Bagi memancing temelian, selain kesabaran yang tinggi, kekuatan fizikal juga diperlukan. Lebih-lebih lagi jika terkena temelian bersaiz 10 kg ke atas. Larian dan pecutan agresifnya pasti menyebabkan pemancing berpeluh.
Ads
Umpan popular bagi memancing temelian ialah kelapa sawit ‘sate’ yang dipotong atau dihiris. Kelapa sawit yang dipotong akan dicucuk ke mata kail satu persatu sehingga ke tali perambut lebih kurang satu jengkal. Terdapat juga pemancing yang menghiris sawit nipis-nipis, dan dicucuk pada 4 atau 5 bilah mata kail sehingga penuh.
Selain kelapa sawit, umpan pisang juga agak popular di sesetengah tempat. Terdapat 3 bilah mata kail di mana satu mata diikat pada hujung perambut dan satu mata lagi diikat dengan jarak lebih kurang 40 cm. Sebilah mata kail lagi dibiarkan bebas antara kedua-dua mata kail tadi. Umpan pisang dipasang pada mata kail pertama sahaja iaitu paling bawah dan pisang dicangkukkan sehingga lebih kurang 15 cm pada perambut tadi.
Ads
Ads
Selain itu, ada juga kaki pancing yang menggunakan umpan sawit peram sebiji yang dicangkuk terus pada mata kail. Namun ia memerlukan teknik ‘rasuah sawit’ terlebih dahulu untuk memujuk ikan ini memakan umpan.
Ada juga kaki pancing yang menggunakan teknik umpan dedak untuk memancing ikan ini, tetapi ia memerlukan kesabaran yang tinggi kerana ia juga perlu dipujuk dengan teknik rasuah terlebih dahulu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Terdapat banyak kaedah menangkap ikan. Antara kaedah yang popular ialah dengan penggunaan jaring atau pukat, bubu dan peralatan memancing.
Selain dari teknik pancingan sedia ada menggunakan joran dan kekili, terdapat juga aktiviti memancing yang sekadar menggunakan tangan serta kaedah yang lebih mencabar dan tidak mampu dilakukan oleh pemancing biasa.
Hand Fishing
Menggagau ikan boleh dikatakan aktiviti tradisional bagi masyarakat kampung di negara kita. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang dianggap luar biasa.
Namun di luar negara, terutamanya di Amerika dan Eropah, menggagau diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem.
Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama hand fishing atau noodling. Sementara spesies sasaran biasanya dari keluarga catfish. Ia diaplikasi hanya dengan tangan kosong.
Namun saiz ikan catfish mereka bukanlah seperti saiz ikan keli di negara kita, sebaliknya ikan-ikan keli bersaiz monster.
Ia dianggap sebagai ekstrem kerana aktiviti ini tidak lari daripada risiko kecederaan tangan.
Extreme Kayak Fishing
Pancingan berkayak juga bukan suatu terma memancing yang asing di kalangan pemancing negara kita.
Walaupun ia masih dianggap baru, namun ia memiliki peminat yang tersendiri. Bezanya di luar negara, pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko.
Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara di luar kebiasaan untuk memancing.
Surfboard Fishing
Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat.
Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur.
Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya.
Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.
Yang pasti terma memancing seperti ini amat kecil peratusannya diikuti oleh pemancing tempatan.
Rock Fishing
Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Malah di negara kita juga ramai peminat pancingan tebing sebegini.
Namun, di beberapa negara seperti di Australia dan New Zealand, rock fishing ini lebih menjurus kepada pancingan di jurang berbatu.
Teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing tinggi berbatu. Risikonya memang jelas merbahaya dan benar-benar ekstrem.
Hempasan ombak pada tebing tinggi berbatu saja sudah mengecutkan jiwa apatah lagi ingin memancing.
Maka tidak hairan teknik pancingan luar biasa ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.
Spearfishing
Menombak ikan merupakan antara salah satu teknik merbahaya menangkap ikan. Ia bukan satu aktiviti yang baru malah kebanyakan anak-anak kampung membesar dengan aktiviti ini di sungai-sungai.
Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung?
Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara menangkap yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrem dan berisiko tinggi.
Bowfishing
Terma memanah ikan bukan yang asing jugak di negara kita. Namun tidaklah terlalu ekstrem sebagai mana yang dilakukan di luar negeri.
Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana.
Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini.
Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.
Sebagaimana buah kelapa sawit yang boleh digunakan untuk memancing ikan kelah, tengas dan sebagainya lagi, buah ara juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama.
Malah, kelebihan buah ara ia tidak perlu diperam sebagaimana buah sawit untuk diguna pakai. Ia boleh diguna secara asalkan buahnya sudah cukup masak.
Cara-cara Menggunakan Umpan Buah Ara
Jika tidak dapat mengambil buah ara yang masak (kebanyakan bewarna merah tua keungguan) pada dahan pokok, kutip saja buah-buah yang masih baru gugur.
Buah yang baru gugur biasanya masih elok sifatnya berbanding buah yang sudah lama gugur dan buruk.
Potong buah ara dengan pisau yang tajam supaya elok belahan buahnya. Sebaiknya setiap biji buah itu dipotong empat.
Dengan menggunakan mata kail (tunggal) berperambut tali tangsi 20-30lb sepanjang 1-2 kaki, cucuk potongan buah ara pada mata kail satu persatu.
Potongan buah ara haruslah melepasi mata kail dan tersusun pada perambut.
Sebaiknya potongan buah ara dicucuk kira-kira panjang sejengkal pada perambut sementara dua potongan buah dicucuk kemas pada mata kail.
Dengan menggunakan teknik pancingan dasar (saiz batu ladung hidup bergantung kepada kelajuan arus sungai), umpan ini sudah boleh dilontar ke lubuk untuk memikat kelah, tengas, jelawat ataupun patin liar.
Aku nak share sedikit tip macam mana nak jimat kos untuk pemancing terutama sekali bab batu ladung yang selalu sangat sangkut. Tau-tau sajalah harga sebiji ladung pun agak mahal sekarang ni. Tak payah nak buat mould bagai. Semua tu leceh nak kena masak timah. Cara ni lagi senang dan muai. Cuma korang perlulah cari barang seperti yang disenaraikan ini
Timah jaring
Pelbagai saiz ada biasa beli timbang kilo dan boleh campur-campur ikut saiz yang kita nak. Harga pun murah dalam RM12 je sekilo kalau beli kat kedai. Kalau nak jimat lagi kena rajinlah cari kat jaring buruk yang orang dah tak pakai. Jangan curi orang punya sudah!
Skru kecik
Kegunaan skru kecik adalah sebagai stopper yang akan dimasukkan kat bahagian bawah batang lollipop. Skru kecik tu boleh cari kat kedai RM2 bersepah.
Lollipop stick
Lollipop stick ni kena cari kat kedai plastik. Batang straw plastik keras ni murah je. RM5 boleh dapat 150pcs. Dia ada lubang kat bahagian atas jadi senang untuk sangkut klip nanti. Batang lollipop ni ngam-ngam saiz timah jaring. Nak buat straw ranggum atau tanduk pun boleh.
Cable tie kecil
Kegunaan cable tie ni sebagai stopper untuk grip timah supaya tidak bergerak.
Cara pembuatan:
Cara nak buat ni korang boleh lihat kat gambar yang disediakan. Boleh buat batu hidup dan batu gantung. So lepas ni tak perlu risau bab batu ladung sangkut lagi. Dan yang pasti, confirm tool box korang berat dengan batu ladung sebab beli timah pun pakai kilo tak main beli biji-biji lagi.
p/s: Kalau ada member tu jenis yang payah nak beli batu ladung dan selalu balun korang punya ladung boleh share kat dia artikel ni… hahahha.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...