Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.
Buang kulit ikan buntal
Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.
Cuci bersih
Ads
Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.
Buang sirip dan tulang
Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuhi tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.
Ads
Buang bahagian kepala
Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.
Tips penting
Ads
Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium
ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.
Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut.
Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kalau disebut sabiki, tentu ramai yang krik-krik. Tapi kalau Apollo, pasti ramai yang akan ‘Oooo… cakap la apollo’. Sabiki atau apollo merupakan satu jenis ikatan perambut paternoster yang mana mata kail diletakkan benang atau kertas plastik berwarna bagi menarik perhatian ikan-ikan pelagik.
Ia adalah satu kaedah memancing yang lazimnya digunakan untuk mencari umpan ikan hidup seperti bilis, tamban, beliak mata, selar dan sebagainya lagi.
Namun jika memperoleh ikan selar, selayang, kembung atau cencaru yang bersaiz kasar ia pasti lebih menyeronokan kerana boleh dibuat umpan, ia juga boleh dibuat lauk malah boleh bertukar misi pancingan.
JENIS
Ada pelbagai jenis apollo yang terjual di kedai pancing. Apollo yang lazim digunakan adalah apollo kertas dengan manik hijau. Namun apollo udang (udang getah yang dilekatkan pada mata) juga sesuai digunakan terutamanya untuk mencari ikan selar dan cencaru.
SAIZ
Pilihlah saiz apollo yang sepadan dengan ikan sasaran. Contohnya jika mencari bilis, beliak mata dan tamban kecil di kawasan kelong atau rumah rakit lebih sesuai guna apollo saiz 4-5. Jika di kawasan boya, unjam atau kapal parkir sebaiknya guna saiz 6-10. Untuk ikan sasaran yang lebih kasar seperti cencaru pula elok pilih saiz 12-16. Selain saiz matanya yang besar, perambutnya juga lebih kasar dan kuat.
PORT
Ikan-ikan pelagik ini lazimnya berkumpul atau mencari makan di kawasan berstruktur seperti tiang-tiang jambatan, boya, kelong, tukun, unjam dan kapal parkir. Sementara spot untuk melontar apollo adalah bahagian kepala arus hadapan yang dilanggar arus. Bukannya di bahagian belakang boya atau unjam, kapal atau kelong.
LONTARAN
Apollo sebaiknya dilontar ke bahagian hadapan kepala arus atau objek seperti kepala unjam dan biarkan tenggelam seketika sebelum membuat kayuhan. Sebaiknya juga guna batu ladung saiz sederhana yang cepat tenggelam bersesuaian dengan arus.
UNJUN
Tidak perlu tunggu sehingga batu cecah dasar untuk buat unjunan. Memadai sekadar anggaran 3/4 kedalaman air kerana ikan pelagik jarang berada di dasar. Cara terbaik ialah sebaik batu ladung mencecah air, rasakan pergerakan tali pancing yang keluar bagi mengesan sebarang ragutan ikan pada apollo.
UMPAN
Boleh juga letakkan hirisan ikan/udang/sotong pada mata kail apollo sekiranya penggunaan apollo kosong kurang mendapat sambutan. Seperkara lain kaedah ini berpeluang untuk memperoleh ikan-ikan pelagik yang bersaiz lebih kasar. Teknik ikatan paternoster ini juga merupakan perambut untuk memancing ikan merah yang sangat berkesan.
Bagi pancingan air masin, umpan udang hidup sememangnya menjadi antara pilihan utama bagi kaki pancing. Namun begitu, sesebuah trip pancing itu akan menjadi musibah besar apabila umpan udang hidup yang dibawa semuanya mati begitu sahaja.
Pastinya ini akan mengganggu mental kaki pancing yang bersusah payah mendapatkan umpan udang hidup ini. Oleh sebab itu, kami ingin berkongsi beberapa tip berguna untuk memastikan umpan udang yang dibawa bertahan lama terutama bagi trip yang jauh dan memakan masa beberapa hari. Semoga bermanfaat untuk anda semua!
Cuba masukkan daun hijau yang tak bergetah di dalam bekas udang seperti pelepah kelapa atau dedaun yang tumbuh di tepi pantai. Daun itu akan mengurangkan udang hidup berlaga sesama sendiri dan suhu air tidak akan cepat panas.
Gunakan kotak foam putih untuk simpan udang hidup khususnya bagi perjalanan jauh atau untuk simpan semalaman. Ini kerana kotak putih luas dan suhu air tidak akan naik. Kotak foam juga lembut tidak mencederakan udang jika berlaga.
Ketulan ais perlu dibungkus dalam plastik dan diikat mati sebelum dimasukkan dalam bekas (dan perlu rajin tukar). Peranan ais juga untuk kurangkan air drpd berbau busuk, maka kadar kematian udang akan kurang.
Pam udara adalah satu kemestian. Jadi pastikan pam udara sentiasa dalam keadaan baik dan mempunyai bekalan bateri yang mencukupi.
Joran berkekuatan sekurang-kurangnya 10-20lb dengan aksi sederhana berat (medium heavy) adalah disarankan.
Namun joran berkuatan 15-30lb dengan aksi sederhana berat merupakan pilihan yang terbaik. Bukanlah bermakna joran di bawah 10-20lb tidak boleh digunakan.
Nak guna joran 4-10lb pun boleh tetapi boleh ke joran tersebut beraksi sempurna jika strike toman melebihi 5 kilogram?
Peranan joran bukan sahaja untuk menarik atau mengepam ikan, sebaliknya juga untuk menyentap mata kail masuk ke rahang ikan toman yang keras.
Saiz panjang joran yang ideal ialah 6-8 kaki. Joran melebihi 6 kaki lazimnya lebih efisien untuk membuat lontaran menggunakan umpan seperti ikan keli hidup ke spot yang lebih jauh, sekiranya memancing dari daratan.
Jika menggunakan bot atau boating, joran berukuran 5-6 kaki lebih efisien.
Pemilihan kekili
Kekili saiz siri 3000 hingga 5000 paling sesuai digunakan. Tak kiralah kekili untuk kegunaan air tawar atau air masin semuanya boleh digunakan.
Yang penting kekili tersebut memiliki longkang gelendung atau spool yang dalam bagi mengisi tali tangsi yang mencukupi.
Daya seretan kekili atau drag kekili juga tidak perlu sehingga belasan kilogram. Drag 4 kg pun sudah memadai kerana boleh menggunakan bantuan tangan terhadap spool bagi mengekang larian toman.
Tali pancing sesuai
Penggunaan tali tangsi atau mono adalah disarankan untuk memancing toman. Tali sulam juga boleh digunakan tetapi haruslah disambung dengan shockleader 2-3 meter.
Ia bertujuan bagi mengurangkan risiko tali utama berbelit atau berpintal terutamanya jika menggunakan umpan hidup seperti ikan keli atau ikan lampam.
Tali tangsi yang tahan lasak dan geseran berkuatan 20-35lb adalah pilihan terbaik. Justeru itulah kekili saiz siri 3000 hingga 5000 adalah pilihan sesuai bagi memuatkan tali tangsi 20-35 lb ini.
Tali tangsi berwarna jernih atau kehijauan lebih sesuai digunakan atau tali yang sepadan dengan warna air lokasi pancingan toman tersebut.
Pemilihan mata kail
Boleh dikatakan banyak jenis mata kail seperti octopus hook, siwash hook atau circle hook boleh digunakan.
Saiz mata kail sederhana sekitar 2/0-4/0 sesuai digunakan bergantung kepada saiz umpan yang digunakan.
Apa yang penting mata kail mestilah tajam dan kukuh untuk menembus mulut dan rahang ikan toman yang keras. Shank atau teras mata kail sebaiknya yang sederhana tetapi kuat.
Teras yang halus bagus untuk strike tetapi dikhuatiri tidak mampu bertahan. Sementara teras yang tebal pula menyulitkan untuk hook up yang kemas.
Sebaiknya juga gunakan mata kail daripada material black nickel. Jumlah penggunaan mata kail pula bergantung kepada saiz umpan. Namun penggunaan 1 hingga 2 mata kail sahaja sudah memadai.
Perambut sesuai
Perambut mono filamen atau fluorocarbon 30-50lb sepanjang sekaki disambungkan dengan perambut dawai atau kabel 20-30lb kira-kira sejengkal.
Sebaiknya pilihlah dawai lembut yang disalut getah hitam. Yang penting perambut mata kail wajib menggunakan dawai atau kabel kerana toman bukan saja memiliki barisan gigi yang tajam bahkan rahang kuat yang mampu mematahkan mata kail.
Penggunaan perambut tanpa dawai pun boleh digunakan tetapi ia lebih bergantung kepada nasib. Kalau nasib baik, naiklah toman tapi kebanyakkannya jarang yang bernasib baik.
Umpan hidup
Apa sahaja benda berdaging boleh digunakan sebagai umpan toman. Namun umpan yang biasa digunakan adalah ikan hidup atau ikan mati.
Ikan keli, lampam dan puyu merupakan umpan hidup yang lazim digunakan dan berkesan. Untuk lebih berkesan, sebaiknya guna umpan yang boleh diperoleh di habitat yang sama dengan toman tersebut.
Sekiranya lubuk tersebut turut ada sebarau maka gunalah ikan sebarau sama ada hidup atau mati. Sudah sekian lama dikatakan toman dan sebarau saling bermusuhan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...