Kami sering menerima soalan dari pencinta ikan kelah tentang bagaimana untuk mengenali jantina ikan kelah. Jadi di sini berdasarkan beberapa kajian dari pakar dan pengkaji kelah, berikut kami sertakan sekali gambar bagaimana untuk mengenal pasti jantina kelah:
Ikan kelah jantan biasanya mempunyai sirip anal (dubur) yang agak tajam dan memanjang. Manakala ikan kelah betina pula mempunyai sirip belakang yang agak membulat dan pendek.
Ads
Pipi kelah jantan jika kita sapu dengan tangan, ianya agak kasar berbanding kelah betina. Ia hanya ketara untuk ikan kelah yang telah mencecah 5kg ke atas.
Ads
Cecair likat putih akan keluar melalui papilla bahagian bawah perut ikan jantan (berdekatan sirip anal tadi).
Biasanya tempoh matang kelah jantan untuk mula mengawan ialah 2 tahun. Bagi kelah betina pula bahagian papilla agak kemerahan.
Ads
Kelah betina ini agak susah diperolehi berbanding kelah jantan. Tempoh matangnya untuk mula mengeluarkan telur biasanya setelah berusia 3 tahun.
Berdasarkan kajian yang dibuat, untuk kelah seberat 2 kg hanya mampu menghasilkan anak benih kelah 6,000 – 8,000 ekor sahaja.
(sumber: ikankelah.com)
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kap Siam atau nama umumnya Siamese giant carp, Siamese carp atau giant barb adalah spesies ikan air tawar dan merupakan spesies Cyprinid terbesar di dunia! Ikan kap gergasi terbesar di dunia ini tergolong dalam genus Catlocarpio dan keluarga besar Cyprinidae dengan membawa nama saintifik Catlocarpio siamensis.
Spesies yang disebut sebagai kraho dalam bahasa Thailand dan kaho dalam sebutan Vietnam ini merupakan spesies migrasi yang hanya boleh ditemui di lembah Mae Klong, Mekong, dan Chao Phraya di Indochina. Namun populasinya telah merosot secara drastik akibat kehilangan habitat dan penangkapan ikan yang berlebihan, dan kini dianggap kritikal yang terancam.
Kap Siam biasanya boleh ditemui di kolam besar di sepanjang tepi sungai-sungai besar, tetapi bermusim memasuki saluran kecil, dataran banjir, dan hutan banjir. Kap siam juvenil biasanya ditemui di sungai dan rawa yang lebih kecil, tetapi boleh menyesuaikan diri untuk hidup di kolam, terusan, dan rawa. Dan biasanya hidup secara berpasangan.
Ciri-ciri pengenalan spesies ikan bersisik kasar adalah berwarna kelabu keperakan hampir kehitaman. Memiliki kepala dan bermulut yang sangat besar. mulut yang sangat besar dan skala yang dapat dikenal pasti dengan corak biasa. Sekilas pandang dengan mata kasar, ia kelihatan hampir sama dengan spesies kap yang ditemui di tempat lain, khususnya dengan kap India, hanya kap Siam sahaja mampu ditemui pada skala yang lebih besar.
Spesies juvenil atau Ikan kap Siam yang lebih muda cenderung menjadi lebih cerah, dan sering mempunyai warna oren atau kemerahan pada sirip. Sementara Ikan yang lebih tua boleh menjadi sangat berwarna gelap. Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan ia mampu berubah begitu banyak kerana mereka boleh hidup lebih dari 100 tahun.
Ia turut boleh dibiakkan dalam penangkapan tetapi memerlukan 7 tahun sebelum mereka matang secara seksual. Di habitat liar ia jarang dapat mencapai usia ini kerana sangat terdedah kepada penangkapan ikan.
Menurut Nationalgeographic.com, terdapat bukti bahawa Siamese giant carp ini pernah mencapai saiz 3 meter panjang dan 300 kilogram berat, tetapi hari ini spesimen walaupun separuh saiz sangat jarang berlaku.
Dalam habitat semula jadi, diet utama Catlocarpio siamensis ini terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, alga, fitoplankton dan krustasea. Ikan kap gergasi ini merupakan spesies bottom feeder atau mengutip makanan di permukaan dasar. Justeru untuk memancing spesies yang sukar ditangkap ini harus dengan teknik pancingan dasar. Sementara umpan (dedak yang terurai) yang digunakan pula haruslah dalam bentuk saiz yang besar sepadan dengan saiz mulutnya yang amat besar.
Kap perak diperkenalkan dibanyak kawasan perairan bagi tujuan akuakultur dan juga kawalan biologi untuk mengawal fitoplankton yang tidak terkawal. Seperti ikan tongsan, kap perak juga memberi masalah mengurangkan kadar zooplankton yang merupakan makanan ikan kecil jika tidak terkawal selain membawa penyakit Salmonella typhimurium.
Rohu
Ikan rohu diperkenalkan di perairan negara kita sebagai sumber makanan. Bagi aktiviti pancingan sukan, ikan rohu juga diklasifikasikan sebagai antara ikan popular terutama di kolam-kolam dan lombong.
Spesies ini dikatakan tidak mempunyai rekod yang menunjukkan ancaman yang tinggi kepada ekosistem, jadi kebanyakan kolam-kolam pancing berbayar menggunakan spesies ini sebagai antara spesies utama di kolam mereka. Ikan ini menjadi pilihan kerana ia mudah dibiakkan secara komersial.
Kap Kepala Besar
Ikan kap kepala besar ini merupakan spesies natif di China. Spesies ini diperkenalkan ialah bagi tujuan sektor akuakultur. Spesies ini juga diperkenalkan bagi kawalan biologi kerana kemampuannya mengawal pertumbuhan melampau fitoplankton.
Secara negatifnya pula, spesies ini berkeupayaan untuk menurunkan bilangan diversity natif atau asal akibat pengurangan zooplankton yang melampau lantas mengubah jaringan pemakanan sesuatu ekosistem. Selain itu, spesies ini juga berpotensi mengancam spesies tempatan kerana pembawaan dan penyebaran penyakit.
Likoh
Ikan likoh ketika awal diperkenalkan bertujuan sebagai sumber makanan dan protein. Ikan likoh telah di ternak selama 2500 tahun dahulu merupakan spesies yang popular sebagai ikan hiasan dan sebagai ikan buruan pemancing.
Ikan likoh juga merupakan spesies ketiga yang paling popular diperkenalkan ke habitat baru. Namun sifatnya yang sering membalikkan sedimen di dasar dan mencabut makrofit akuatik boleh mengakibatkan perubahan ekosistem dan memberi kesan kepada spesies tempatan.
Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Apa tidaknya, daya tarikan dan renangan pari rimau pastinya mampu melemahkan otot-otot dan sendi pemancing. Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak di badannya yang bertompok seakan-akan harimau. Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu. Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah di kawasan pantai yang berbatu.
Ikan pari karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya. Isinya juga lebih tebal, namun saiznya tidaklah boleh mencapai sehingga belasan kilogram. Kebiasaannya saiz yang biasa dinaikkan pemancing adalah sekitar 1 kg sahaja. Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan.
Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ia berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan. Namun, ia masih menjadikan udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.
Pari pasir boleh dikatakan antara spesies pari yang paling bernilai tinggi di Malaysia kerana mempunyai isi yang lembut dan sedap. Nilai ikan pari pasir meningkat kerana mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan hidangan. Pari pasir biasanya memilih kawasan berbeting pasir sebagai habitat utamanya.
Pari ini mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain. Di bahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ia agak agresif.
Pari lang juga antara spesies yang makin sukar didapati di Malaysia ini. Ikan ini mendapat namanya kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan burung dan mempunyai bintik-bintik berwarna putih di sekitar badannya.
Spesies pari minyak sememangnya amat popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini. Ikan pari minyak senang juga dikenal pasti kerana badanya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih di sekitar badannya.
Sering disalah anggap sebagai anak pari. Spesies daripada genus Himantura (Dwarf whipray/Mangrove whipray) ini biasanya mempunyai saiz sekitar 24cm diameter dan mempunyai ekor yang lebih pendek. Ia antara pari yang terbaik dijadikan hidangan terutama dibakar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...