Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Ads
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Ads
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Ads
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Lubuk yang saya sering memancing pari tanjung adalah beting pasir dan laluan utama arus pasang surut. Ia aktif sama ada pergerakan arus amat lemah, perlahan malahan ketika arus laju pari ini di kesan sempat juga membedal umpan yang di labuhkan.
Pari tanjung bersifat pemalas di mana sering mendiamkan diri setelah menelan umpan. Hanya getuan pada permulaan sahaja dikesan pada hujung joran, kemudian tiada tanda-tanda tarikan susulan. Apabila joran diangkat barulah terasa berat seketika sebelum kita rasa objek melayang dan berputar ketika mengarau kekili.
Jika dilihat saiz lazim yang ditangkap atau dipancing, kombinasi peralatan berkekuatan 20lb sesuai dan banyak digunakan. Tambahan pula tangsi halus atau tali sulam boleh membantu kita mengurangkan pemberat yang bakal digunakan. Malah peralatan yang sama seperti mana memancing ikan muara boleh digunakan tanpa sebarang masalah.
Sesuai dengan ini peralatan sederhana cukup memberi kepuasan dan kesempurnaan etika memancing supaya getaran di otot lengan dan perlawanan menjadi lebih seimbang. Usah khuatir ikan ini tidak bijak mencari perlindungan, ia gemar bertahan dengan bantuan badannya yang leper serta pecutan di awal larian.
Biasanya ia hanya dikesan meragut umpan sebaik sahaja kail di karau. Masa ini kita akan terasa objek berat, kemudian melayang-layang hingga permukaan. Joran kekuatan 20lb hingga 30lb memudahkan kita mengepam pari ini semasa ia cuba memekap di permukaan dasar.
Hanya ketika ini sahaja kekuatan joran perlu digunakan den selebihnya skill pemancing. Perambut 20lb hingga 30lb menjadi pilihan saya. Mata kail jangan terlalu besar memandangkan ikan ini bukanlah spesies yang bermulut luas.
Umpan untuk memancing pari tanjung tidaklah begitu sukar kerana sebagai pemangsa dasar ini gemarkan perumpun, udang, hirisan ‘kaki’ sotong kurita dan hirisan ikan memanjang sebesar jari kanak-kanak.
Udang yang dimaksudkan ialah bersaiz kecil dan kalau hidup lagi cepat sambaran. Udang terlalu besar seperti saiz kolam komersial tidak sesuai kerana kesukaran untuk pari menelan mangsa sekali gus.
Ikan yang dinaikkan dan terus disiang bagi mengeluarkan isi dan perutnya mampu bertahan lebih lama. Asasnya, proses pereputan bakteria dan pengeluaran bau busuk ikan adalah dari isi perutnya. Jadi menyiang dan buangkan perut ikan dapat membuatkan ikan segar lebih lama. Penting, untuk penyimpanan lama, balut ikan dengan surat khabar, tanpa membasuhnya, kemudian masukkan ke dalam plastik dan simpan di dalam peti ais. Ambil ikan untuk dimasak sahaja.
Keluarkan Darah (bleeding)
Bagi ikan laut bersaiz besar seperti tuna, cara terbaik ialah dengan membunuh ikan tersebut dengan benda tajam di bahagian otak ikan atau di bahagian bawah insang. Kemudian ikan ini digantung dengan kepala ke bawah dan biarkan darah mengalir keluar sebelum dimasukkan ke dalam tempat simpanan. Cara ini banyak dipraktikkan di luar negara dan proses melakukannya perlu dilakukan dengan pantas. Kebaikannya ialah ia mampu memberikan rasa ikan yang lebih segar dan lazat.
Penggunaan Kotak Ais
Penggunaan kotak ais menjadi kewajipan terutama bagi trip pancingan air masin. Ikan yang dipancing akan dimasukkan terus ke dalam tong yang berisi ais. Kotak ais mampu melambatkan proses ikan menjadi busuk. Terdapat banyak pilihan kotak ais yang berada di pasaran sekarang.
Biarkan Ikan Dalam Jut Jaring
Penggunaan uncang jaring bertujuan untuk mengelakkan ikan terus mati. Biasanya uncang jaring digunakan untuk pancingan air tawar sama ada di kolam-kolam pancing atau pun di hutan. Ikan akan dimasukkan ke dalam jaring dan dibiarkan di dalam air. Tetapi awas, elakkan menggunakan uncang jaring bagi ikan bersaiz besar kerana bimbang akan mengoyakkan jaring.
Tambat Ikan
Ikan boleh dibiarkan hidup dengan cara menambatnya dengan tali di dalam air. Bagi pemancing kolam air masin, penggunaan `gari’ adalah satu kemestian bagi mengekalkan ikan terus hidup dan segar. Gari yang sama juga boleh digunakan untuk ikan-ikan sungai seperti sebarau, kelah dan sebagainya.
Kerapu bintik atau boron boleh dipancing di estuari, pesisir pantai hingga perairan sedalam 150 meter. Walau bagaimana pun keseronokan sebenar memancing kerapu ini ialah memburu spesimen bersaiz besar yang mendapat jolokan tong gas.
Selain daripada saiz, faktor habitat yang menjadi kediaman kerapu berstatus monster ini turut menjadi penyumbang kepada keseronokan memancingnya.
Kerapu boron tidak memberikan pertarungan yang panjang sebagaimana ikan-ikan pelagik seperti gerepoh atau tenggiri namun pertarungan yang agresif dalam tempoh yang singkat sebelum darjah kesulitan dan cabaran pertarungan bertukar daripada naluri pemangsa yang agresif kepada pertarungan kelicikan.
Apabila menyedari pertaruhan tenaganya pada awal pertarungan gagal, kerapu boron akan menukar strategi kepada bertahan di sebalik karang atau sebarang struktur yang ada berhampiran dengannya.
Ketika ini, objektif utamanya tidak lagi untuk menghauskan stamina pemancing, sebaliknya tertumpu pada statima dan keupayaan tali pancing yang digunakan. Begitu juga dengan joran dan kekili yang digunakan pemancing.
Sejauh manakah peralatan pemancing mampu mengekang kedua-dua darjah pertarungan ini, maka nikmat kepuasan pastinya hadir setelah berjaya mengeluarkan monster ini padang permainannya.
Di Malaysia, terdapat dua aplikaasi teknik pancingan kerapu boron yang terkenal dan terbukti berkesan untuk memburu spesies bernilai tinggi ini.
Aplikasi teknik pancingan pertama ialah teknik pancingan dasar sama ada menggunakan kekili manual atau pun eletrik, dengan menggunakan umpan hidup atau umpan mati.
Teknik pancingan dasar ini boleh dikatakan teknik tradisi atau konvensional yang telah diaplikasikan sejak sekian lama.
Aplikasi pancingan dasar terbukti berkesan kerana sifat ikan kerapu boron yang gemar berlindung di struktur habitatnya dan akan membuat serangan hendap jika ada mangsa yang melintasi tempat persembunyiannya.
Walaupun masa bagi spesies kerapu boron memburu mangsanya hampir sepanjang hari, namun teknik dasar pancingan kerapu ini lebih sinonim pada waktu malam. Malah sering kali kerapu boron bersaiz besar atau tong gas dinaikkan pada lewat malam atau dinihari.
Begitu pun, sesekali dan sesetengah kawasan terdapat juga kerapu boron yang berjaya dipancing pada siang hari. Di sinilah aplikasi teknik pancingan kedua menjadi alternatif kepada pemancing yang ingin memburu kerapu boron.
Aplikasi teknik kedua pula menggunakan umpan artifisial atau umpan tiruan iaitu mengunjun besi atau jigging. Teknik slow pitch jigging atau slow jigging ternyata begitu praktikal memikat kerapu boron pada siang hari. Malah ada ketikanya teknik ini lebih berkesan berbanding teknik pancingan dasar pada malam hari.
Atas faktor itulah teknik slow pitch jigging menjadi kegilaan masa kini kepada pemancing kerapu boron tempatan. Dengan berat jig khusus untuk slow pitch jigging bergantung kepada arus lapangan pancing, unjunan perlahan di kawasan berstruktur atau lopak tidak dinafikan mampu menaikkan kerapu boron bersaiz tong gas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...