Kebiasaannya joran baru dibeli yang mempunyai pemegang gabus terdapat plastik menyelaputinya. Plastik ini seharusnya dibuka sebaik sahaja ingin mengunakan joran tersebut. Ramai berangapan plastik ini akan melindungi joran dari kotoran dan kalis air.
Tangapan ini salah, mungkin ia akan melindunginya dari kotoran namun tidak untuk kalis air. Walaupun mempunyai lapisan plastik, air hujan atau air dari tangan yang basah tetap akan memasuki bawah lapisan plastik tersebut. Bila ini berlaku air yang menembusi selaput plastik tersebut memerlukan masa yang lama untuk kering.
Ads
Keadaan ini lama-kelamaan akan menjadikan gabus tersebut reput walaupun ia kelihatan seperti biasa. Sebaik sahaja plastik dibuka (katakan setahun dua selepas itu), pemegang gabus tersebut akan reput dengan serta merta.
Ads
Cara penjagaan terbaik untuk joran yang mempunyai pemegang gabus ialah dengan membuka lapisan plastik sebaik sahaja ingin mengunakannya.
Selepas dibuka pemegang gabus itu sebaiknya disapukan dengan bahan cecair ‘Cork Seal’ untuk melindungi gabus dari memasuki air lantas menjadikannya kalis air. Cecair ‘Cork Seal’ ini juga mengeraskan gabus supaya ia tidak mudah tersopek dan reput.
Ads
Joran yang telah disapu ‘Cork Seal’ tidak licin seperti joran yang disapu Epoxy. Saya tidak syorkan joran yang mempunyai pemegang gabus di Epoxy kerana ia menjadikannya licin dan tidak sesuai untuk aktiviti casting.
Oleh: Johari Jamil (EXPERT GRAPHITE ANGLING CLUB
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ibu gelama atau temerih dikenali sebagai eron di kalangan nelayan dan pemancing di Sarawak. Pancingan ibu gelama sememangnya popular di Sarawak maka tidak hairanlah mereka cukup handal dan tahu bilakah waktu terbaik untuk memancing spesies berharga ini.
Menurut maklumat pemancing berpengalaman di Sarawak, tarikh 15 hari bulan 8 (kalendar luna) setiap tahun merupakan hari keramat kerana ia adalah tarikh keemasan untuk memburu ibu gelama. Kapal karam di perairan Kuching, Sarawak memang amat popular bagi pemburu ibu gelama. Banyak cerita menarik tentang ikan ini yang datangnya dari sana.
Seorang pemancing otai mendakwa, mereka pasti akan keluar ke laut untuk memburu ibu gelama setiap kali menjelangnya Moon Cake Festival yang jatuh pada setiap 15 hari bulan 8. Lazimnya pada tarikh itu keadaan laut di sana amat tenang, bulan mengambang dengan cuaca yang cukup baik.
Menurut mereka, pada hari itu seakan hari keluarga ibu gelama di mana ikan-ikan gelama monster ini akan berkumpul dengan banyaknya di kapal-kapal karam untuk mengawan. Semasa mengawan, bunyi lazimnya yang dikeluarkan oleh keluarga gelama ini apabila didaratkan akan kedengaran. Dikatakan, bunyi tersebut mampu didengari sehingga keluar dari permukaan air.
Memang benar air dapat menyekat gelombang bunyi tetapi jika bunyi itu kuat dan lantang, ia mampu melepasi permukaan air. Anda boleh bayangkan sendiri betapa kuatnya bunyi bising yang mampu dijana oleh ibu gelama. Boleh berderau darah dibuatnya bila tengah-tengah malam buta terdengar bunyi yang pelik-pelik di tengah laut.
Paloh? Apa yang dimaksudkan dengan paloh? Ia adalah lubuk yang dasarnya lapang tidak ubah seperti gurun. Tiada kapal karam, tiada terumbu karang atau sebarang struktur yang ketara. Dasaran lapang bukanlah tidak berpotensi sebagaimana kita sangkakan, ia juga ada struktur tetapi bersifat maya.
Struktur maya ini terjadi akibat aliran arus laut yang lama kelamaan menjadi seperti alur longkang. Longkang ini umpama satu saluran makanan, di mana semua makanan akan mengalir dan terkumpul di sini. Longkang seperti ini tentu akan menarik perhatian ikan-ikan besar datang. Sudah tentu ibu gelama pun turut sama.
Ibu gelama di sini akan mula mencari makan semasa air pasang pada waktu malam. Lebih mengagumkan, ibu gelama di sini bukannya datang seekor, sebaliknya berkumpulan. Jadi apabila anda dah dapat tewaskan seekor, maka malam itu anda berpeluang untuk bergasak dan kenduri ibu gelama. Tetapi jika ingin mendapat lebih dari seekor, anda perlu mematuhi syarat itu iaitu senyap.
Malam menjelang, bot tidak dibenarkan menyalakan lampu, pemancing hanya perlu menunggu kemunculan mangsa. Apabila ibu gelama merentap umpan, pemancing hendaklah berlawan dengan cara perlahan saja.
Apabila mangsa ditewaskan, anda juga tidak boleh terus mengangkatnya naik ke atas bot, sebaliknya mestilah gunakan tangguk dan tinggalkan ia di dalam tangguk yang direndam ke dalam air. Ini bertujuan mengelakannya dari bergelut di atas dek bot dan membuat bising. Jika ingin mengangkatnya naik, anda perlu tunggu sehingga selesai memancing. Bunyi bising adalah pantang larang semasa memancing ibu gelama.
Bagi berhadapan dengan masalah umpan dilabuhkan terlalu laju ke dasar, cara terbaik yang perlu dilakukan ialah dengan mengawal kelajuan pelepasan batu ladung.
Ia boleh dilakukan sama ada dengan menetapkan tahap kelajuan putaran gelendung kekili, atau mengawalnya secara manual (mengawal kelajuan putaran gelendung dengan tangan).
Umpan tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar.
Punca umpan berpintal disebabkan umpan tidak dipersembahkan secara betul iaitu tidak membelah arus dan berpusing ketika turun ke dasar inilah sering berlaku. Walaupun umpan diturun secara perlahan, ia tetap masih juga berpintal dan tidak disentuh oleh pemangsa.
Masalah ini berpunca dari cara menghiris umpan. Tidak kira jenis ikan apa yang dihiris untuk dijadikan umpan, ia perlulah dihiris dalam bentuk yang dapat membuai apabila ditolak arus. Begitu juga sewaktu hirisan umpan dicangkuk pada mata kail. Pastikan bahagian yang lebih tirus dicangkuk pada mata kail.
Perlu diingat bahawa ketika umpan turun ke dalam arus dan pergerakan umpan merintangi air akan menyebabkan ia berputar. Semakin laju ia berputar semakin kuat perambut dipintal dan ia menjadi semakin pendek dan sebelum umpan mencecah dasar ia terlebih dahulu sudah berbelit dengan tali utama.
Siakap merah atau mangrove jack (MJ) merupakan spesies ikan muara yang paling seronok dan paling banyak dipancing dengan menggunakan teknik mengilat umpan tiruan atau lure casting. Bagi memperoleh keputusan yang menggalakkan, gewang jenis minnow dan bersifat mengampai atau suspending.
Biasanya saya gunakan gewang selaman sehingga 3 kaki supaya dapat mengetuk pintu rumah MJ. Ini telah terbukti keberkesanannya. Perlulah diingatkan agar mata tiga asal gewang ditukarkan kepada jenis yang lebih kukuh kerana kudrat biasa MJ mampu meluruskan mata tiga. Saya suka gunakan keluaran VMC yang setakat ini masih terbukti keutuhannya pada mulut ikan.
Jika khuatir mata tiga terkangkang, gunalah mata tunggal atau single hook, tambahan pula ia kalis sangkut ketika tarikan gewang beroperasi.
Penggunaan mata tunggal ini telah saya uji dan terbukti keberkesannya dalam memastikan MJ tidak terlucut, sedangkan kes rabut selalu terjadi jika menggunakan mata tiga.
Bagi mendapatkan MJ, apa yang paling mudah ialah mengenal pasti terlebih dahulu kawasan berstruktur yang ditenggelami air. Itulah sebabnya saya lebih suka mengilat ketika air surut. Reba mudah dilihat dan memudahkan kita melontar gewang dengan lebih baik. Dan yang paling penting, di kawasan inilah MJ bersembunyi, lebih-lebih lagi pada waktu matahari terik.
Ketika air pasang penuh pula, spot yang paling popular ialah tepian tebing sungai saja. Arus yang laju membawa MJ ke tepian sungai. Lebih-lebih lagi kebanyakan anak-anak ikan akan berada di tepi tebing pada waktu air pasang.
Ketika mengilat, rajin-rajinlah melihat kawasan sungai. Kenal pastilah kawasan-kawasan yang terdapatnya sambaran ke atas anak-anak ikan. Spot ini adalah spot ketiga yang pasti untuk kita memerangkap MJ.
Kebiasannya selepas menyambar anak-anak ikan, MJ masih lagi berada di kawasan tersebut. Lontaran pertama gewang yang tepat kebiasaannya akan membawa naik seekor MJ bersaiz sederhana. Spot di bawah jambatan pun jangan diketepikan, kawasan bertiang ini biasanya sangat berpotensi.
Waktu paling elok yang saya cadangkan untuk menjerat MJ ialah pada waktu air surut habis. Logik saya berpegang pada waktu ini ialah kerana kebanyakan MJ dan juga kerapu yang saya peroleh tumpas pada waktu ini. Kebanyakan MJ tidak akan pergi jauh pada waktu air surut. Jadi, bila ia tak ke mana-mana, mudahlah kita mendapatkannya.
Berlainan pula ketika air pasang penuh yang menyukarkan kita mengesan MJ. Kebanyakan MJ kurang diperoleh pada waktu air pasang penuh. Satu sebab yang penting adalah kerana arus yang deras menyebabkan MJ akan berlindung di kawasan tepian sungai atau tebing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...