Malas nak ke kedai pancing? Apa susah, korang boleh beli barang pancing secara online. Pilih saja apa barang yang korang nak. Begitu jugak kalau korang nak jual barang pancing. Lagi dengan secara online. Tapi sebelum tu elok juga korang buat homework dulu sebelum jual barang pancing ni.

 

Identiti Penjual

Kenal pasti dahulu maklumat si penjual. Sama ada dia aktif membuat jualan online. Kalau tak aktif, abaikan saja. Tapi yang penting, pastikan dulu dia menjual barangan pancing, bukannya barang dapur atau barangan kecantikan.

 

Rekod Jualan

Sekiranya dia betul-betul penjual barangan pancing, periksa juga status rekod jualannya. Semak komen-komen dari rekod jualannya. Kalau banyak yang negatif dari yang positif, elok abaikan saja.

 

Semak harga

Kenal pasti nilai sebenar barangan tersebut di pasaran sebenar. Tanya pada rakan yang arif. Kalau mahal sangat, baik beli yang baru. Melainkan barangan tersebut antik, rare atau limited edition.

 

Minta kurang

Jangan segan untuk membuat tawaran harga yang berpatutan. Sebagai pembeli kita berhak untuk meminta pengurangan harga walaupun sepuluh sen. Tapi jangan pula minta kurang melampau sangat.

 

Info produk

Sebagai penjual pula, sebaiknya serta maklumat barangan yang ingin dijual dengan lengkap dan pelbagaikan sudut foto barangan yang ingin dijual. Jangan sesekali guna gambar carian dari Google!

 

Jujur

Jujur memberitahu apakah ada kerosakan kecil, calar pada item yang ingin dijual. Terutamanya bahagian dalam kekili. Nyatakan dengan jujur kondisi barang jangan sekadar hanya tulis saja.

 

Komunikasi

Dalam komunikasi melalui media sosial, mestilah telus. Kalau pembeli lebih banyak cakap merapu berbanding urusan niaga baik tak payah layan. Terlalu banyak komen yang meraban akan menjejaskan reputasi anda.

 

Keterangan produk

Pos barangan dengan teliti. Sebaiknya jangan isytihar secara detail apakah barang yang di pos pada slip pos laju. Maklum sajalah barangan pancing bukan murah harganya.

 

COD

Jika boleh, sebaiknya lakukan jual beli secara COD. Ia lebih baik bagi kedua-dua belah pihak. Selagi boleh berurusan secara begini, lakukan saja.

 

 

baca juga Jenis-Jenis Penyakit Takut Dalam Memancing

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI