Bagi pemancing yang tak biasa dengan pancingan ikan ebek pasti tidak menyedari perkara ini. Di Malaysia terdapat dua jenis ikan ebek yang sering dinaikkan dan boleh mengelirukan. Kebanyakan pemancing tidak menyedari perbezaan ini dan memanggil kedua-duanya sebagai ebek saja.
Ebek yang dimaksudkan ialah ikan ebek kapak dan ebek bulat. Ebek kapak merupakan spesies Alectis indica manakala spesies ebek bulat pula merupakan spesies A. ciliaris.
Perbezaannya pula dapat dilihat melalui bentuk badannya mana ebek kapak mempunyai bentuk badan yang lebih bersudut terutama pada bahagian kepala. Sementara kepala ebek bulat pula lebih membulat.
Dan ebek kapak juga mempunyai tompok hitam pada bahagian operkulum atas berhampiran dengan sirip pektoral sedangkan tanda hitam ini tidak hadir sama sekali pada ebek bulat sama ada spesimen juvenil atau dewasa.
Ebek bulat juga mempunyai badan yang lebih padat dan tebal berbanding ebek kapak. Ebek bulat mampu membesar panjang sehingga 150cm dan berat maksimum 30kg.
Ads
Sementara ebek kapak pula lebih panjang sehingga 165cm dan berat maksimum pula sekadar 25kg.
Selain itu sirip kaudal ebek bulat lebih panjang selain mempunyai sirip anal yang lebih panjang berbanding ebek kapak. Walaupun pada spesies dewasa, juraian sirip ini masih kelihatan pada ebek bulat.
Dalam pancingan, ebek bulat agak cerewet dengan umpan tiruan dan lebih mudah dinaikkan dengan menggunakan umpan sotong atau udang hidup manakala ebek kapak pula lebih mudah terpedaya dengan unjunan besi atau pancingan dasar.
Taksonomi Ebek Bulat
Ads
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Carangidae
Genus: Alectis
Species:A. ciliaris
Binomial name: Alectis indica (Bloch, 1787)
Ads
Taksonomi Ebek Kapak
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Carangidae
Genus: Alectis
Species: A. indica
Binomial name: Alectis indica (Rüppell, 1830)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Haruan todak atau juga disebut ruan todak merupakan anggota keluarga snakehead (haruan & toman) dari Genus yang sama dengan haruan atau toman dengan membawa nama saintifik Channa Gachua. Di peringkat global ia dinamakan sebagai dwarf snakehead dan merupakan spesies paling kecil dalam keluarga snakehead.
Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran. Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Ruan todak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya. Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil. Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Ruan todak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah. Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren. Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang. Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium. Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Pada 2019 lalu, Jabatan Perikanan Sabah telah menyenaraikan enam spesies ikan terancam terbaharu dalam Akta Perikanan 1985, bermula pada tahun lalu.
Spesies itu adalah yu sirip putih besar atau nama saintifiknya, Carcharhinus longimanus; yu tukul (Sphyrna zygaena); yu tukul parang (Sphyrna mokarran); yu tukul palang (Eusphyra blochii) dan 2 spesies pari iaitu pari tanduk (Mobula birostris dan Mobula alfredi).
Ia menjadikan keseluruhannya ada 36 spesies hidupan marin terancam, dilindungi mengikut Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan yang Terancam) 1999 dan Akta Perikanan 1985 bertujuan mengelak kepupusan.
Smooth hammerhead – Yu tukul
Ikan smooth hammerhead (Sphyrna zygaena) adalah spesies yu tukul, dan sebahagian dari keluarga Sphyrnidae. Spesies ini dinamai `smooth hammerhead’ kerana bentuk khas kepala, yang diratakan dan melebar ke bentuk penukul (disebut `cephalofoil’), tanpa lekukan di tengah margin depan.
Tidak seperti yu tukul lainnya, spesies ini lebih menyukai perairan beriklim sederhana dan ditemui di seluruh dunia pada garis lintang sederhana. Pada musim panas, yu-yu ini bermigrasi ke kutub mengikuti massa air dingin, kadang-kadang membentuk gerombolan yang jumlahnya ratusan hingga ribuan.
Spesies yu tukul kedua terbesar selepas great hammerhead shark ini mampu membesar ke ukuran 5meter panjang. Ini adalah predator aktif yang memakan pelbagai jenis ikan bertulang dan invertebrata, dengan individu yang lebih besar juga memakan yu dan pari.
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Chondrichthyes
Order: Carcharhiniformes
Family: Sphyrnidae
Genus: Sphyrna
Species: S. zygaena
Binomial name: Sphyrna zygaena (Linnaeus, 1758)
Great hammerhead – Yu tukul Besar
Ikan great hammerhead (Sphyrna mokarran) adalah spesies yu tukul terbesar dalam keluarga Sphyrnidae, mencapai panjang maksimum 6.1meter. Ini ditemui di perairan beriklim tropika dan hangat di seluruh dunia, mendiami wilayah pesisir dan landas kontinen. Great hammerhead dapat dibezakan dari yu tukul lainnya dengan bentuk `penukul’ (disebut `cephalofoil’), yang lebar dengan margin depan hampir lurus, dan oleh sirip dorsal pertama yang tinggi, berbentuk sabit.
Pemangsa puncak dan berenang kuat, great hammerhead memakan pelbagai jenis mangsa mulai dari krustasea dan moluska, hingga ikan bertulang, hingga yu yang lebih kecil. Pengamatan spesies ini di alam liar menunjukkan bahawa fungsi sefalofoil untuk melumpuhkan ikan pari, mangsa yang disukai. Spesies ini memiliki cara reproduksi yang vivipar, membawa anak-anak hingga 55 ekor setiap dua tahun.
Meski berpotensi berbahaya, great hammerhead jarang menyerang manusia. Kadang-kadang berperilaku ingin tahu terhadap penyelam dan harus diperlakukan dengan hormat. Yu ini ditangkap secara berlebihan kerana siripnya yang besar, yang sangat berharga di pasar Asia sebagai bahan utama sup sirip yu.
Akibatnya, populasi great hammerhead menurun secara substansial di seluruh dunia, dan telah dinilai sebagai Terancam Punah dan berubah menjadi Terancam Punah oleh Persatuan Internasional untuk Konservasi Alam (IUCN).
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Chondrichthyes
Order: Carcharhiniformes
Family: Sphyrnidae
Genus: Sphyrna
Species: S. mokarran
Binomial name: Sphyrna mokarran (Rüppell, 1837)
Winghead shark – Yu tukul palang
Ikan winghead shark (Eusphyra blochii) adalah spesies yu tukul, dan sebahagian dari keluarga Sphyrnidae. Mencapai panjang 1.9 meter, yu kecil berwarna coklat hingga kekelabuan ini memiliki tubuh ramping dengan sirip dorsalpertama yang tinggi berbentuk sabit.
Namanya berasal dari `penukul’ yang sangat besar, atau sefalofoil, yang boleh selebar setengah dari total panjang yu. Fungsi struktur ini tidak jelas, tetapi mungkin berhubungan dengan indera yu. Jarak yang lebar dari matanya memberikan penglihatan teropong yang luar biasa, sementara lubang hidung yang sangat panjang pada margin terdepan cephalofoil memungkinkan untuk mengesan dan menjejak bau yang lebih baik di dalam air.
Menghuni perairan pantai cetek di Indo-Pasifik bagian tengah dan barat, winghead shark memakan ikan bertulang kecil, krustasea, dan sotong. Spesies yang tidak berbahaya ini banyak ditangkap untuk diambil daging, sirip, minyak hati, dan tepung ikan. Uni Internasional untuk Konservasi Alam telah menilainya sebagai Terancam Punah pada tahun 2016, kerana diperkirakan telah menurun di beberapa bahagian jangkauannya karena penangkapan yang berlebihan.
Gelama pisang berwarna perak dikenali nama saintifik Panna microdon dan kuning keemasan dan cantik dikenali dengan nama Chrysochir Aureus. Jika diperbandingkan kedua-dua ini hanya jelas berbeza dari segi warna sahaja, yang lain hampir sama kelibatnya. Purata saiz kurang dari 25 cm dan manakala purata berat dari 5 hingga 10 ekor sekilogram.
Mat Saleh memanggilnya spesies ini sebagai croaker kerana bunyi yang dikeluarkan seperti `krook’ berulang kali sebaik sahaja dinaikkan dari air. Tidak semua spesies gelama mengeluarkan bunyi yang kuat di dalam air. Bunyi ini bukan saja dapat didengar di luar malah di dalam air.
Bunyi inilah yang dikesan oleh juruselam atau nelayan berpengalaman bagi menjalankan aktiviti menjaring.
Tidak semua gelama mengeluarkan bunyi yang jelas di dalam air. Gelama Pisang adalah salah seekor gelama yang kuat bunyinya walaupun bersaiz kecil. Paling kuat adalah ibu gelama yang boleh kita dengar walaupun berada di atas air sedalam 40 kaki. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini di bawah air.
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin (laut) tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut pada bahagian dasar untuk mencari makanan. Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang.
Ia juga di dapati berkongsi laluan dan habitat bersama ikan tirusan (gelama besar), selampai (spesies gelama besar seperti tirusan tetapi lebih kurus memanjang), gelama papan, pari tanjung, tetuka, kurau dan duri malim. Ini berdasarkan andaian saya pada spesies yang turut sama di naikkan di lubuk yang sama ketika memburu gelama pisang.
Begitu pun kebanyakan pencarian saya untuk gelama pisang tertumpu kepada lubuk 40 kaki ke atas dan asas berpasir di Pelabuhan Klang.
Warna sisik gelama pisang yang dipancing jelas menunjukkan ia sentiasa berada di lingkungan air jernih. Warnanya kekal kuning keemasan dan keperakan. Sisik gelama pisang sentiasa berkilau amat cantik di pandang. Saya jarang dapat gelama ini di kawasan cetek (lubuk yang boleh di pancing ketika air pasang sahaja).
Gelama pisang secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan sederhana . Ini berdasarkan pengamatan saya. Jarang sesekali ia menyerang umpan secara berterusan. Aktif ketika hujung surut sehingga pertengahan air pasang. Cara ia melawan pancing amat seronok dinikmati bersesuaian dengan kelas peralatan yang digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...