Seseorang yang menyeberangi jambatan muara atau kuala akan mendapati tanah atau pasir kebanyakannya ditutupi dengan air, pada masa yang, selepas hujan berhenti, air akan mengalir membuat terusan dan lopak besa terutama kawasan pasir.
Pemancing akan cepat belajar serta memahami bentuk permukaan serta pergerakan air dengan cepat ini akan memperbaiki dan menambah pengetahuan seseorang pemancing.
Ads
PASANG SURUT LAUT
Di dalam keadaan biasa, jurang perbezaan air pasang dan suru biasanya di antara 12 jam 25 minit, di antara air penuh mengikut air tinggi, rendah, tinggi dan rendah dalam sehari. Purata dalam setahun, perubahan masa pasang surut lebih kurang 50 minit dalam sehari.
Ads
Air pasang besar akan berlaku apabila bumi, bulan dan matahari bertembung ke garisan lalu membentuk satu sudut tepat. Apabila matahari dan bulan terletak di sepanjang garisan yang sama, sama ada berhadapan bumi atau membelakanginya, keadaan ini akan membuat air menjadi pasang besar.
Perubahan ini tidak sesuai untuk memancing kerana arus pasang besar laju dan kuat (paras air paling tinggi semasa air mati atau tenang merupakan paras yang terendah). Apabila matahari dan bulan keluar dari darjah sederhana, pasang surut akan menjadi rendah.
Ads
Ingin diingatkan kepada pemancing baru, perlulah mengetahui jadual pasang surut yang boleh diperoleh dari jabatan laut untuk dijadikan panduan dan membantu perancangan memancing untuk keluar memancing dan sentiasalah mengikut perkembangan terkini sebelum bertolak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Memancing spesies pacu mampu mendatangkan debaran yang agak mengujakan. Rata-rata pemancing di Malaysia mengetahui akan kelebihan tersendiri bagi spesies ini. Kerakusan dalam melarikan umpan serta pecutan berkuasa tinggi spesies ini mampu menghadirkan kepuasan yang tdak terhingga kepada pemancing, malah tidak kurang juga mendatangkan kehampaan bagi pemancing yang memandang remeh akan spesies ini.
Antara lokasi terbaik memancing pacu ialah di kawasan empangan yang agak cetek, kawasan lombong serta kawasan tadahan hujan yang berarus perlahan. Selain itu, pengusaha kolam-kolam pancing air tawar komersial juga menjadikan pacu antara spesies yang mesti ada di dalam kolam mereka. Kelebihan utama pada spesies pacu ialah kerakusan ketikan memakan umpan lantas akan membuat pecutan yang deras.
Penggunaan rod ringan akan memberikan debaran tatkala melihat rod yang melengkung serta kekili anda menjerit biarpun drag dikunci ketat.
Perlawanan dengan spesies pacu atau tambaqui ini lebih terbuka. Pemancing harus tahu kelebihan yang dimiliki oleh pacu iaitu kekuatan pecutannya serta giginya yang tajam di mana sering kali memutuskan perambut. Ketika dalam pertarungan, pacu gemar menghenjut rod anda dan melakukan pecutan berkuasa ke arah kawasan tebing yang mempunyai struktur seperti kayu mati. Namun, oleh kerana habitat pacu biasanya kawasan berair cetek, penggunaan kekuatan drag dan rod yang betul mampu mengekang situasi ini.
Begitupun, pacu masih mempunyai kelebihan pada keupayaan giginya untuk memutuskan perambut anda. Perambut kekuatan 30lb biasanya mudah sahaja diputuskan oleh seekor pacu bersaiz 1 kg. Jadi pastikan anda menggunakan perambut yang bersesuaian dengan keadaan padang pancing anda.
Selain itu, untuk mendapatkan sedikit kelebihan dalam menangani kelebihan gigi pada seekor pacu ialah anda menggunakan mata kail yang mempunyai shank yang panjang. Shank yang panjang sedikit sebanyak mengurangkan peratus gigi pacu berada pada perambut anda, sebaliknya akan berada pada shank mata kail anda ketikan tertancap pada mulut pacu, seterusnya mengurangkan kadar tali perambut anda diputuskan oleh spesies rakus ini.
Pacu juga menjadi antara spesies ikan yang digemari oleh kaki pancing layang. Aksi rakusnya setelah membaham fly yang dilontarkan memberikan kepuasan yang sukar digambarkan.
UMPAN DAN TEKNIK UMPAN MEMANCING PACU
Antara faktor penting dalam memancing ialah pengaturan umpan anda. Dalam memancing spesies pacu pula, tidak terlalu sukar dalam mengatur langkah menyediakan umpan kerana spesies ini merupakan spesies maserba yang memakan apa sahaja.
Bagi pacu bersaiz kecil, umpan cacing yang merupakan antara umpan terbaik. Pacu yang bersaiz kecil cukup gemar meratah umpan cacing yang juga menjadi umpan universal di kalangan kaki pancing. Selain cacing, umpan organ dalaman haiwan seperti perut dan hati ayam juga merupakan umpan yang terbaik untuk memancing pacu. Kulit dan lemak ayam juga boleh digunakan dan tidak mustahil mampu menggoda pacu bersaiz besar.
Selain itu, udang yang dikopek kulit juga antara menu umpan yang anda boleh cuba. Udang kopek yang dicangkuk seekor pada mata kail juga mudah untuk menarik perhatian si peragut rakus ini.
Umpan dedak, pellet atau roti pula merupakan alternatif lain yang anda boleh gunakan. Kebiasaannya umpan sebegini perlu ‘dirasuah’ terlebih dahulu untuk menarik perhatian sebelum umpan sebenar dilontarkan.
Teknik umpan bagi memancing pacu pula tidak sukar. Anda boleh menggunakan teknik pelampung, teknik dasar atau separa air bergantung kepada situasi padang pancing anda. Biasanya teknik pelampung lebih berkesan dengan umpan perut atau kulit ayam, pellet dan
roti manakala teknik dasar lebih tertumpu kepada umpan hati ayam dan cacing. Apa pun bergantung kepada usaha anda dan keadaan padang pancing, sedikit pemerhatian pasti akan membantu anda dalam pemilihan umpan dan teknik yang perlu digunakan. Jangan lupa untuk sering bersedia ketika si peragut akuatik ini melarikan umpan anda.
Kekili saiz kecil, saiz 500-1000 sudah memadai. Nak pakai tali sulam atau tangsi takde masalah. Kat sini takde gangguan buntal yang suka memotong tali pancing.
Guna mata kail udang bersaiz 1 – 3. Biar saiz besar supaya udang tak mudah lucut. Udang galah kat sini takde yang saiz kecil-kecil. Kalau lucut tentu saiz sado. Rugi la kalau lucut!
Umpan yang terbaik di Temerloh ialah umpun-umpun. Boleh juga guna umpan alternatif lain seperti cacing, hati ayam, jantung ayam atau hirisan ikan.
Jangan kedekut umpan. Umpun-umpun biar dicangkuk padat pada mata kail dan biarkan berlebihan sedikit untuk merasuah udang.
Jangan malas. Amat disaran periksa umpan setiap 5-10 minit. Kalau malas lebih baik jangan datang memancing. Tidur je ke chalet atau kat rumah rakit.
Jangan lontar umpan satu tempat saja. Variasikan balingan ke bawah bot, dekat, sederhana dan jauh. Jadi, kenalah pakai lebih dari satu joran.
Jaga joran. Ada udang galah yang jenis tarik secara lembut dan ada juga yang tarik secara kasar hingga boleh menghumban joran anda ke dalam sungai.
Kalau tak biasa, amat disarankan guna khidmat guide untuk hasil yang lebih baik. Keluar model lebih sikit tak mengapa asalkan berhasil.
Sentiasa utamakan keselamatan. Pakai jaket keselamatan dan mulut jangan sesekali cabul. Kita kena ingat yang kita bukan berurusan dengan udang galah je kat sungai ni.
Gelama dada kuning hanya tertumpu di lubuk dalam terutama laluan arus keluar masuk. Air besar menjadi pilihan kerana mudah mendapat anak udang di sungai ketika air surut. Udang kecil sesuai dengan mata kail yang digunakan.
Sukar bagi kita untuk menjinakkan ia, jika tidak kena pada laluan keluar masuk ikan ini dari laut ke sungai dan kawasan laluan yang saya memancing ia adalah kawasan air dalam melebihi 40 kaki, terutama kawasan laluan bot ke Pelabuhan Selatan.
Memang ramai kaki pancing tidak gemar memancing gelama kerana kebanyakan yang diperolehi adalah dari jenis yang kecil dan kurang enak isinya. Ia juga kebiasaan dijadikan umpan hidup terutama saiz sebesar dua hingga tiga jari orang dewasa untuk memancing spesies yang lebih besar. Umpan juga akan cepat habis dibelasah oleh spesies yang menyerang secara berkumpulan ini dan dikatakan mudah membiak.
Agak malang kadar pembiakan tidak dapat menandingi jumlah kegiatan pukat, jaring, tagang atau dengan kata lain hasil penangkapan tidak diimbangi dengan penjagaan dan pemulihan stok ikan.
Peralatan dan Teknik
Memancing gelama dada kuning bukan mudah jika tidak mengetahui laluan utamanya. Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, isi ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai di dalam perutnya. Ia adalah spesies yang makan umpan pemancing tidak kira waktu. Namun bagi saya waktu aktif ikan gelama ini ialah ketika bunga pasang sehingga pertengahan pasang.
Jika kederasan air lemah, adalah maka lebih sesuai menggunakan pemberat kecil sekadar untuk menjatuhkan umpan ke dasar supaya mudah dirasa kehadiran si gelama yang sedang mencuri umpan anda.
Kalau ingin memancing gelama bersaiz kecil gunakan mata kail udang bersaiz no.8/9/10 (kecil, halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar kerana gemar mengutis umpan pemancing yang leka.
Pilihan kelas tangsi utama dan kekili untuk memancing gelama dada kuning di bawah 20lb. Perambut 20lb hingga 40lb amat memadai kerana ia mampu bertahan walaupun digigit sang gelama.
Tidak ‘sporting’ kalau menggunakan tangsi yang kasar sebab perlawanan akan menjadi berat sebelah, jadi kita tidak akan enjoy dan merasai nikmat memancing dengan erti kata kepuasan apabila menarik ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...