pukat. Jika anda turun ke laut untuk memancing sotong torak tentunya hasil tangkapan anda akan diselang seli dengan sotong ketupat.
Di pantai timur khususnya Terengganu, sotong ketupat bersaiz kecil dan sederhana dimasak bersama beras pulut dan manisan.
Masakan yang popular ini dikenali sebagai ketupat sotong.
Sotong Jarum (Cumit)
Sotong Jarum lebih menyerupai sotong torak, cuma saiznya lebih kecil. Sotong Jarum berwarna lebih merah daripada sotong Torak.
Ketika memancing sotong torak, kadang-kadang sotong jarum akan mencelah. Selalunya nelayan tidak menyukai sotong ini kerana saiznya lebih kecil dan lebih murah. Sotong selalu mengacau pemancing sotong torak.
Sotong Jarum juga boleh dipancing dari kawasan pantai. Bagi pemancing ikan, sotong jarum adalah salah satu umpan yang disukai bagi memancing jenahak dan kerapu.
Jika sotong jarum banyak, lampu akan dipasang dan sotong ini boleh ditangkap hanya dengan menggunakan sauk sahaja.
Sotong ini juga berminat dengan umpan yang dihulurkan oleh pemancing. Walaupun sotong ini suka menyambar gewang, ia agak sukar untuk dinaikkan kerana saiznya yang agak kecil.
Ketika waktu kurang aktifnya, kita dapat merasakan sotong ini memegang dan melepaskan semula gewang beberapa kali. Jika ini berlaku peluang untuk menaikkan sotong jarum sangat tipis.
Dari segi tentangan, sotong ini sesuai dipancing menggunakan joran aksi ringan. Dalam berseronok memancing jangan pula kita alpa tentang dakwatnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...