Jika sempena Hari Raya, lazimnya ahli komplot diminta memakai kod pakaian hari raya. Senang cakap berbaju Melayu. Jadi, sebaiknya bersikap sporting dengan berpakaian mengikut tema. Barulah komplot nampak meriah sekaligus membezakannya dengan komplot-komplot biasa.
Sekiranya waktu komplot jam 10 pagi, sebaik-baiknya setengah jam awal sudah pun sampai di lokasi komplot. Kalau tidak dapat menepati waktu sekali pun tak mengapalah jika lewat sedikit. Asalkan jangan komplot dah nak tamat barulah nampak muka.
Ads
Banyak juga berlaku kejadian bila buat komplot, dirasakan kolam pancing tu macam dia yang punya. Main belasah je langsung tak ikut peraturan dan syarat memancing yang ditetapkan oleh pihak kolam.
Komplot ertinya bergabung melakukan semua perkara bersama-sama. Kalau perlu menyediakan makanan atau memasak maka lakukanlah bersama. Begitu juga dengan sikap sporting ketika memancing. Kalau tak boleh nak sporting dan kerjasama, baik jangan join komplot.
Ads
Sesi memancing sememangnya acara wajib apabila melangsungkan komplot. Apabila memancing maka tidak lari daripada kemungkinan gagal atau kumpau. Kalau korang tak kumpau atau menggasak, janganlah membakar rakan-rakan yang membangau berlebih-lebihan. Berpada-padalah.
Ads
Komplot yang berlangsung dengan bersih boleh bertukar menjadi komplot haram apabila dibabitkan dengan unsur judi. Biasalah… tak seronok memancing kosong katanya. Bila ada yang melambung `salam 10’ dan ada pula yang menyahut maka jadilah perjudian.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mata kail wide gap nombor 4. Mata kail sebaiknya dikangkangkan sedikit agar mudah tercangkuk pada mulut tongsan.
Tali benang 80lb (panjang perambut antara mata kail dan spring kira-kira sejengkal atau 5 inci).
Gabus kira-kira 5 biji Set perambut tongsan yang siap untuk digunakan
Bahan & Teknik mengadun umpan
1 kg dedak 929
10 penutup Umpan Power Buah Perah
3 bungkus serbuk power perisa pandan
3 bungkus serbuk power perisa strawberi
1 botol perisa pisang, perisa pandan dan perisa strawberi
Cara penyediaan:
Campur kesemua serbuk perisa ke dalam dedak dan gaulkan.
Masukkan 10 penutup Umpan Power Buah perah dan gaulkan, masukkan pula perisa pandan dan strawberi dan gaulkan.
Akhir sekali baru masukkan perisa pisang dan gaulkan. Sebaiknya simpan bancuhan ini selama 3-4 jam sebelum digunakan. Adunan haruslah peroi dan tidak terlalu keras atau lembik.
Ikatan blood bight dropper merupakan satu kaedah ikatan untuk menghasilkan simpulan tali (mono, sulam atau perambut) yang mudah tetapi kukuh. Dengan kaedah simpulan ini juga ia boleh digunakan untuk menghubungkan peralatan terminal seperti mata kail atau swivel.
(Nota: Paparan foto yang disediakan ini menggunakan tali kevlar dan kili yang besar untuk tujuan fotografi sahaja.)
LANGKAH 1
Lipat kira-kira sejengkal (mengikut kesesuaian kegunaan) hujung tali utama atau tali perambut.
LANGKAH 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
LANGKAH 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
LANGKAH 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat.
LANGKAH 5
Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
LANGKAH 6
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
LANGKAH 7
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
LANGKAH 8
Sambungan perlatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Bagi lubuk-lubuk yang cetek, penggunaan gewang selaman sederhana dalam seperti Rapala Shallow Shad Rap (SSR 07 &09) sudah cukup berkesan. Penggunaan gewang dengan skema warna yang berkilat seperti warna Chrome serta Clown terutama untuk Rapala Fat Rap memang berkesan menggoda sang sebarau yang mula culas dengan warna-warna terang.
Penggunaan sesudu berharga ekonomi dengan skema warna yang berkilat seperti Siam Spoom dengan warna rainbow serta sesudu keluaran Bakau dan yang lain-lain juga banyak menghasilkan tangkapan sebarau dan semah di kawasan kayu balak tumbang yang tidak beberapa dalam.
Saya sendiri membawa beberapa ketul gewang keluaran Rapala lain seperti MaxRap Fat Minnow (MXRF09) warna flake ayu (FAYU) dan falke green (FG) untuk diuji keberkesanannya. Ternyata ia juga membuahkan hasil yang baik apabila beberapa berjaya menggoda sang sebarau dan semah.
Gewang keluaran Storm juga saya sempat gunakan terutamanya model Thunderstik Madflash Deep Jr DJM Deep “Jr.” 09 cm dengan skema warna metalic minnow serta green chhrome orange. Gewang ini yang mampu berenang 2-3.8 meter juga amat sesuai untuk menggoda sang pemangsa yang bersembunyi di sebalik reba kayu yang dalam dan padat.
Sepanjang 2 hari mengilat di Tasik Bakun ini, saya dapati karauan secara laju banyak menghasilkan tangkapan berbanding dengan karauan secara perlahan. Teknik membuat balingan rapat ke kawasan reba balak tenggelam serta bangkar pastinya mendatangkan hasil di luar jangkaan. Kerapa kali terjadi sampai lebih lima tangkapan di sebuah reba yang majoritinya dihuni oleh sang sebarau 2 belang dalam skala 1.2 kg.
Ikan pemangsa lebih galak menyambar gewang ketika matahari mulai terik sehinggalah ke tengah hari serta lewat petang. Saya sendiri turut perasan penghuni Tasik Bakun kurang ghairah pada awal pagi. Tetapi bila jam sudah menunjukkan jam sekitar 9.00 pagi ke atas, maka pengilat akan berpeluang untuk berpesta sang sebarau 1 belang, 2 belang serta semah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...