Nama Botani:

Ipomoea pescaprae

 

Nama Famili:

Convolvulaceae order Tubiflorae

 

Nama Biasa:

Pokok Tapak Kuda

 

Klasifikasi:

Pokok Penutup Bumi

 

Jangka hayat:

Tempoh jangka hayat rendah.

 

IKLAN

Penawar Rahsia Pokok Tapak Kuda

 

Ciri-ciri:

Merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan menutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil.

Ia berkait rapat dengan pokok kangkung dan kembang pagi. Daun selebar 8-10cm.

Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman.

Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.

 

Penawar Rahsia Pokok Tapak Kuda

 

IKLAN

Tempat asal:

Banyak terdapat di tepi pantai.

 

Fungsi Landskap:

Mengawal hakisan tanah serta estetik dan pengindahan.

 

Lokasi Kesesuaian Tanaman:

Taman dan tepi-tepi jalan.

 

IKLAN

Penawar Rahsia Pokok Tapak Kuda

 

Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok menjalar yang terdapat di tepi pantai. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang. Nama sainsnya adalah Ipomoea pescaprae dalam family Convolvulaceae dan order Tubiflorae.

 

Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.

 

Pokok yang mempunyai daun selebar 8-10 cm ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupakai tapak kaki kuda. Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.

 

Penawar Rahsia Pokok Tapak Kuda

 

Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?

 

Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari. Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.

 

Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu. Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI