Kebiasaannya apabila trip ke laut dalam, kekili aksi berat menjadi pilihan utama kaki pancing sesuai dengan saiz ikan yang bakal dibuat perhitungan dan aras kedalaman lubuk itu sendiri.

 

Kekili pilihan kebanyakannya multiplier siri 30 hingga 50 siri dengan dua kelajuan dan mampu memuatkan tali utama sehingga 1000 meter.

Saiz begini sesuai di padankan dengan joran aksi menengah berat 20lb hingga 80lb kekuatan.

baca juga teknik tai rubber

 

Peralatan & Teknik Memancing Ikan Merah Jalang

 

Lewat masa kini kekili mengunakan kuasa bateri mejadi pilihan ramai kaki pancing berpoket besar dan jenis yang cari lauk dan jual ikan.

Kekili jenis spinning amat tidak digalakkan kerana jenis ini mampu meletihkan pemancing pada kedalaman lebih dari 200 kaki. Bawah 100 kaki kurang sedikit masalah.

 

Walaupun spesies ini  rakus pada peringkat permulaan hingga pertengahan air, namun cepat lemah apabila timbul di permukaan. Lebih-lebih lagi pelampung dan matanya

IKLAN

tersembul keluar. Masa ini pemancing tidak perlu lagi gopoh untuk mengeluarkan ia dari permukaan air.

 

Peralatan & Teknik Memancing Ikan Merah Jalang

 

Terdapat beberapa teknik memancing ikan merah ini yang sering di gunakan oleh nelayan dan sesetengahnya menjadi ikutan pemancing yang sering menempah bot nelayan tersebut. Teknik ini kemudiannya di kembangkan dari masa ke masa.

 

Cuma teknik merawai, dan apollo berpelampung jarang diamalkan oleh pemancing rekreasi. Teknik yang paling digemari oleh pemancing ialah mengunakan tanduk disusuli perambut 3 depa.

 

IKLAN

Jika kebanyakan nelayan mengunakan perambut 5 hingga 10 depa sesuai dengan mengunakan koyan (handline), bagi kita pemancing amat sukar dipratikkan kerana saat

yang paling sukar ialah ketika tanduk sudah terjuntai di hujung joran manakala ikan masih berkeliaran di bawah.

Hasil (ikan) cepat berbelit dengan tangsi lain dan bantuan rakan amat diperlukan. Jadi bila pakai joran dengan tanduk, jangan  guna perambut yang terlalu panjang.

 

Peralatan & Teknik Memancing Ikan Merah Jalang

 

Ikan merah jalang ini jarang merembat jig maupun gewang. Ia tidak mudah ditipu kerana kepekaanya pada sekeliling serta mangsanya sendiri.

 

IKLAN

Tidak kira berapa kekuatan tali utama bukanlah soal pokok, pentingnya ialah tali perambut mestilah sesuai dengan warna dan kekuatannya.

Untuk saiz sekilo hingga 5kg disyorkan guna perambut mono sekadar 50lb berwarna hijau Berkley atau perambut putih yang biasa dijual di kebanyakan kedai pancing.

 

Jika berani pakai lebih halus lagi bagus kerana kadar rentapan ikan lebih berbanding perambut kasar.

Jangan mengunakan perambut kasar untuk memancing ikan merah ini jika tidak ingin kecewa.

 

Peralatan & Teknik Memancing Ikan Merah Jalang

baca juga tip casting siakap merah

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI