Besi juga sebenarnya berpotensi untuk dijadikan pemberat. Carilah besi-besi terbuang atau terpakai yang memiliki lubang dan berpermukaan tidak terlalu tajam. Perkara ini agak penting agar mudah digunakan dan tidak merosakkan tali pancing. Bahkan ramai juga pemancing menggunakan besi bar untuk menggantikan ladung timah di pancingan laut dalam. Cuma kelemahan besi, ia mudah berkarat jika digunakan di air masin. Untuk kegunaan jangka masa panjang, mungkin cat boleh membantu.
Custom Kaca
Pernah juga terdengar kaca diusulkan jadi pengganti timah. Isi padu kaca agak padat dan sisinya mudah dibentuk halus dan tidak melukai. Selain itu, kaca berbentuk cembung (bebola) tidak mudah pecah. Selain itu, dikatakan warnanya yang transparent dapat menarik perhatian ikan. Cuma pembentukkan agak rumit dan kos yang sedikit tinggi tetapi masih boleh dilakukan jika benar-benar mahu menggantikan timah.
Custom Batu
Batu adalah barang alami yang dianggap paling mesra lingkungan untuk dijadikan pengganti timah. Cuma batu agak sukar untuk ditebuk untuk membuat lubang. Dikatakan, beberapa pemancing menggunakan bungkusan plastik untuk menyambungkannya ke rangkaian pancing. Masalahnya, plastik itu sendiri adalah satu sumber pencemaran. Yang pasti batu adalah mesra alam. Mungkin anda mampu memikirkan cara-cara untuk menggunakan batu sebagai batu ladung.
Lain-lain Custom
Banyak barang lain yang boleh dijadikan pengganti timah sebagai pemberat pancing. Bancuhan simen dan pasir yang dikeraskan dalam acuan tertentu juga boleh dijadikan pemberat. Begitu juga dengan stainless steel. Stainless steel berbentuk bar merupakan pengganti timah yang paling ideal, kecuali harganya yang sekeras sifatnya juga. Dan yang paling popular digunakan sejak dahulu ialah spark plug.
Perubahan suhu di waktu lewat petang membuatkan tempoh ini juga menjadi waktu yang terbaik untuk turun memancing. Pada waktu ini juga dikatakan banyak spesies pemangsa berkeliaran mencari mangsa sebelum malam berlabuh.
Sesetengah ikan menjadikan waktu malam untuk aktif memburu mangsa. Pada waktu ini juga suhu air sangat sesuai untuk ikan mencari makanan. Biasanya spesies `bermisai’ sangat aktif mencari makanan dengan deria hebatnya itu.
Waktu ini adalah sangat penting bagi kaki mancing wajib untuk mengambil tahu kerana pergerakan air mulai pasang adalah waktu yang ideal untuk memancing di pantai atau laut. Ini kerana ikan sangat aktif mengikut arus air untuk mencari makan.
Waktu ini juga sama seperti air bergerak pasang. Air menyongsong surut juga menjadikan ikan kembali aktif mencari makanan.
Cuaca mempengaruhi suhu air. Jadi waktu terbaik untuk memancing ialah ketika cuaca tidak panas kerana suhu air panas menjadikan ikan tidak berminat untuk keluar mencari makan. Ada juga berpendapat selepas hujan dan ketika hujan renyai menjadi waktu terbaik untuk memancing.
Ada nelayan yang berpendapat,waktu terbaik untuk memancing ialah ketika angin selatan dan selepas angin barat. Pada waktu ini dikatakan ikan akan mudik ke pantai dan lebih aktif mencari makanan.
Ada beberapa spesies ikan memilih musim tertentu berhijrah, bertelur atau mencari makan. Jadi dengan mengetahui musim ikan ini,anda akan lebih berpotensi mendapat hasil yang lumayan.
Terdapat pelbagai jenis batu ladung yang ada di pasaran masa kini. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi kurang arif mengenai kesesuaian penggunaan batu ladung ini sama ada bentuk, saiz ataupun beratnya.
Batu Ladung Leper
Ia merupakan pemberat yang paling sinonim dengan pancingan dasar laut dalam. Dan bolehlah dianggap pemberat yang paling sesuai dengan jumlah berat maksimum sehingga 1kg dihasilkan.
Dengan bentuk seperti empat segi dengan lengkungan separa bulat pada bahagian bawah memboleh batu ladung leper ini menjunam ke dasar dengan lebih laju dan mampu membelah arus dengan baik.
Ia penting bagi membolehkan umpan yang didasarkan tidak kesasar jauh dari lubuk sasaran. Selain itu ia juga mampu melekap atau kekal pada dasar dengan lebih kukuh melawan tolakan arus pada dasar laut.
Batu Ladung Berlian
Berbanding batu ladung seangkatan dengannya, batu ladung berlian merupakan pemberat yang paling bercorak dan aerodinamik. Sebagaimana bentuk berlian, pemberat ini dibentuk sedemikian rupa dengan tujuan tertentu.
Ia sesuai untuk kegunaan pancingan air tawar dan juga air masin. Dengan reka bentuk sedemikian rupa membolehkan ia dilontar ke lubuk dengan lebih tepat dan menerjah ke permukaan air dengan riak yang minimum dan menjunamkan ke dasar bersama bentukan buih dan mampu membelah air dengan baik.
Batu Ladung Silinder
Ada yang memanggil pemberat ini sebagai batu ladung J sebab ada cop huruf J pada badannya. Ada juga yang memanggilnya ladung torpedo kerana reka bentuknya seperti bom torpedo. Yang penting, batu ladung silinder ini antara pemberat terbaik untuk pancingan dasar laut dalam.
Reka bentuk dan campuran logam menjadikan pemberat ni terasa lebih mampat berbanding pemberat lain dalam skala berat yang sama. Ia membolehkannya turun ke dasar dengan kelajuan yang stabil dan mampu memegang perambut dan umpan dengan baik.
Batu Ladung Bertali
Saya jarang menemui pemberat jenis ini di pasaran terutamanya kedai-kedai pancing Lembah Kelang. Namun saya pernah melihat para tekong dan awak-awak di Pantai Timur menggunakan batu ladung ini ketika mencandat sotong atau memancing tenggiri menggunakan koyan.
Uniknya pemberat ini ia didatangkan dengan jalinan tali tangsi sebagai ganti gelung atau cincin yang biasa terdapat pada batu ladung mati. Saya percaya ia adalah pemberat custom yang membolehkan ia disambung dengan set perambut atau tanduk buatan sendiri yang tidak menggunakan swivel penyambung.
Batu Ladung Bertangkai
Pemberat jenis ini hampir sama bentuknya dengan batu ladung leper, panjang atau silinder kecuali pada bahagian atasnya disambungkan dengan gelung atau cincin bertangkai panjang. Ia juga hampir menyamai batu ladung sauh tetapi tidak memiliki kaki labah-labah.
Ia dipercayai lebih banyak digunakan dalam pancingan surfcasting sebagaimana batu ladung sauh. Memandangkan dawai tangkainya diperbuat daripada logam yang mudah karat, saya percaya ia lebih sesuai digunakan untuk pancingan air tawar yang luas seperti tasik atau lombong.
Batu Hidup Lonjong
Pemberat atau running sinkers yang mirip batu ladung biji kana pada asasnya direka bentuk untuk konsep pancingan yang sama. Secara teori pula pemberat jenis ini lebih efektif berbanding batu ladung biji kana bagi mengurangkan tali utama bersimpul. Bentuknya yang dipanjangkan itu mampu menyelamatkan perambut dari diputuskan ikan bergigi tajam. Selain itu ia juga lebih baik dari aspek lontaran yang lebih jauh serta boleh digunakan sebagai pemberat tambahan pada gewang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...