Pemerhatian terhadap jarak dan kedudukan gewang perlu diteliti bagi keberkesanan maksima ketika melakukan pancingan menunda atau trolling. Walaupun ketibaan kami agak awal, kami terpaksa menunggu air surut untuk memulakan trip.

 

Panas terik yang mencecah 37 celcius pada sebelah tengah hari tidak merencatkan kami memburu barracuda. Malah, situasi ini ada kalanya seakan bonus buat kami kerana keadaan air yang jernih sedikit sebanyak membantu pemilihan warna gewang terbaik untuk diaplikasikan di sini.

 

Panduan Teknik Pancingan Menunda Gewang

 

Kelebihan Strike Pro Titan

 

Teknik pancingan trolling menjadi lebih berjaya sekiranya mengaplikasikan struktur gewang yang mampu dan berkebolehan berenang dengan pantas mengikut kelajuan bot. Jadi kami menggunakan gewang tundaan jenama Strike Pro Titan 14cm untuk menewaskan si pemangsa ini.

 

Strike Pro Titan berkemampuan beraksi semula jadi secara berputar ketika di dalam air. Struktur badan penuh diperbuat dari jenis kayu balsa beri kelebihan pada gewang ini supaya tidak mudah pecah dan retak ketika dihentam kuat barracuda.

IKLAN

 

Panduan Teknik Pancingan Menunda Gewang

 

Kelajuan Bot

 

Mengambil kira pengalaman trolling yang lalu, kelajuan bot kami tetapkan diantara 3 knot – 5 knot. Kami merasakan jika bot terlalu perlahan dan laju tidak sesuai untuk melakukan trolling kerana kurang berdaya saing dengan ikan sasaran iaitu barracuda. Justeru jika pemancing di luar sana ingin melakukan trolling, bot haruslah dipacu dalam kelajuan yang betul.

 

Untuk pancingan trolling, perkara yang harus dititik beratkan ialah kedudukan gewang yang kelihatan mudah dilihat dan spesies ikan sasaran yang ingin didaratkan.

IKLAN

 

Panduan Teknik Pancingan Menunda Gewang

 

Pemilihan Mata Kail

 

Barracuda dan juga tenggiri adalah jenis ikan yang gemar memburu mangsa secara menyambar dan laju. Seperkara yang harus dititikberatkan lagi adalah pemilihan mata kail juga mestilah betul, iaitu kuat, lasak dan mudah hook-up.

 

IKLAN

Justeru kami menggunakan mata kail dari jenis “Big Game Hook” yang mana matanya menegak lurus ke pangkal. Ini kerana apabila ikan tersebut menyambar pada gewang mata kail akan secara terus sahaja mencangkuk pada ikan tersebut.

 

Panduan Teknik Pancingan Menunda Gewang

 

Mata kail jenis ini mempunyai daya ketahanan yang cukup lasak dan kuat. Malah tidak akan mudah melurus semasa hentakan mahupun hentaman yang kuat dan agresif dari ikan sasaran. Kekuatan mata kail haruslah 10 kali ganda anggaran berat ikan sasaran untuk menampung kuasa sentapannya.

 

Jika mulakan pancingan pancingan di awal di tengah hari seelok-eloknya warna yang berkilau seperti emas dan perak dijadikan pilihan. Kami juga menjangkakan keadaan pastinya lebih sukar sekiranya tidak mengaplikasikan gewang yang berdiameter lebih besar.

 

Panduan Teknik Pancingan Menunda Gewang

 

Berdasarkan pengamatan sepanjang trip, kami melihat spesies bergigi tajam seperti barracuda ini cukup lasak ketika menyambar gewang. Kami juga beranggapan, udang hidup tidaklah begitu bersesuaian untuk aktiviti pancingan trolling kerana berkemungkinan besar udang hidup ini tidak mampu kekal lama ketika melawan arus ombak yang kuat.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI