Oleh kerana banyak lokasi kuku yang saya ketahui adalah di tempat air cetek dan kawasan pinggiran pantai, peralatan dengan kekuatan kurang dari 20Ib adalah paling efektif.
Tangsi 15lb lebih pratikal jika kawasan pancing itu adalah beting pasir atau lagun cetek.
Pancing mengunakan batu hidup dengan panjang perambut sekaki sesuai diamalkan.
Mata kail pilihan ialah mata udang nombor 12 atau mata kail biasa nombor 2 boleh dipadankan dengan saiz mulut ikan kuku ini.
Set pancing sederhana dengan kapasiti tali kurang 100meter menjadi pilihan saya jika memancing ikan ini.
Kuku adalah pemangsa dasar dengan sebab ini umpan juga perlu berada di dasar, jangan gantung terlalu tinggi.
Ads
Walaupun lariannya kencang, tentangan diberikan amat menakjubkan tetapi jika kawalan terhadap tentangan dilayan dengan baik kita masih boleh menjinakkan kuku kecuali jika ia mengasak dari kawasan batu pantai.
Perambut 20 paun mampu menangani kuku yang rata-rata kurang dari 1 kg saiznya di perairan kita.
Oleh kerana ramai pengemar pancing pantai tertumpu pada set joran surfcasting, teknik dan peralatan begini tetap sesuai lebih-lebih lagi sasaran lagun atau beting terletak jauh di tengah.
Ads
Jika anda pengamal pancing ultralight, anda juga juga bermain dengan ikan kuku dengan set rod antara 6-12lb sudah memadai. Gunakan kekili bersaiz antara 500 hingga 1000.
Spot memancing kuku biasanya di kawasan berbatu dan lontaran tidak perlu jauh.
Kesabaran amat penting kerana spesies pengacau akan mengacau umpan selain banyak kali perambut putus kerana bergeser atau tersangkut di celah batu
Ads
Antara spot terbaik pancingan kuku di kawasan Pantai Timur termasuklah Tanjung Api, Cerok Paloh, muara Sungai Paka, Lagun Kuala Ibai, jambatan Kemaman, benteng Kuala Terengganu, Sungai Kelantan dan Jambatan Tok Bali.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan pacu umumnya hidup sekitar 15-25 tahun, tetapi mereka telah dikenal pasti hidup selama 30 tahun di dalam kurungan. Rekor dunia untuk pacu tertua dipegang oleh black pacu berusia 43 tahun.
18. Apa yang memakan ikan pacu?
Spesies pacu yang lebih besar cenderung dibiarkan sendiri oleh predator kerana ukurannya. Namun, spesies yang lebih kecil terdedah terhadap segala serangan sama ada dari burung hingga buaya.
Pacu juvenil juga terdedah dalam cara yang tidak dihadapi pacu dewasa. Ikan pacu hanya beberapa inci panjangnya ketika mereka dilahirkan, dan mungkin perlu beberapa tahun
untuk menjadi dua atau tiga kaki, sehingga mereka perlu menghindari reptilia, burung, buaya, dan ikan yang lebih besar sampai mereka dewasa.
19. Bolehkah ikan pacu bertahan hidup?
Ikan pacu telah mendapat reputasi kukuh selama bertahun-tahun, tetapi itu tidak cukup tepat. Mereka tidak boleh dibunuh.
Mereka sangat mudah beradaptasi, sehingga mereka dapat mengenal pasti kondisi yang tidak menguntungkan di lingkungan mereka dan menyesuaikan perilaku mereka.
Misalnya, ikan pacu sangat sensitif terhadap gangguan di dalam air. Mereka boleh mendengar bunyi bernada tinggi yang didengar ikan lain, jadi jika predator datang, mereka akan tahu sebelum haiwan lain.
Mereka juga dapat beradaptasi dengan hal-hal seperti kadar oksigen rendah atau kadar nutrisi yang buruk dalam air mereka.
Ketika hal-hal ini terkesan, mereka akan membuat perubahan pada gerakan dan perilaku mereka dengan harapan mengatasi masalah tersebut. Jika masalah berlanjutan, mereka akan bermigspesiesi ke tempat baru.
20. Apakah ikan pacu berhenti membesar dalam kurungan kecil?
Tidak. Ini adalah kesalah-fahaman umum bahawa ikan pacu akan ‘sesuai dengan kurungan mereka’ dengan membesar atau tidak membesar bersama-sama dengan ukuran tangki mereka.
Yang benar adalah bahawa ikan pacu membesar dengan kecepatan tetap di mana pun mereka bertempat;
Inilah sebabnya mengapa penggemar dianjurkan untuk membeli tangki besar untuk ikan pacu bahkan ketika mereka masih kecil. Mereka akan menjadi jauh lebih besar selama bertahun-tahun.
21. Apakah ikan pacu terancam pupus?
Ikan pacu belum dievaluasi oleh kelompok konservasi, jadi sulit untuk mengetahui apakah mereka terancam pupus. Ada beberapa aliran pemikiran yang saling bertentangan mengenai topik ini.
Pada satu sisi, ada puluhan spesies ikan pacu, dan mereka menempati habitat yang luas dan beragam di seluruh Amerika Selatan. Mereka juga dijual sebagai haiwan peliharaan di seluruh dunia. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak ke mana-mana.
Di sisi lain, ada sejumlah masalah yang dapat mempengaruhi populasi asli ikan pacu:
Tuntutan memancing.
Penangkapan ikan komersial meningkat di Amazon setiap tahun, dan para ahli telah memperingatkan bahawa permintaannya yang meningkat dapat impak negatif pada semua jenis hidupan liar.
Polusi. Penelitian menunjukkan bahawa ikan pacu memiliki toleransi yang rendah terhadap pestisida, dan mereka sering digunakan di Amerika Selatan untuk tanaman pisang dan kakao.
Bahan kimia ini dapat membunuh ikan pacu dan menyebabkan masalah kesehatan yang mencegahnya berkembang biak.
Empangan dan struktur buatan manusia lainnya. Ini adalah masalah khusus dengan spesies seperti parrot (Ossubtus xinguense).
Itu ditemukan secara eksklusif di Sungai Xingu di Brazil, dan pembangunan empangan hidro pernah menjadi berita utama kerana mengganggu aliran sungai dan semua penghuninya.
Beberapa pengkaji menyarankan bahawa spesies seperti parrot pacu sudah boleh terancam pupus. Kami tidak akan tahu pasti sampai kelompok seperti International Union for Conservation of Nature (IUCN) mengevaluasi mereka.
Ikan berkepala ular atau snakeheads merupakan kumpulan spesies ikan yang yang tergolong dalam keluarga Channidae dalam pengkelasan saintifik.
Terdapat kira 40 spesies dalam genus Channa ini di dunia dan kebanyakan di Asia dan sebahagian kecil sekitar empat hingga tujuh spesies sahaja di Afrika.
Sementara di Malaysia pula dianggarkan terdapat lapan spesies popular yang lazimnya membawa nama toman atau haruan pada pangkalnya.
Nama binomial: Channa micropeltes
Nama umum: Giant snakehead, giant mudfish
Nama lokal: Toman
Ikan toman merupakan spesies snakehead yang paling besar dan dalam genus Channa. Ia merupakan ikan pemangsa yang bertenaga dan agresif.
Toman hidup di perairan air tawar yang biasanya boleh ditemui di sungai-sungai bertanah rendah, paya, tasik, terusan atau lombong.
Selain ikan yang lebih kecil, toman juga kadangkala menjadikan krustasea sebagai dietnya. Begitu juga dengan haiwan-haiwan kecil yang bergerak di permukaan air tidak terkecuali menjadi mangsa toman.
Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih enam kaki dan berat mencecah 20 kilogram.
Nama binomial: Channa maruliodes
Nama umum: Emperor snakehead
Nama lokal: Toman bunga, kerandang, jelai
Ikan toman bunga merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa.
Namun jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia tetap merupakan spesies bergigi tajam dan agresif.
Toman bunga atau kerandang mendiami sungai, tasik dan kawasan paya gambut, dan kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan palas, dan ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Berbanding saudaranya yang lain, populasi ikan toman bunga mengalami kemerosotan yang agak teruk.
Hari ini ia semakin sukar untuk ditemui. Ikan ini juga boleh didapati di selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
Nama binomial: Channa striata
Nama umum: Snakehead murrel, common snakehead
Nama lokal: Haruan, betuk
Haruan merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal. Sama ada di kalangan kaki pancing atau penggemar ikan air tawar, boleh dikatakan semuanya mengenali ikan haruan.
Spesies ini boleh ditemui di kebanyakan kawasan berair tawar dan payau. Malah ikan ini juga boleh ditemui dalam hampir kebanyakan punca air kerana toleransi survival haruan sangat tinggi.
Ikan haruan mempunyai kadar survival yang tinggi lantas tidak sukar baginya untuk memilih habitat.
Dari sungai, sawah padi, terusan, tali air, bekas lombong, paya, kolam tadahan hinggalah ke kolam terbiar kita boleh menemui spesies ini
Nama binomial: Channa lucius
Nama umum: Forest snakehead
Nama lokal: Bujuk
Spesies bujuk boleh ditemui di kawasan terpencil pedalaman seperti paya tanah gambut, parit ladang-ladang sawit atau badan sungai pergunungan.
Biarpun tidak mendiami kawasan air berarus deras, bujuk cenderung memilih bahagian sungai untuk dijadikan habitat.
Ikan ini juga gemar menunggu mangsanya dengan menyerang hendak berbanding menjadi pemburu aktif dan ia memiliki kelebihan tersebut berikutan corak warna penyamaran pada badannya.
Warna badannya mempunyai corak tompokan bersiri dan bahagian kepalanya lebih menirus berbanding spesies ikan berkepala ular lain.
Walaupun tidak sebesar ikan toman namun bujuk mampu membesar panjang sehingga 40 cm.
Nama binomial: Channa bankanensis
Nama umum: Bangka snakehead
Nama lokal: Haruan hutan / ruanjuk
Tidak banyak kajian saintifik pengelasan bagi spesies bangka snakehead ini. Justeru nama tempatan bagi spesies ini lebih merujuk kepada sifat rupa dan habitatnya.
Spesies ini dikatakan lebih mudah ditemui di kawasan air tawar di bahagian tertentu di Borneo khususnya di Sarawak dan pola taburannya masih belum ditemui di mana-mana sistem sungai Semenanjung Malaysia.
Spesies haruan hutan atau ruanjuk (mungkin dinamakan sempena rupanya lebih mirip gabungan haruan dan bujuk) hanya mampu membesar sehingga 14 cm sahaja.
Warna badannya agak berbintik dan boleh ditemui di kawasan alur sungai kecil.
Nama binomial: Channa gachua
Nama umum: Dwarf snakehead
Nama lokal: Ruan todak
Ruan atau haruan todak memiliki kepelbagaian habitat tetapi lebih cenderung mengelak kawasan berarus deras.
Habitatnya boleh dikatakan hampir menyamai lokasi yang disukai oleh spesies bujuk. Spesies ini memiliki tubuh badan yang agak kecil dan warna badannya agak gelap.
Bahagian sirip dorsal dan sirip anal spesies C. gachua ini mempunyai warna jingga di sepanjang kedua-dua siripnya.
Ia mampu membesar panjang sehingga 250 mm namun saiz yang lazim ditemui sekitar 100 mm hingga 200 mm sahaja. Dan ia merupakan antara ikan hiasan yang diminati ramai.
Nama binomial: Channa melasoma
Nama umum: Black snakehead
Nama lokal: Haruan palas
Sekali imbas haruan palas kelihatan seakan-akan sama dengan haruan biasa atau common snakehead kerana memiliki bentuk, corak dan warna badan yang hampir serupa.
Apa yang membezakannya ialah saiz. Berbanding haruan biasa, haruan palas memiliki mata yang sedikit lebih besar dan tona matanya lebih gelap atau hitam.
Saiz maksimum badannya hanya sekitar 25 cm sahaja. Ia boleh ditemui di kawasan sungai kecil hingga ke sistem sungai yang lebih besar dan menjadi kawasan berstruktur seperti reba dan kayu mati sebagai habitatnya.
Nama binomial: Channa baramensis
Nama umum: Baram snakehead
Nama lokal: Runtu, haruan runtu
Runtu atau haruan runtu merupakan ahli keluarga snakehead yang unik dan mudah dikenali berbanding spesies Channa kecil lainnya.
Paling ketara ialah corak penampilan badannya. Boleh dikatakannya ia satu-satunya spesies snakehead yang memiliki corak berbintik pada badannya.
Seperkara lainnya, Channa baramensis ini dikatakan hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sahaja.
Channa kecil ini hanya mampu membesar antara 18 hingga 22 cm sahaja. Dan paling menarik, nama umumnya iaitu Baram snakehead dinamakan sempena spesimen yang ditangkap di Sungai Baram, Sarawak.
Bagi pemancing sebarau di Malaysia, kita hanya terbiasa dengan dua spesies sebarau iaitu sebarau belang tunggal (Hampala macrolepidota) dan sebarau dua belang (Hampala bimaculata) yang terdapat di Borneo.
Disebalik ramai yang menyangka hanya terdapat dua jenis sebarau sahaja, ternyata tanggapan itu tidak benar.
Ia mungkin tidak terdapat di negara kita tetapi di negara jiran seperti Thailand dan Laos, terdapat satu lagi spesies sebarau terkecil iaitu spotted hampala barb (Hampala dispar) yang kita namakan sebarau bertompok.
Etimologi
Perkataan hampala yang merujuk kepada genus ikan ini diambil dari bahasa Jawa sementara perkataan dispar dari bahasa Latin yang membawa maksud ‘tidak seperti, berbeza’, merujuk pada perbezaan pola warna dan morfologi yang memisahkannya dari H. macrolepidota, salah satu spesies dari genus ini.
Taburan
Sebarau bertompok dianggap spesies endemik ke bahagian Lembah Sungai Mekong yang mengalir melalui Laos utara sebelum membentuk perbatasan dengan Thailand dan akhirnya memasuki Kemboja tepat di bawah air terjun Khone Pha Pheng. Dengan demikian taburan ini bertindan dengan congenernya yang luas, H. macrolepidota.
Jenis lokaliti adalah ‘Monam Mun di Udon, Thailand’, yang kelihatannya sesuai dengan bahagian bawah Sungai Mun, anak sungai yang bergabung dengan Mekong di Ubon Ratchathani, Thailand timur.
Habitat
Spotted hampala barb menyukai terutama sungai air jernih, teroksigenasi baik, dengan substrat pasir, kerikil, batu atau lumpur meskipun mudah beradaptasi dan dapat ditemukan di dataran tinggi dan dataran rendah, perairan statik atau mengalir.
Ciri pengenalan utamanya memiliki tompok midlateral bulat pada badan di bawah sirip dorsal pada spesies dewasa dan juvenil, sirip ekor kekelabuan polos tidak memiliki tanda berbentuk titisan air mata hitam di pipi dan barbel selalunya lebih pendek dari lebar mata.
Sebarau bertompok ini menjadikan udang, ketam, bersama dengan beberapa larva serangga dan beberapa ikan kecil sebagai sumber makanannya. Spesies terkecil dari keluarga sebarau ini mampu membesar panjang sekitar 30-35cm sahaja.
Ketika musim hujan, ia diketahui bermigrasi ke daerah hutan yang tergenang untuk mencari makan dan bertelur. Walaupun banyak menghuni sungai pergunungan berarus deras, sekarang ia dapat ditemui di banyak badan air yang diusahakan dari aktiviti manusia seperti pertanian dan pembendungan saluran sungai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...