Industri ternakan siput sudu di Malaysia kena diteruskan dengan menyediakan permit penternakan dan teknologi lebih baik dari pihak tertentu.
Masalah serangan perosak seperti jenis siput lain yang merosakan siput sudu perlu diatasi dan kempen kualiti logam berat juga perlu dipantau.
Ads
Sampel-sampel siput sudu sering dan perlu diperiksa mengikut jadual berkala untuk mempastikan keselamatan siput sudu dari menjadi makanan toksik kepada manusia terutama dalam kandungan logam berat dan organisma merbahaya.
Ads
Projek menternak siput sudu dilaksanakan dengan memasang tiang atau kayu nibung di dalam laut pesisir pantai disusun dan mengikat tali yang digantung dengan pemberat dalam air laut.
Di kawasan Laut Selat Johor (Tebrau dan Pontian) teknologi terkini menggunakan pelampung plastik dan tali siput sudu digantung di bawahnya.
Ads
Benih-benih siput sudu semulajadi akan melekat pada tali-tali tersebut dan membesar selama 7-10 bulan sebelum diperiksa untuk dituai.
Walaupun musim pembenihan dan penuaian siput sudu berbeza mengikut kawasan dan faktor cuaca, lazimnya musim panas (Januari-Febuari) adalah musim pembenihan dan mula menuai pada Julai (siput sudu kecil) dan September-Disember (Kerang cukup besar). Penuaian juga dijalankan pada luar musim dengan membuat pemilihan pada tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Apabila menyebut nama belangkas, mungkin ramai yang pernah pernah mendengarnya tetapi tidak ramai di antara kita yang mengenalinya. Malah mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan makhluk laut ini. Ia merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan air payau.
Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa makhluk akuatik berdarah biru ini adalah dari keluarga ketam. Dengan nama santifiknya Tachypleus gigas, belangkas dikenali dengan nama umum Indo-Pacific horseshoe crab, Indonesian horseshoe crab, Indian horseshoe crab, atau southern horseshoe crab, merupakan salah satu daripada spesies hidup dalam keluarga ketam.
Belangkas boleh ditemui di pesisir pantai di Asia Tenggara dan selatan pada kedalaman sehingga 40 meter. Ia mampu membesar panjang termasuk ekor sehingga 50cm dan dengan kelebaran cengkerang sehingga 26cm.
Bentuk badannya yang bercengkerang dan dilihat seakan-akan kereta kebal mini yang berwarna kehijauan.
Kebiasaannya, bagi nelayan di Malaysia, belangkas amat mudah ditangkap menggunakan jaring atau pukat yang dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir. Apabila air mulai bergerak pasang, belangkas akan bergerak ke pesisir pantai dan dari situlah ia akan terperangkap di jaring yang dipasang merentasi pantai.
Tahukah anda, belangkas juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Caranya dengan memerhatikan kelompok buih di atas air (sepanjang gigi air). Dengan cara ini, Ia memerlukan daya penglihatan yang tajam untuk menangkap spesies ini.
Kebiasaannya, belangkas akan diperolehi sepasang, iaitu jantan dan betina. Kebanyakan penangkap belangkas, hanya akan mengambil belangkas betina manakala jantan akan dilepaskan. Ia disebabkan betina bersaiz lebih besar, lebih banyak isi dan mengandungi telur.
Sumber makanan
Untuk menyiang belangkas ia memerlukan ketelitian kerana anda perlu membuang saluran najis hingga ke kantung perutnya yang berada di tengah-tengah anggota kakinya hingga ke dubur iaitu pangkal ekor tajamnya.
Ini kerana, bahagian tersebut mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa mabuk dan pening kepala. Untuk resipi, belangkas boleh dimasak asam pedas kering atau masak lemak cili api (salai terlebih dahulu).
Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.
Umpan power
Selain dijadikan masakan, belangkas juga amat popular di kalangan kaki pancing laut mahupun kolam kerana keupayaannya dijadikan umpan yang berkesan untuk memikat ikan.
Untuk pancingan laut, biasanya, pemancing akan menggunakan telur belangkas dan dikepal bersama mata kail untuk menjerat pelbagai jenis ikan. Ia memang terbukti mampu menjinakkan spesies bersengat seperti sembilang, belukang dan duri.
Manakala untuk pancingan air tawar, belangkas lazimnya diproses menjadi minyak yang dicampur bersama dedak atau pallet untuk menjerat rohu, patin, jelawat dan lampam.
Keberkesanan minyak belangkas ini menjadi ia umpama senjata utama khususnya oleh pemburu ikan rohu.
Memang banyak jenis spesies sotong yang hidup dalam lautan di dunia ini, namun kita senaraikan hanya 5 spesies sotong yang paling popular terdapat di perairan kita, Malaysia.
SOTONG TORAK
Banyak ditemui di kawasan Pantai Timur semenanjung dan menjadi sotong buruan utama kaki pancing tatkala tiba musim mencandat sotong. Sotong torak mempunyai badan dan sesungut yang panjang. Sotong torak boleh membesar sehingga saiz melebihi panjang satu hasta orang dewasa. Biasanya berlegar di kawasan laut yang lebih dalam. Biasanya kawasan bertelur atau disebut ‘kandang sotong’ merupakan lubuk carian utama kaki candat. Sotong ini mudah tertarik pada cahaya lampu yang terang dan boleh dicandat menggunakan pelbagai jenis candat termasuk candat udang, twist dan candat umpan.
SOTONG JARUM
Sotong jarum atau juga digelar sotong cumit hampir menyerupai sotong torak di mana mempunyai bentuk badan yang memanjang namun biasanya saiz sotong jarum lebih kecil berbanding sotong torak. Selain itu, warna merah pada kulit di badan sotong jarum lebih jelas. Sotong ini bergerak di kalangan sotong torak dan ketika musim mencandat biasanya hasil candat diselang-selikan dengan sotong jarum. Sotong jarum juga kadangkala gemar berlegar di kawasan hampir dengan pantai. Sotong ini juga boleh dijadikan umpan memburu ikan seperti kerapu dan jenahak.
SOTONG KURITA
Sotong kurita mempunyai bentuk yang berbeza berbanding kesemua di atas. Biasanya habitat kurita di kawasan berlumpur. Sotong kurita mempunyai badan yang sangat fleksibel dan mampu untuk masuk ke ruang atau celahan yang kecil. Malah, sotong kurita juga mampu menjadikan cangkerang kosong sebagai tempat persembunyian. Sotong ini mempunyai sesungut yang kuat. Jarang dipancing untuk dimakan sebaliknya pemancing gemar menjadikannya sebagai umpan memburu ikan jenahak.
SOTONG MENGABANG
Sotong mengabang atau sotong ngabang mempunyai bentuk badan yang agak pendek dan lebar. Sotong ini boleh ditemui di kawasan pantai, pantai berbatu dan sekitar pulau yang mempunyai struktur batu karang. Sotong mengabang boleh dicandat dari tebing atau kelong dan dikatakan juga mempunyai rasa yang sedap. Biasanya sotong ini aktif ketika waktu petang dan malam lebih-lebih lagi sewaktu bulan terang. Keadaan arus juga mempengaruhi kehadiran sotong ini. Biasanya penggunaan candat udang sangat berkesan untuk menjinakkan sang mengabang. Anak ngabang juga antara umpan killer untuk memancing.
SOTONG KATAK
Secara fizikalnya, sotong katak mempunyai bentuk yang hampir sama dengan sotong mengabang iaitu pendek dan agak lebar. Namun sesungut atau jejari sotong katak lebih pendek dan mempunyai warna yang lebih jelas. Selain itu, ciri-ciri utama sotong katak ialah mempunyai tulang berkalsium yang yang agak lebar dan jelas dapat dirasai jika kita memegang badannya. Sotong katak gemar berlegar tidak jauh dari pantai dan biasanya dapat dicandat menggunakan candat udang yang dilepaskan hampir ke dasar. Harga sotong katak lebih murah dan dikatakan rasanya kurang enak.
Sotong gurita atau kurita adalah haiwan moluska dari class Cephalopoda (kaki haiwan terletak di kepala), order Octopoda dengan menjadikan terumbu karang di lautan sebagai habitat utama.
Kurita terdiri dari 289 spesies yang mencakupi sepertiga dari jumlah spesies kelas Cephalopoda.
Kurita dalam bahasa global disebut Octopus ( dari bahasa Yunani yang membawa maksud lapan kaki).
Morfologi
Kurita memiliki 8 lengan (bukan tentakel) dengan alat penghisap berupa bulatan-bulatan cengkung pada lengan yang digunakan untuk bergerak di dasar laut dan menangkap mangsa.
Lengan kurita merupakan struktur muscular hydrostat yang hampir seluruhnya terdiri dari lapisan otot tanpa tulang atau tulang rangka luar.
Tidak seperti haiwan Cephalopoda lainnya, sebagian besar kurita dari subordo Incirrata mempunyai tubuh yang terdiri dari otot dan tanpa tulang rangka dalam.
Gurita tidak memiliki cengkerang sebagai pelindung pada bagian luar seperti halnya Nautilus dan tidak memiliki cengkerang dalam atau tulang seperti sotong.
Paruh adalah bahagian terkeras dari tubuh kurita yang digunakan sebagai rahang untuk membunuh mangsa dan menggigitnya menjadi bahagian-bahagian kecil.
Tubuh yang sangat fleksibel memungkinkan gurita untuk menyelipkan diri pada celah batuan yang sangat sempit di dasar laut, terutama sewaktu melarikan diri dari pemangsa seperti belut laut Moray.
Kurita yang kurang dikenal orang dari subordo Cirrata memiliki dua buah sirip dan cengkerang dalam sehingga kemampuan untuk menyelinap ke dalam ruangan sempit menjadi berkurang.
Kurita mempunyai jangka hayat yang relatif singkat dan beberapa spesies hanya hidup selama 6 bulan.
Spesies yang lebih besar seperti kurita raksasa Pasifik Utara yang beratnya mampu mencapai 40kilogram hidup sampai 5 tahun di bawah kondisi lingkungan yang sesuai.
Reproduksi merupakan salah satu sebab kematian, gurita jantan hanya mampu hidup beberapa bulan setelah mengawan dan gurita betina mati mati tidak lama setelah bertelur.
Kematian disebabkan kelalaian kurita untuk makan selama sekitar satu bulan sewaktu menjaga telur-telur yang belum menetas.
Bahagian perut tubuh kurita disebut mantel yang terbuat dari otot dan terlihat seperti kantung.
Kurita memiliki tiga buah jantung yang terdiri dari dua buah jantung untuk mengepam darah ke dua buah insang dan sebuah jantung untuk mengepam darah ke seluruh bagian tubuh.
Darah kurita mengandung protein Hemosianin yang kaya dengan tembaga untuk mengangkut oksigen.
Dibandingkan dengan Hemoglobin yang kaya dengan zat besi, Hemosianin kurang efisien dalam mengangkut oksigen.
Hemosianin larut dalam plasma dan tidak diikat oleh sel darah merah sehingga darah kurita berwarna biru pucat.
Kurita bernapas dengan menyedut air ke dalam rongga mantel melalui kedua buah insang dan disemburkan keluar melalui tabung siphon.
Kurita memiliki insang dengan pembahagian yang sangat halus, berasal dari pertumbuhan tubuh bagian luar atau bagian dalam yang mengalami vaskulerisasi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...