Jika anda berhajat untuk merasai kenikmatan ikan ini, patuhilah tips dan tatacara mengolah dan memasak ikan buntal. Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya mengalami sebarang keracunan.
Buang kulit ikan buntal
Buang kulit ikan buntal dari bahagian mulut sehingga keseluruhannya. Ia sama sebagaimana anda menguliti kaki lembu. Ia bagi mengelak daripada racun yang terdapat kulit ikan buntal ini meracuni masakan.
Cuci bersih
Ads
Daging ikan buntal itu sebersih bersihnya. Pastikan lendir yang menyelaputi daging ikan dibuang atau dicuci sehingga hilang semuanya.
Buang sirip dan tulang
Ambil isi ikan sahaja dengan cara menggunakan pisau yang tajam. Hiris isi ikan secara mengiring tanpa menyentuhi tulang tengahnya atau bahagian perutnya. Ambil isi sahaja dan buang sisa yang lain.
Ads
Buang bahagian kepala
Sebaiknya bahagian kepala ikan buntal dibuang walaupun bahagian mata dan sedikit daging pada bahagian kepala boleh dimakan. Lupakan saja kegemaran anda menyedut mata ikan.
Tips penting
Ads
Sebaiknya jangan memotong bahagian badan ikan. Membelah ikan buntal perlu dilakukan penuh cermat dan fokus apatah jika anda tidak mengetahui kedudukan hati dan ovarium
ikan buntal tersebut. Ini kerana pada bahagian hati dan ovarium paling banyak mengandungi racun.
Seandainya tersilap langkah dan kedua organ ikan tersebut pecah maka racun tersebut akan menyebar ke seluruh bahagian ikan tersebut.
Sekiranya hati dan ovarium ikan sudah pecah, sebaiknya buang saja ikan tersebut kerana sangat-sangat berbahaya untuk dimakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tengas merupakan penghuni utama di sungai-sungai banjaran pegunungan. Hidupnya memerlukan air yang sejuk, kepekatan oksigen yang tinggi malah menggemari sungai berjeram. Baginya, menyusur sambil diam setempat dalam arus deras bukanlah perkara sukar. Tabiat ini menjadikannya sangat bertenaga.
Tengas yang besar tidak akan muncul ketika siang hari. Tetapi apabila matahari terbenam, barulah makhluk ini keluar daripada tempat persembunyiannya di bawah batu-batu besar dan menyusuri kawasan cetek mencari makanan.
Apabila memancing tengas, kita perlu banyak ‘mengendap’ iaitu bergerak senyap, perlahan dan menyamarkan diri dengan persekitaran. Kaedah mengendap ini lebih penting berbanding pemilihan umpan. Tengas hidup dalam persekitaran yang terdapat makanan mengalir laju mengikut air, jadi spesies ini tidak begitu memilih makanan.
Namun walau apapun umpan terbaik yang digunakan, tengas tidak akan menyentuhnya sekiranya ia dapat melihat anda. Jadi, anda perlu berpakaian hijau, berselindung di sebalik batu atau pokok ataupun duduk di bawah bayangan sekiranya mahu mengendap tengas.
Berkenaan dengan umpan pula, tengas menggemari pelbagai umpan termasuklah pelet, biskut (campur sedikit kunyit sebagai pewarna) dan juga roti canai! Belalang, cengkerik, cacing dan lundi pasir juga merupakan kegemarannya lebih-lebih lagi dalam air keruh.
Umpan utama yang biasa digunakan oleh rakan-rakan saya ialah sejenis serangga yang dipanggil belalang togel, iaitu belalang hijau dengan perut yang bulat gemuk dan kaki belakang yang panjang. Tengas memang pantang nampak belalang ini, pasti disambarnya. Walau bagaimanapun, umpan terbaik apabila air keruh ialah perut ayam.
Jika anda ingin memancing tengas pada siang hari dan menjangkakan mampu mendapat ikan kecil tidak lebih dari 500gm, peralatan ringan dengan ketahanan 2-6lb sudah memadai.
Kekili mendatar jenis kecil dengan sistem tegangan yang licin paling sesuai. Joran yang panjang mungkin menyukarkan bagi yang kurang berpengalaman tetapi banyak kelebihan di sebaliknya.
Perairan tengas biasanya kecil dan sempit, oleh itu umpan perlu dilontarkan dengan cara menghayun (bukan melontar) atau hanya menjatuhkan terus ke dalam olak di belakang batu. Jadi joran yang panjang dapat menjalankan tugas ini dengan baik sekali.
Pengawalan hanyutan umpan dan tarikan ikan juga menjadi lebih mudah. Joran sepanjang 7-9 kaki juga boleh digunakan kerana ia sudah cukup lembut untuk mengawal tali halus. Gunakan tali perambut sepanjang 20 hingga 25 cm yang diikat pada cili dan batu ladung yang cukup kecil supaya hanyutan umpan kelihatan lebih semulajadi.
Untuk ikan kecil, gunakan mata kail bersaiz 16 hingga 10 (skala Mustad). Saiz yang kasar sesuai untuk umpan belalang dan cengkerik. Kebiasaannya, tengas kecil suka bermain di kawasan sempadan antara air deras dan olak tenang.
Cara yang banyak digunakan ialah dengan melontar umpan ke arah arus deras sambil tali dilepaskan beberapa meter ke hilir, kemudian karau.
Umpan akan hanyut ke olak tenang dan biasanya ragutan berlaku apabila umpan melewati sempadan yang disebutkan. Anda tidak perlu merembat joran dengan kuat kerana tengas sangat rakus menyambar umpan. Sentapan yang lembut sudah memadai.
Sekiranya anda ingin memburu spesies ini lebih-lebih lagi pada waktu malam, sebaik-baiknya gunakan tali yang kasar iaitu 8-12lb. Kaedah batu ladung hidup diperlukan, begitu juga dengan saiznya supaya sepadan dengan tali. Dengan ini, lontaran lebih mudah dilakukan dan penyampaian umpan kelihatan seperti semulajadi.
Spot kesukaan tengas pada malarn hari ialah pada bahagian ekor lubuk. Ikan ini lebih berani pada waktu malam kerana perairan yang agak tenang di bahagian tersebut menjadi medan perburuannya.
Anda perlu membiasakan diri dengan kawasan sebegini sebelum mengail kembali pada waktu malam lainlah sekiranya anda lebih gemar memancing pokok setiap kali lontaran! Memancing pada waktu malam di dalam hutan serta sungai berbatu amat membahayakan, jadi pastikan anda sentiasa berteman.
Bukan senang sebenarnya nak dapat strike walaupun memancing di kolam. Umpan power saja tak menjamin korang akan dapat strike. Teknik perambut, cara persembahan dan cara kepalan umpan turut menjadi faktor utama kejayaan. Jika kesemua ini dilakukan dengan sempurna, barulah anda boleh menanti umpan disambar ikan.
Tutorial 1
Buat perambut Y dengan menggunakan perambut tangsi. Boleh lakukan teknik loop knot untuk menghasilkan perambut cabang (Y) yang sebelah panjang dan sebelah pendek. Anggaran hujung yang pendek 1/3 dari perambut panjang.
Tutorial 2
Cucuk pelet apung bersaiz besar pada mata kail perambut panjang. Manakala mata kail perambut pendek pula dicucuk jajan (keropok jagung). Tujuan jajan adalah untuk membolehkan pelet dikepal kemas pada mata kail.
Tutorial 3
Letakkan pelet kepal (pelet bancuhan berasingan dengan pelet yang dicucuk pada mata kail) yang telah dibancuh dengan perisa umpan ke atas tapak tangan. Kemudian letakkan mata kail berjajan dan kepal dengan kemas. Bahagian ini dinamakan pelet inti.
Tutorial 4
Letak lagi pelet kepal pada sebelah tangan dan letakkan pelet inti ke atasnya. Seterusnya tambah lagi pelet kepal menutupi pelet inti.
Tutorial 5
Lakukan kepalan dengan kekemasan sederhana (sekadar tidak pecah ketika melakukan balingan) tidak sebagaimana mengepal pelet inti. Pelet kepal ini akan berderai di dalam air (untuk menarik perhatian ikan) dengan meninggalkan pelet inti saja yang akan disambar ikan.
Tutorial 6
Persembahan umpan yang berkesan untuk menarik perhatian ikan di dalam air. Perambut panjang yang mata kail dicucuk pelet akan terapung di dalam air. Mata kail inilah yang lebih tinggi peluang disambar ikan berbanding mata kail perambut pendek yang tenggelam di dasar.
Untuk perambut, penulis telah mendapat tunjuk ajar daripada seorang guru sekolah yang juga merupakan seorang otai pancingan kelong. Berikut antara teknik perambut yang sering beliau gunakan terutama di perairan Kuala Lukut.
Perambut jenahak, kerapu, pari
Gunakan tali perambut minima 60lb. Panjang perambut lebih kurang satu depa setengah yang dipadankan dengan mata kail bersaiz 12 (paling minima). Lagi baik gunakan mata kail bersaiz 1/0 atau 2/0 sebagai bonus jika mendapat strike ikan besar.
Perambut ini dipadankan dengan batu ladung saiz 8. Ladung perlu bersaiz besar kerana ikan-ikan seperti ini hanya menghendap umpan di dasar. Umpan yang terbaik digunakan ialah sotong cumit hidup, tamban hidup ataupun kurita.
Perambut talang, bandang
Gunakan perambut gantung dengan tali perambut 30lb sepanjang sedepa atau sedepa setengah. Mata kail gunakan saiz 10 dan batu ladung kecil maksima saiz 1. Untuk memburu talang, umpan terbaik ialah ikan tamban hidup yang masih cergas, manakala untuk bandang, gunakan umpan udang hidup yang dicangkuk pada badan.
Perambut Alu-Alu, Tenggiri, Talang Besar
Gunakan teknik ‘flying fox’ iaitu dengan cara melontarkan batu ladung saiz 8 sejauh mungkin dan kemudiannya melepaskan perambut mata sepanjang sedepa dari main line dan biarkan umpan bermain di permukaan atau pertengahan air.
Perambut mata yang digunakan haruslah menggunakan tali perambut minima 40lb yang disambung dengan dawai 20lb yang diikat pada mata kail.
Umpan yang terbaik untuk memburu spesies ini ialah anak ikan talang hidup, ikan cermin hidup besar tapak tangan, ikan tamban hidup yang besar atau ikan jenjulung hidup.
Perambut Siakap
Untuk pancingan kelong, ikan siakap lebih sesuai dipancing menggunakan koyan. ini kerana ikan siakap sering bermain di tiang-tiang kelong. Gunakan koyan dengan tali 100 – 200lb yang dipadankan dengan mata kail 1/0 atau 2/0 dan batu ladung besar. Caranya dengan hanya melepaskan umpan kira-kira setengah atau tiga suku dari air.
Jika di kelong Mamod, paling sesuai untuk melepaskan umpan cukup pada paras permukaan air surut habis dan taganlah umpan sehingga air pasang. Umpan yang biasa untuk memburu siakap ialah belanak hidup, udang hidup dan juga tamban hidup.
Perambut daun baru, gelama, ebek, kapas, duri dan sembilang
Gunakan perambut dua mata yang dipadankan dengan mata kail bersaiz kecil. Batu ladung gunakan saiz 4 ataupun mengikut kesesuaian arus pada masa itu. Umpan cukuplah sekadar menggunakan udang kopek atau umpun-umpun.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...