Terdapat banyak kaedah menangkap ikan. Antara kaedah yang popular ialah dengan penggunaan jaring atau pukat, bubu dan peralatan memancing.

Selain dari teknik pancingan sedia ada menggunakan joran dan kekili, terdapat juga aktiviti memancing yang sekadar menggunakan tangan serta kaedah yang lebih mencabar dan tidak mampu dilakukan oleh pemancing biasa.

 

Hand Fishing

 

Teknik & Terma Memancing Melampau

Menggagau ikan boleh dikatakan aktiviti tradisional bagi masyarakat kampung di negara kita. Ia bukanlah sesuatu aktiviti yang dianggap luar biasa.

Namun di luar negara, terutamanya di Amerika dan Eropah, menggagau diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem.

Aktiviti ini lebih dikenali dengan nama hand fishing atau noodling. Sementara spesies sasaran biasanya dari keluarga catfish. Ia diaplikasi hanya dengan tangan kosong.

Namun saiz ikan catfish mereka bukanlah seperti saiz ikan keli di negara kita, sebaliknya ikan-ikan keli bersaiz monster.

Ia dianggap sebagai ekstrem kerana aktiviti ini tidak lari daripada risiko kecederaan tangan.

 

Extreme Kayak Fishing

 

Teknik & Terma Memancing Melampau

IKLAN

Pancingan berkayak juga bukan suatu terma memancing yang asing di kalangan pemancing negara kita.

Walaupun ia masih dianggap baru, namun ia memiliki peminat yang tersendiri. Bezanya di luar negara, pemancing yang mahukan lebih cabaran menjadikan pancingan kayak sebagai platform yang lebih ekstrem dan kadangkala menjadikannya lebih berisiko.

Dengan lambungan ombak dan bertarung sambil ditarik oleh pemangsa besar seperti layaran atau jerung cukup menjadikannya antara cara di luar kebiasaan untuk memancing.

 

Surfboard Fishing

 

Teknik & Terma Memancing Melampau

Apabila memancing, pemancing biasanya memancing dari dalam bot atau dari daratan, asalkan memancing dari lokasi yang lebih selamat.

Namun apabila diangkat ke satu tahap yang lebih ekstrem, pemancing mula memancing dari atas papan luncur.

Hanya dengan beralaskan sekeping papan luncur di permukaan air dan set pancing, pemancing akan bertarung cuba menaikkan mangsanya.

Spesies yang lebih ganas berisiko mendatangkan bahaya dan kecederaan kepada pemancing.

IKLAN

Yang pasti terma memancing seperti ini amat kecil peratusannya diikuti oleh pemancing tempatan.

 

Rock Fishing

 Teknik & Terma Memancing Melampau

Memancing dari pantai berbatu kelihatan seolah-olah teknik pancingan biasa. Malah di negara kita juga ramai peminat pancingan tebing sebegini.

Namun, di beberapa negara seperti di Australia dan New Zealand, rock fishing ini lebih menjurus kepada pancingan di jurang berbatu.

Teknik ini memerlukan pemancing memancing dari tebing tinggi berbatu. Risikonya memang jelas merbahaya dan benar-benar ekstrem.

Hempasan ombak pada tebing tinggi berbatu saja sudah mengecutkan jiwa apatah lagi ingin memancing.

Maka tidak hairan teknik pancingan luar biasa ini dikatakan meragut nyawa pemancing setiap tahun di Australia.

 

IKLAN

Spearfishing

 

Teknik & Terma Memancing Melampau

Menombak ikan merupakan antara salah satu teknik merbahaya menangkap ikan. Ia bukan satu aktiviti yang baru malah kebanyakan anak-anak kampung membesar dengan aktiviti ini di sungai-sungai.

Biasanya kita didedahkan dengan menyelam dan menembak ikan air tawar. Bagi cara memancing yang lebih ekstrem, pernahkah anda terfikir menembak ikan yang lebih besar dan ganas seperti barracuda, tuna malah jerung?

Lebih dikenali dengan terma spearfishing, terdapat segelintir yang menjadikan teknik ini antara cara menangkap yang ekstrem dengan memburu mangsa di air masin. Memang antara cara ekstrem dan berisiko tinggi.

 

Bowfishing

 

Teknik & Terma Memancing Melampau

Terma memanah ikan bukan yang asing jugak di negara kita. Namun tidaklah terlalu ekstrem sebagai mana yang dilakukan di luar negeri.

Memanah ikan atau aerial bowfishing menjadi antara cara ekstrem memancing ikan di Eropah. Ketidakupayaan mengawal spesies ikan kap yang memenuhi sungai-sungai mengancam spesies asal di sana.

Saban tahun mereka menjadikan acara menangkap atau memancing ikan kap sebagai antara cara mengawal spesies ini.

Memburu kap menjadi lebih ekstrem dengan pengenalan teknik memanah ikan kap yang sering melompat ke permukaan apabila bunyi enjin bot melalui sungai di sana.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI