Bagi yang berjaya menaikkan spesies ini, khususnya yang bersaiz bantal, ia dianggap sebagai satu trofi peribadi. Berapa besar jenahak yang pernah korang dapat dapat?
Jenahak berwarna emas kebiasaannya diperolehi di lubuk-lubuk yang dalam dan jenahak yang mendiami lubuk yang cetek mempunyai warna yang lebih pudar.
Ads
Jenahak dikatakan memiliki waktu makannya tersendiri iaitu antara lewat malam hingga ke pagi, khususnya antara 12.00 malam hingga 6.00 pagi.
Namun kadang-kadang jenahak kerap juga dinaikkan pada waktu siang. Perkara ini dapat dibuktikan apabila hasil yang diperoleh para jigger yang berjigging pada waktu siang lazimnya tidak dapat mengatasi jumlah oleh pemancing dasar pada waktu malam.
Jenahak lebih gemar memilih umpan segar dan masih hidup. Umpan terbaik adalah sotong cumit, kurita dan udang lipan.
Bagaimanapun, umpan hirisan juga boleh menggoda jenahak. Kaedah lain seperti jigging juga boleh memikat jenahak, namun ia hanya sesuai di sesetengah tempat lokasi sahaja. Dalam erti kata lain jenahak kurang memakan jig.
Ads
Walau bagaimana pun saiz jenahak yang dipancing melalui teknik jigging mampu mengatasi jenahak hasil pancingan dasar.
Ads
Spesies berharga ini sering bergerak secara kumpulan kecil dan apabila ia mula makan, bersedia dengan serangannya sehingga ia mula berhenti makan.
Amat penting, pastikan pada waktu keemasan ini, tidak berlaku kes tali putus atau rabut. Ini kerana jika ia berlaku, tiada lagi ragutan diterima kerana jenahak telah lari dari lubuknya.
Percaya atau tidak harga seekor jenahak (yang dipancing, bukan jenahak yang dijaring) sudah mencecah RM 80 sekilogram? Bayangkan jika berjaya memancing 10 ekor jenahak dengan purata 5kg seekor…!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Untuk kali ini, saya akan beri beberapa lagi tip untuk memperbaiki gambar landskap anda supaya nampak perbezaannya.
TIGA PERKARA PENTING
Masa, cahaya dan komposisi adalah tiga perkara utama mesti anda tahu dan peka sewaktu menghasilkan gambar landskap. Masa amat penting terutamanya yang ingin mendapatkan pencahayaan pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang.
Anda perlulah memastikan ia perkara pertama yang wajib anda ingat kerana walaupun lubuk yang anda pergi cantik tapi jika anda lepaskan peluang untuk mengambil gambar ketika matahari terbit atau terbenam, gambar anda hanya sekadar gambar biasa sahaja.
Komposisi memainkan peranan di mana kita perlu tentukan dengan tepat sudut yang sesuai untuk merakam gambar terbaik anda. Usah hanya fokus di daratan baru hendak memasang tripod dan sebagainya akan tetapi cubalah pelbagai angle seperti mengambil gambar di atas bot untuk mendapatkan hasil yang lebih kreatif.
TIP: Bangun seawal subuh & segera ke tempat shooting bagi mendapatkan gambar landskap matahari terbit.
Bagi membantu anda untuk melihat perbezaan setiap jarak depth-of-field, dibawah ini saya sertakan jadual perbezaan aperture dan jarak lensa yang boleh anda guna pakai bagi membezakan hasil foto landskap nanti.
Lihat pada efektif jarak fokal (focal length) pada lensa anda dan baca ke bawah hingga anda sesuaikan dengan aperture yang ketika hendak shoot. Jarak antara lensa & penggunaan aperture berkait rapat sesama sendiri kerana sekiranya anda fokus pada jarak, depth of field anda boleh menjangkau hingga ke setengah hyperfocal hingga ke infiniti.
PENGGUNAAAN FOREGROUND
Gambar yang kreatif adalah gambar yang tidak statik yang mana juru fotonya berdiri tegak dan mengambil gambar hanya mengikut aras ketinggian diri sahaja.
Cuba anda sesekali mengambil gambar dengan menurunkan sedikit badan dan ambil gambar dari pemandangan bawah. Sekiranya kawasan sungai tersebut berbatu-batu bulat, elemen ini akan menjadikan foto anda menjadi lebih cantik dan kreatif.
LIHAT PADA ‘LEAD-IN LINES’
Lead-In Lines bermaksud garisan penghujung pada suatu komposisi gambar. Contoh yang paling senang ialah ketika anda berada landasan kereta api, di tengah jalan, di petak-petak sawah, atau apa sahaja yang berbentuk garisan.
Cuba anda berdiri di tengah garisan tersebut dan anda akan dapat melihat ilusi garisan yang dimaksudkan seolah-olah berpenghujung. Penggunaan rule-of-third dengan meletakkan komposisi garisan di bahagian petak hujung kiri atau kanan akan memberi impak gambar yang lebih menakjubkan.
TAMBAHKAN SILHOUETTES
Fotografi landskap sering kali berkait rapat dengan foto silhouettes. Apa yang penting, dapatkan mood yang sesuai, masa yang tepat dan jika boleh kawasan yang anda pergi tersebut mempunyai bot, sauh, aktiviti memancing, dan yang penting, pelbagaikan teknik komposisi supaya gambar menjadi lebih dramatik.
PERALATAN PERLU ADA SEWAKTU MENGAMBIL GAMBAR LANDSKAP
Filter
Anda hanya perlukan tiga jenis filter iaitu polarizer, warms-up & Neutral Density (ND). Penggunaan filter penting bagi menghasilkan imej yang lebih terang dan natural.
Remote Release
Anda perlu ada remote release terutamanya ketika menggunakan tripod. Ia digunakan bagi tujuan mengurangkan gegaran pada kamera sewaktu mengambil gambar.
Lens Hood
Ia digunakan untuk mengurangkan flare cahaya dan melindungi kamera anda. Ada yang suka menggunakannya dan ada yang tidak.
Tripod digunakan untuk mengimbangi kamera anda agar gambar yang diambil tidak gegar dan stabil. Ia amat penting terutamanya ketika menggunakan long exposures.
Baju Hujan
Baju hujan amat penting bukan sahaja digunakan untuk melindungi anda terkena hujan akan tetapi boleh menjadi pembalut kamera supaya tidak terkena air.
Ikan gerong belang kini bukan lagi spesies sasaran pancingan konvensional iaitu bottom fishing laut dalam, sebaliknya ia sudah menjadi spesies sasaran utama khususnya penggemar teknik jigging ringan di negara kita.
Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancingyang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat mengujakan apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur.
Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang.
Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...