Kami mengemas barang dan masukkan dalam bonet kereta. Setelah memastikan tiada lagi barang yang tertinggal, saya terus memandu keluar dari kawasan lombong menuju simpang kampung di mana Sharul meletakkan motosikalnya. Kemudian menghantar Zali ke rumahnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah bujang saya.

 

Memandu bersendirian, melayan lagu sambil teringatkan aksi pecutan ala torpedo rohu lombong petang tadi. Memang seronoklah. Kalau ada kesempatan mahu saya turun lagi ke sini.

Dumm!

Terkejut dan serta-merta kaki menekan brek. Lampu tinggi saya pasang. Saya terlanggar sesuatu. Lima belas kaki di hadapan kereta berhampiran jambatan kayu, saya lihat seseorang terbaring di dalam semak.

 

Menggelabah dan berdebar-debar. Saya bergegas keluar. Masih terpinga-pinga, saya meluru ke arah semak. Kaki dan tangan saya menggeletar. Seingat saya tidak ada sesiapa tadi di tepi jalan atau melintas jalan. Apakah saya tidak perasan atau fikiran jauh melayang.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

 

Seorang perempuan dalam lingkungan usia 30-an bangun sambil mengibas-ngibas kain membuang rumput dan ranting kayu yang melekat.

 

“Kak… teruk ke kak? Saya tak nampak tadi. Maaf kak.. maaf,” Kelam-kabut saya dibuatnya.

“Tak apa, sikit saja dik… tak apa.” Sambil tersenyum wanita itu mula melangkah.

“Err..kak, saya hantar kak ke klinik. Kat mana klinik yang dekat?”

“ Tak apa, rumah akak seberang jalan sana saja. Akak tak apa-apa. Adik baliklah…” Wanita itu terus melangkah.

 

Setelah tiga hari peristiwa tersebut saya bercadang pergi ke tempat kejadian mencari rumah kakak tersebut untuk menziarahinya. Jauh tempat kejadian dengan rumah bujang saya, kira-kira satu jam perjalanan.

IKLAN

 

Sebaik sampai di jambatan kayu tersebut, saya terlihat seorang lelaki sedang menangguk anak udang. Saya berhentikan kereta. Saya bertanyakan lelaki berkenaan perihal wanita yang saya terlanggar beberapa hari lalu, mungkin dia mengenalinya.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

 

Menurut apa yang lelaki itu beritahu saya, rumah wanita yang di seberang jalan itu sebenarnya kawasan tanah perkuburan Islam kampung berkenaan. Tiada rumah di kawasan itu.

 

Berderau darah saya. Kejadian malam itu sepantas kilat terbayang di depan mata. Patutlah kakak itu bangun selamba tanpa sebarang kecederaan dan kenapa saya boleh tidak perasan, kainnya langsung tidak koyak sedikit pun! Malam itu saya macam terpukau.

 

Lelaki itu memberitahu saya, pada awal tahun 80-an wanita itu mati dibunuh oleh bekas kekasihnya. Mayatnya dicampak ke bawah jambatan dan penduduk kampung sering bertembung ‘wanita’ berkenaan di sekitar jambatan ini. Seram sejuk tubuh saya mendengarnya. Tergesa-gesa saya meminta diri.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

IKLAN

 

Pada mulanya saya bercadang untuk terus pulang. Teringat pula si Sharul yang rumahnya hanya sekitar 15 kilometer sahaja lagi ke hadapan. Saya terus memandu menuju ke rumah Sharul.

“Lama dah kau tak datang ke mari, apa khabar?,” Soalan cepu emas daripada emak Sharul sebaik saya melangkah masuk ke ruang tamu.

“Saya macam ni lah mak cik. Mak cik sihat?” Memang betul. Hampir 6 bulan saya tidak ke rumah Sharul

“Makcik sihat. Sihat orang tua”. Ujar mak Sharul sambil melangkah ke dapur.

 

Sedang rancak bercerita kisah-kisah memancing, saya teringat hendak memberitahu Sharul apa yang saya alami sewaktu pulang dari memancing rohu tempoh hari.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

 

“Nasib baik ada lelaki di jambatan tadi yang memberitahu aku siapa sebenarnya ‘kakak’ tu”.

“Ada lelaki dekat jambatan?” Emak Sharul yang menghidang air kepada kami tiba-tiba menyampuk.

IKLAN

“Ya mak cik. Lelaki kurus, rambut kerinting. Tinggi tak tinggi sangat, lebih kurang tinggi saya. Kenapa mak cik?.

“Itu suami perempuan tu. Dia pun sama kena bunuh sekali dengan isteri dia. Dua-dua dicampak ke bawah jambatan kayu tu” jelas mak Sharul.

 

Herkkk!

 

“Sharul, aku beransur dululah. Nak rileks kepala aku ni. Malam tu jumpa kakak tu, pagi tadi jumpa suami dia pulak! Berat… berat!”.

Saya meminta izin pulang kerana kepala sudah mula serabut dengan dua kejadian yang menimpa saya tanpa diduga.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

 

“Kau nak ikut jalan kampung ke jalan baru?”

“Kau hulur seratus pun aku tak akan lalu lama tu. Kalau kau ikut sama, boleh”.

 

Sepanjang perjalanan, kejadian pagi tadi dan malam jumaat tempoh hari bermain di fikiran. “Patutlah tiada kesan calar atau kemek pada bumper depan…” bisik hati saya.

 

Pengalaman Seram Melanggar Kakak Misteri

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI