Lebih kurang setahun lalu, admin mula berkenalan dengan satu method pancingan yang kian popular di Jepun dan Eropah, namun masih baru bertapak di negara kita.

Kemunculan teknik kabura tai atau tai rubber dalam segmen jigging ini tidaklah sehebat teknik slow pitch jigging yang segera menjadi fenomena.

 

baca juga tekong jigging PD

 

tai rubber @ kabura tai

 

Saya sendiri tidak begitu teruja mencuba teknik pancingan yang kelihatan lebih khusus untuk memancing famili bream dan snapper.

Tambah pula (pada pendapat saya) tai rubber ini hanya lebih sesuai untuk dimainkan bagi memancing ikan karang dan dapat digayakan dengan sempurna jika menggunakan setting peralatan yang khusus, dan pada kederasan arus yang sesuai.

 

Bagi tidak ketinggalan menimba pengalaman teknik jigging terbaharu ini, penghujung tahun lalu saya dan beberapa orang rakan mengadakan trip `geli-geli meraba’ bersama dua orang tekong jigging tersohor Port Dickson.

 

Talang tunggal hari pertama

 

Tanggal 4 Muharram, trip kami bersama tekong Pak Ali. Jika diikutkan ramalan jadual, air sederhana besar dan arus juga sederhana itu bagus sudah boleh untuk cuba bermain tai rubber.

 

Namun jadual hanya boleh dijadikan rujukan saja jika permukaan laut agak bergelora. Saya hanya sempat mencuba beberapa kali ketika arus mati.

Hanya seorang rakan yang berjaya mendaratkan seekor talang. Tambah pula hasil teknik slow jigging lebih berjaya menyebabkan kami rasa seperti rugi pula bila tengok rakan lain mendaratkan ikan.

 

baca  tekong bottom port klang

 

Sesi 5 Muharram, kami bersama tekong Apex Kecik pula. Sebagaimana hari sebelumnya, faktor angin mempengaruhi sesi memancing hari itu.

 

tekong menjadi pembuka tirai

 

Sementara menanti angin lebih teduh dan arus mati, kami berjigging seperti biasa. Menjelang tengah hari barulah kami dapat ke lubuk ikan merah untuk sesi tai rubber sepenuhnya.

 

Teknik ini ternyata efektif apabila mata kail yang diikat dengan silikon rambu-ramba dan skirt kulit ikan itu segera dihentam pemangsa sebelum jig sempat jatuh ke dasar.

 

talang lagi

 

Tiga kali berturut-turut ia dikerjakan oleh talang yang terpedaya dengan umpan tiruan yang mungkin pertama kali melihatnya.

 

Respon yang agak perlahan mendesak kami menyuntik sedikit `assist’ dalam persembahan tai rubber ala-ala kepala sotong itu. Dan ia ternyata membuahkan hasil.

Masing-masing tersenyum puas apabila berjaya mendaratkan ikan merah impian yang dipercayai tergolong dalam spesies merah suman.

 

lagi lagi talang

 

Spesies merah suman ini juga merupakan pemangsa yang menyambar umpan tiruan namun peratusannya amat rendah berbanding umpan alami.

Mungkin dengan aplikasi tai rubber ini, lebih banyak keluarga ikan merah ini mampu didaratkan oleh penggemar teknik pancingan mengunjun umpan tiruan.

 

puas hati sangat

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan