Faktor Air

Dikatakan waktu terbaik ialah ketika  air sedang mula surut ataupun bunga pasang. Pada waktu ini siakap dikatakan gemar berada di kawasan berstruktur seperti untuk melakukan serangan hendap.  Maka lokasi yang memiliki struktur di dalam air seperti pokok tumbang, bangkai kapal atau tiang-tiang perlu dijadikan kawasan balingan gewang.

Tahap kekeruhan air sungai turut memainkan peranan. Jika air jernih, siakap akan culas untuk menyambar gewang. Jika air keruh akibat hujan pula, siakap akan bertindak pasif atau beredar ke kawasan lain. Waktu terbaik ialah ketika air tidak terlalu keruh dan tidak pula terlalu jernih. Biasa disebut orang waktu air berdebu atau keruh bulu kera.

Gewang

Ads

 

Lazimnya gewang sesuai untuk memperdaya siakap ialah gewang yang hampir menyamai diet pemakanannya. Antara lain diet siakap adalah ikan belanak dan jenjulung. Justeru gewang berbentuk minnow yang panjang (10-13 cm) sama ada selaman dalam atau cetek merupakan gewang terbaik untuk menduga siakap. Gewang permukaan juga sesuai khususnya ketika pergerakan arus masih lemah.

Ads

Warna asas bagi gewang untuk mengilat siakap lazimnya warna yang mempunyai tona biru dan perak atau putih. Ini merupakan paduan warna asas atau warna natural. Ia dikatakan amat berkesan jika keadaan air agak jernih atau tidak terlalu keruh. Jika air agak keruh, gewang-gewang warna terang seperti paduan warna oren dan emas atau hijau dan kuning.

Teknik permainan atau karauan haruslah perlahan. Teknik karau-henti-karau atau stop and go dikatakan teknik karauan terbaik untuk memperdaya siakap yang bersifat menyedut dan bukannya menyambar mangsa. Gewang yang dikarau laju pastinya lebih cenderung menyebabkan ia terlepas atau biasa disebut miss call.

Ads

Peralatan

 

Sama ada menggunakan kekili menegak atau kekili mendatar, penggunaan set ringan adalah memadai.  Joran kekuatan maksimum 10-20lb, tali sulam 15-30 lb dan perambut fluorocarbon 20-30 lb adalah kemestian berikutan kemampuan siakap untuk merosakkan perambut sehingga putus adalah tinggi.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI