Jika anda memancing spesies ini yang bersaiz besar dan menggunakan popper atau pencil, anda perlukan set dengan kekili yang kuat atau set konvensional yang mampu membuat balingan gewang ini dengan jauh.

 

Jika teknik popping dan memburu gerepoh bersaiz besar, kekuatan tali utama sekitar 100lb dan leader monofilamen kekuatan 200lb.

 

Andai memancing dari tebing dalam keadaan kawasan berbatu, anda boleh gunakan kekili konvensional dan rod panjang untuk jarak lontaran lebih jauh.

 

Pastikan kekili anda mampu membuat isian tali yang banyak kerana anda terpaksa kekal di tebing ketika memancing.

 

IKLAN

Namun di Malaysia, tersangat sikit kawasan padang pancing sebegini sekali gus ia tidak popular.

 

Apa pun pilihan set pancing anda, pastikan semuanya berada dalam kondisi terbaik. Jika terdapat kondisi tidak baik pada mana-mana peralatan tak kira kail, split ring, ikatan atau tali, pertarungan anda mungkin selesai dalam masa yang singkat.

 

Panduan Lengkap Memancing Gerepoh!!

 

IKLAN

Umpan Alami

 

Dalam pancingan dasar, gerepoh tidak cerewet membaham umpan. Anda boleh menggunakan ikan tamban atau selar hidup dengan teknik dasar atau separuh air. Udang hidup juga mampu menaikkan spesies ini terutama jika pancingan di kawasan yang lebih hampir dengan muara atau pesisir.

 

Umpan Tiruan

IKLAN

 

Tak dinafikan, melihat popper anda dihentam sang gerila tropika ini cukup memberikan kepuasan. Selain itu anda juga boleh menggunakan pencil popper dan stickbait. Ketika popping, cuba gunakan beberapa variasi kelajuan ketika karauan dan karauan popper menggunakan hujung rod agar popper menghasilkan percikan yang menarik perhatian.

 

Ketika karauan persembahan, berikan masa ketika pause untuk memberi ruang sang gerepoh melakukan serangan. Selain itu, teknik light jigging dan jig-cast juga sesuai untuk perairan cetek terutamanya ketika memburu gerepoh bersaiz juvenil.

 

Panduan Lengkap Memancing Gerepoh!!

 

Pelbagaikan warna jig dan cuba pelbagaikan rentak kayuhan jig. Anda juga boleh mencuba sesudu kerana potensinya juga tinggi di kawasan perairan cetek.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI