Rod atau joran yang digunakan adalah dari PE 0.3 hingga ke PE 1.5. Lazimya joran jigging mikro mempunyai blank yang halus serta sensitif pada bahagian hadapan. Ia bertujuan memudahkan anda untuk menggayakan jig lebih gemalai dan semulajadi serta peka mengesan getuan ketika jig anda disentuh ikan.
Ads
Reel
Spinning reel atau kekili mendatar adalah yang paling mudah digunakan, bermula dari siri 500 hingga 2500 dengan nisbah gear ratio 6:1 dan ke atas. Disarankan juga menggunakan kekili yang kalis air masin. Kekili menegak atau baitcaster juga boleh digunakan dan sebenarnya ia lebih praktikal kerana lebih mudah mengesan jatuhan jig anda sampai ke dasar. Nisbah gear ratio juga sama seperti kekili mendatar.
Ads
Mainline
Tali utama yang biasa digunakan adalah antara 6lb hingga 12lb. Tali sulam atau braided line adalah pilihan yang paling tepat kerana ia bersifat sifar regangan dan lebih kuat berbanding tali tangsi atau mono line. Tahap sensitiviti terhadap getuan ikan yang lebih tinggi serta aksi jig akan lebih semulajadi kerana ia lebih kurang rintangan arus berbanding tali tangsi.
Shock leader
Ads
Perambut kejutan atau shock leader yang biasa digunakan adalah di antara 10lb hingga 15lb. Shockleader adalah wajib disambungkan kerana tali sulam yang bersifat sifar regangan serta ia mudah terhakis. Oleh kerana itu shock leader bertindak menyerap segala regangan serta menjadi pelindung tali sulam dari terhakis ketika ikan cuba berenang ke struktur batu, kayu dan sebagainya.
Assist Hook
Mata kail tunggal atau single hook dan assist hook lebih sesuai digunakan berbanding mata tiga (treble hook). Selain kadar sangkut yang rendah, tahap hook up juga lebih tinggi. Namun penggunaan assist hook dua mata juga semakin banyak digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi penggemar ikan todak ini, mereka memiliki beberapa teknik untuk menjeratnya.
Salah satu teknik yang sering dipraktikkan ialah teknik apung yang hanya menggunakan gabus sebagai pelampung. Teknik ini ternyata amat berkesan. Jom cuba!
Alat keperluan
Swivel
Leader fluorocarbon 30lb (3 – 5 depa bergantung kepada kedalaman air)
Gabus (polisterin kira-kira dua jari)
Mata kail saiz 1/0 – 3/0
Plaster luka
Cara penyediaan:
Langkah 1
Buatkan lubang pada gabus dengan menggunakan jarum dan masukkan tali ke dalam gabus tersebut.
Langkah 2
Tembuskan tali hingga menjadi begini.
Langkah 3
Kemudian masukkan tali yang ditembuskan keluar dari gabus itu ke cincin mata kail.
Langkah 4
Buat bulatan pada mata kail.
Langkah 5
Lakukan lilitan sebanyak 5 – 6 kali.
Langkah 6
Masukkan lebihan tali ke dalam bulatan yang dibuat awal tadi dan tarik hingga menjadi kemas.
Langkah 7
Potong lebihan tali tersebut. Dan inilah hasil untuk langkah yang pertama.
Langkah 8
Potong sebahagian kecil pembalut luka.
Langkah 9
Pembalut luka ini dililitkan pada tali yang menghubungkan antara mata kail dan gabus.
Langkah 10
Fungsi pembalut luka ini sebagai ‘stopper’ utk gabus agar ia tidak berada terlalu hampir dengan mata kail.
Kebiasaannya jarak ‘stopper’ gabus ini dengan mata kail adalah kira-kira sejengkal.
Langkah 11
Kemudian, buat ikatan swivel pada hujung tali.
Tip Tambahan:
Perambut tersebut sudah boleh digunakan untuk memancing todak. Sambungkan cara pada set pancing anda.
Kaedahnya sama sahaja sama ada anda memancing di tebing atau di atas kelong.
Umpan yang paling efektif adalah anak belanak sebesar ibu jari, anak tamban atau pun bilis.
Dari segi sejarahnya, nama Maldives dikatakan berasal dari perkataan ‘Malai teevu (Gunung Pulau atau Seribu Pulau) dalam bahasa Tamil, ‘Maladvipa’ (Susunan pulau-pulau) dalam bahasa Sanskrit.
Secara terperincinya pula, terdapat 26 terumbu karang besar atau atoll telah diwartakan sebagai wilayah yang mengandungi gugusan 1192 buah pulau.
Tetapi hanya 200 buah pulau sahaja yang didiami penduduk iaitu kira-kira 300,000 orang.
Pulau selebihnya terdiri daripada pulau percutian eksklusif yang dimiliki hotel-hotel antarabangsa, taman negara dan juga untuk pertanian.
.
Sektor pelancongan kini adalah penyumbang terbesar pertukaran mata wang asing dengan kunjungan pelancong mencecah 600,000 orang setahun.
Menyedari alam semulajadinya dan hidupan marinnya mampu menjana ekonomi negara, kerajaan Maldives telah mengambil pendekatan drastik dengan menghadkan penggunaan jaring secara komersial oleh para nelayan.
Bahkan, pihak berkuasa di sana menentapkan tiga bulan (April-Julai) dalam setahun sebagai tempoh berehat dari sebarang aktiviti penangkapan ikan berstatus game fishing.
Ia bagi memastikan stok-stok ikan besar sentiasa terpelihara. Tetapi tiada halangan untuk pemancing untuk tidak datang ke bulan ini, kerana pemancing biasanya tetap berpeluang merasai menaikkan ikan bersaiz besar walaupun hanya dari persisir pantai.
Dambaan kaki pancing
Bagi kaki pancing di seluruh dunia, Maldives adalah lokasi dambaan yang sentiasa diidam-idamkan untuk dikunjungi. Malah, kaki pancing adalah pecahan pelancong kedua terbesar berkunjung ke sini, selain untuk bercuti atau berbulan madu.
Di perairan Maldives, apa sahaja ikan jenis sub tropika dari dari bersaiz kecil sehinggalah ikan bersaiz monster boleh ditemui.
Bayangkan, untuk mendapatkannya, tidak perlu pergi jauh-jauh sepertimana kita perlu memancing hingga di kawasan pelantar minyak untuk mendapatkan GT bersaiz bagak atau
tuna sirip kuning 20 kg hanya cukup beberapa batu nautika dari pantai, atau mengelilingi atol dan juga terumbu karang boleh bertemu saiz begini.
Di sini, pelbagai pakej memancing boleh ditempah, sama ada memancing dan menginap terus dari kapal persiaran ataupun memancing sambil bermalam di chalet-chalet.
Bagi kaki fly, inilah lokasinya untuk beradu tenaga menguji kekuatan diri dan juga peralatan dengan spesies-spesies yang jarang didapati di negara seperti bonefish, GT, tarpon dari pantai.
Ikan lain seperti dorado, bluefin, dogtooth, redbass, aya budak, siakap, kerapu, tenggiri, wahoo, segala jenis marlin dan banyak lagi ikan yang mungkin belum pernah ditemui di Malaysia, boleh didapati di sini.
Mereka yang gemarkan kaedah pancingan jigging dan popping, pastinya GT monster, aji-aji, ruby snapper dan lain-lain lagi ikan menjadi sasaran utama mereka.
Peralatan seperti rod, kekili yang cukup baik dan lasak menjadi taruhan sama ada berjaya atau tidak menaikkan spesies ini.
Bagaimana dengan kos?
Memang tidak dinafikan kos memancing di luar negara memang tinggi, terutama dari segi perbelanjaan tiket kapal terbang, sewa bot, upah tekong, makan.
Pendek kata, kos trip boleh cover trip dua atau tiga kali ke pelantar minyak. Tetapi ada baiknya survey dengan rapi dahulu sebelum mengadakan trip dan jalan terbaik adalah pergi secara berkumpulan kerana harga biasanya disertakan dengan pelbagai pakej.
Walaupun dianggap mahal sehingga mencecah lebih RM10,000, bagi kaki pancing yang inginkan pertarungan big game, usaha mencukupkan kewangan memang akan dilakukan
bersungguh-sungguh asalkan dapat menjejakkan kaki ke salah satu lokasi memancing terbaik di dunia.
Ketika ini, sudah ramai kaki-kaki pancing dari Malaysia yang telah berjaya sampai ke sana. Apa yang penting, jika telah bersedia tahap kewangan, perlu sentiasa dapatkan info dari pihak tekong bilakah waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk memancing di sana.
Kedengaran macam merepek, tetapi sukar pula untuk menolak kemungkinannya. Tentu saja ramai kurang percaya aroma durian turut digemari oleh ikan. Rupanya ikan patin juga terbuka selera apabila umpan diadun dengan aroma dan perisa durian.
Penyebaran aroma melalui minyak di dalam air merupakan satu kaedah yang sangat mujarab. Ia membantu aroma umpan tersebut lebih cepat sampai ke deria bau ikan sekaligus menghampirinya. Konsep itulah yang digunakan dalam tutorial membuat umpan ini.
Bahan-Bahan:
Minyak Durian MyePescado
Pes Strawberry MyePescado
Esen Nenas Star Brand
Kelapa Parut
Pelet 920
Cara Penyediaan:
Tutorial 1
Lembutkan dahulu 2kg pelet 920 di dalam bekas bancuhan umpan. Kemudian masukkan 15 penutup botol pes strawberry.
Tutorial 2
Gaul rata pelet sehingga setiap palet kelihatan berwarna merah yang menandakan ia sudah diresapi pes strawberry.
Tutorial 3
Masukkan pula 2 penutup botol minyak durian dan gaul rata pelet.
Tutorial 4
Seterusnya masukkan pula 3 penutup botol esen nenas dan gaul palet agar sekata.
Tutorial 5
Masukkan 2 genggam kelapa parut dan gaul. Umpan sudah boleh digunakan atau boleh diperam untuk kegunaan pada lain masa.
Tutorial 6
Umpan yang sedia untuk digunakan dan hasil yang diperoleh kurang dari 10 minit selepas umpan dilontar ke lubuk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...