Sebaiknya selepas waktu Maghrib terus tengok tajur kerana kalau lambat angkat ada kemungkinan besar akan dimakan ular atau haiwan lain. Tidak kiralah sama ada haruan yang sudah terkena tajur atau ikan yang dijadikan umpan tajur.
Boleh juga kalau nak tengok lewat tapi kenalah berhadapan dengan risiko tajur terkena ular guni jika di kawasan tersebut ada ular guni. Ular ini biasanya mencari mangsa pada waktu malam. Waktu siang, ia menyorok dalam lubang di tebing parit.
Ads
Tali tangsi nylon 20-40lb sudah memadai. Tali nylon yang dijual gulung pun elok juga sebab elastik. Tak perlu fluorocarbon bagai. Yang penting, batang taut biar yang boleh melentur untuk menahan henjutan ikan.
Ads
Saya suka guna ranting buluh yang diambil daripada batang buluh galah tua walaupun tak cantik kerana ia lebih liat. Guna buluh yang diraut pun boleh juga kalau rajin tetapi tidak sekuat ranting buluh galah yang sudah tua.
Batang bertam atau apa-apa pokok lain boleh janji ia lembut dan melentur untuk mengurangkan risiko haruan terlepas kerana batang lembut akan menyerap sentakan haruan yang terkena mata kail.
Ads
Mata kail pulak beli je mata kail murah-murah. Saya suka guna mata kail VMC yang biasa nelayan buat rawai tu. Janji batang ia panjang sebab kalau haruan telan umpan terus tali tajur selamat dari kena gigit lagi.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tali berapa lb yang sesuai digunakan? Persoalan ini sering berlegar di dalam minda mereka yang baru berjinak-jinak untuk jigging. Tali utama atau main line untuk jigging atau slow pitch jigging mestilah menggunakan tali braided yang berdiameter halus dan kuat.
Jika kita menggunakan tali yang kasar maka kita perlu menggunakan jig yang lebih berat untuk ia turun sampai ke dasar pada masa yang paling cepat kerana tali diameter yang besar akan mudah dibawa arus.
Untuk slow pitch jigging, saya sering menggunakan jig beratnya 120g-250g dan untuk perairan kita, saya mengesyorkan cukup menggunakan tali utama braided 25lb-30lb atau PE2, PE2.5 atau PE3 sudah mencukupi.
Dalam pemikiran kita, tidak sepatutnya ada pemikiran ‘tali kasar tidak senang putus’. Inilah yang selalu berlegar di dalam minda kaki pemancing. Harus diingat, jika tali bergeser dengan batu, tali 80lb pun boleh putus juga.
Dalam kaedah slow pitch jigging, percayalah kepada tali halus, ia kuat! Kelebihan tali halus, ia memotong air, kita boleh merasai jig kita dan apa yang berlaku di hujung tali kita.
Leader / Perambut
Tali perambut (leader) Untuk tali perambut mestilah menggunakan flourocarbon shock Leader. Berapa LB yang sesuai? Ia terpulang kepada lubuk dan jika lubuk itu selalunya terdapat ikan jerun atau ikan yang besar maka kita boleh menggunakan perambut yang lebih besar. Untuk perairan kita, 40lb-60lb sudah mencukupi.
Jig
Terdapat semakin banyak jig khusus untuk slow pitch jigging di pasaran. Terdapat pelbagai bentuk dan warna tetapi satu persamaan adalah bahawa mereka adalah seimbang di tengah.
Faktor utama slow pitch jigging adalah untuk mendapatkan jig dalam kedudukan mendatar. Biasanya berbentuk berdaun, dan tidak simetri, satu bahagian adalah rata dan satu bahagian lebih tebal dan dibentuk.
Jenama dari Jepun mengeluarkan jig untuk slow pitch jigging. Antara yang terbaik adalah dari jenama Evergreen Caprice, Xesta Flap Slap Slow Emotion, Bassday Bottom Contact dan Shout Strobe. Jig pilihan untuk slow pitch jigging terdiri daripada jenama Shout Flash, Bassday Bottom Contact, Xesta Slow Emotion Flap, Evergreen Caprice, Xesta After Burner.
Hook
Untuk kaedah ini, setup untuk mata kail adalah berlainan dan ia memerlukan mata kail berkembar di atas dan di bawah. Ini disebabkan, ikan bukan selalu aktif dan kadang kala ikan stidak mahu makan dan apabila melihat jig seakan ikan cedera ia akan membuatkan ikan mendekati jig dan ikan mungkin hanya hendak melanggar atau merosakkan jig dengan mulut atau badan maka ia akan tersangkut dengan mata kail.
Mata kail perlu ringan dan tajam untuk memudahkan mata kail menembusi mulut ikan dengan lebih senang kerana mata kail yang kurus dan tajam senang menembusi mulut ikan. Dengan memasang mata kail berkembar, jika satu putus ada satu lagi. Inilah cara slow pitch jigging yang agak berlainan dengan jigging biasa.
Saya berminat untuk cuba memancing di kawasan sungai pergunungan. Bolehkah tuan admin berikan sedikit tip untuk memancing di kawasan sebegini?
JAWAPAN:
Pancingan sungai pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan. Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan.
Contohnya menggunakan kasut yang sesuai. Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing. Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan. Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Assalam tuan admin, saya baru nak belajar menggunakan gewang selaman dan saya berminat dengan jerkbait dan crankbait jenis floating.
Tuan admin cadangkan gewang model apa boleh saya beli untuk air tawar?
ii. Apa bezanya crankbait jenis body panjang dengan jerkbait tuan, sebab saya nak nampak sama saja?
iii. Bagi tuan, kat tempat air jernih macam tasik yang ikan sombong dengan topwater, mana lagi best jerkbait ke crankbait?
JAWAPAN:
Wasalam tuan… adalah tidak adil untuk saya menamakan model-model gewang tersebut.
Sebagai panduan sebelum membelinya, tuan bolehlah merujuk kepada pemancing yang pernah menggunakannya.
Saya percaya semua gewang terutamanya yang berjenama besar telah diuji keberkesanannya.
Lagipun, jika saya menamakan sesuatu model gewang dan tuan membeli tetapi hasilnya kumpau, ia boleh mendatangkan persepsi negatif pula.
ii. Dalam istilah produksi, gewang crankbait adalah sinonim kepada gewang jerkbait. Justeru itu ia kelihatan hampir sama saja bentuk.
Walau bagaimana pun, gewang crankbait lebih merujuk kepada gewang selaman dalam dengan memiliki lidah atau bip yang panjang.
Sementara gewang jerkbait kebanyakannya memiliki body panjang dan ada juga yang tidak memiliki lidah gewang.
Dari segi penggayaan pula, gewang jerkbait perlu dikarau dengan aksi jerking untuk menghasilkan aksi renangannya.
Sementara gewang crankbait didatangkan dengan aksi renangan sedia ada dan hanya perlu dikarau perlahan atau pantas.
iii. Bagi menghadapi ikan yang sombong dengan gewang topwater ketika faktor air yang jernih, selain menukar gewang crankbait atau jerkbait, warna dan aksi gewang juga perlu dimainkan dengan tepat.
Hakikatnya, untuk menjinakkan pemangsa ketika air jernih banyak perkara perlu diambil kira kerana pada ketika ini deria penglihatan ikan berada dalam keadaan terbaik untuk menilai setiap mangsa sebelum membahamnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...