Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam.
Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Ads
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Ads
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ads
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya bersetuju dengan pendapat saudara tentang jumlah spesies puyu namun ia tidak banyak diperkatakan dalam kajian saintifik. Namun jenis-jenis puyu ini lebih diperkatakan dalam dunia penternakan.
Ini memberi petanda, ada kemungkinan kelainan spesies puyu ini adalah hasil daripada pembiakan aruhan sebagaimana projek aruhan ikan tiliapia yang menghasilkan spesies yang berbeza-beza.
Walau bagaimana pun, dalam aspek penternakan ada menyatakan bahawa terdapat dua spesies puyu yang biasa diternak iaitu puyu Siam dan puyu kampung.
Bagi puyu Siam, ia boleh didapati di kawasan paya air payau. Ikan ini berwarna coklat. Mulutnya runcing sedikit dan terdapat bintik-bintik.
Puyu jenis coklat ini memang ada di seluruh negara bukan sahaja di Siam (Thailand), tapi di Malaysia kita dipanggil ‘puyu Siam’.
Induk betina puyu ini boleh mencapai 600gm seekor. Anak ikan puyu Siam lebih tahan lasak dan pembesarannya lebih cepat berbanding ikan puyu kampung tapi untuk pembesaran yang cepat haruslah diberi makan yang cukup untuk pembesaran ikan puyu ini. Jangkamasa ternak dalam tempoh 3.5 – 4.5 bulan dipelihara dalam kolam.
Manakala puyu kampung pula ialah puyu yang berwarna agak kehijauan dan berbintik-bintik hitam di badan. Puyu jenis ini lambat sedikit membesar untuk mencapai tahap 200 gram. Ikan puyu yang betina mengambil masa 6 bulan.
Tetapi kelebihannya ialah rasanya lebih manis dan kurang lemak dari puyu coklat atau puyu siam. Dikatakan terbukti lebih enak rasanya dari baka Siam.
Bagaimana caranya untuk mengingati dengan mudah pasang surut air laut? Ia kadang-kadang agak keliru dengan perkiraannya.
JAWAPAN:
Kejadian pasang surut air laut merupakan bentuk gerakan air laut yang terjadi apabila terdapat pengaruh gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi.
Arus ini dapat dilihat jelas di perauran muara sungai dan ke tepian pantai. Apabila air laut bergerak pasang maka terlihat gerakan arus laut yang masuk ke dalam alur sungai, sebaliknya ketika air laut bergerak menuju surut, maka terlihat gerakan arus laut mengaliar keluar (ke laut).
Cara untuk membacanya dengan menggunakan kalendar lunar atau kalendar Islam.
Arus pasang surut dibahagikan kepada dua iaitu:
Pasang besar terjadi pada tanggal 1 (bulan baru) dan tanggal 15 (bulan penuh). Pasang besar ialah peristiwa di mana air pasang naik dan pasang surut tertinggi (besar).
Kedudukan bumi-bulan-matahari berada pada satu garis sehingga kekuatan gaya tarik bulan dan matahari berkumpul menjadi menarik permukaan bumi. Permukaan bumi yang menghadap ke bulan mengalami pasang naik besar.
Untuk aktiviti memancing, 4 hari sebelum dan selepas bulan baru dan bulan penuh tidak begitu sesuai disebabkan arus laju.
Pasang bani (mati) ialah peristiwa terjadinya pasang naik dan pasang surut terendah (kecil). Pasang kecil ini terjadi pada tanggal 7 dan 21 kalendar Islam.
Pada kedua tanggal tersebut posisi matahari-bulan-bumi membentuk susut 90 darjah. Gaya tarik bulan dan matahari terhadap bumi berlawanan arah sehingga kekuatannya menjadi berkurang (saling melemahkan).
Bagi pemancing, 3 hari sebelum dan selepas air pasang bani amat bersesuaian untuk memancing kerana arus tidak laju.
Secara peribadi, pergerakan arus deras hanya menyulitkan kita memancing. Ikan perlu makan dan ia tidak berhenti makan pada masa apa pun. Kebanyakan ikan mega yang diperolehi lazimnya ketika arus laju!
UMPAN: Boleh perkenalkan diri anda dan sudah berapa lama anda memancing?
SHAHIDAN: Saya Shahidan dan lebih mesra dengan gelaran Abang Dan di seluruh semenanjung Malaysia ini.
Saya memancing sudah lama cuma pada tahun 1992, saya mula berminat casting toman dengan menggunakan umpan gewang di Sungai Kedah ini.
UMPAN: Apa istimewanya Sungai Kedah dan toman sungai ini?
SHAHIDAN: Sungai Kedah ini dipengaruhi arus pasang surut sekali sehari… tapi di sini 100% fresh water walaupun bersempadan dengan muara laut.
Induk toman di sini di katakan sangat kuat dari toman-toman yang biasa kita jumpa di tasik atau lombong.
Di Sungai Kedah, toman di sini sangat kuat kerana sejak dari kecil sampailah besar, ia biasa melawan arus sungai yang surut laju.
Jadi tak hairanlah jika setiap musim di sini, selalu didengari ada rod yang high end patah. Kejadian reel yang loose drag pun biasa saja.
Ini kerana induk toman di sini bersaiz agak baik hingga mencecah saiz 10 atau 11kg. Namun kebanyakan yang naik antara saiz 3 hingga 9kg adalah yang paling kerap.
UMPAN: Sejak bila anda menjadi guide dan membawa pemancing?
SHAHIDAN: Bermula tahun 1992, saya dah mula memancing menggunakan sampan kayu. Sekarang ni saya dah upgrade sampan fiber 13 hingga 13.6 kaki yang saya gunakan untuk memburu sang toman yang rakus ini.
Tahun sudah 2018 saya bawa trip casting Sungai Kedah. Pada tahun lalu saja hampir 180 ekor mama toman Sungai Kedah yang berjaya ditewaskan.
UMPAN: Anda mengamalkan konsep tangkap dan lepas atau bagaimana?
SHAHIDAN: Semua induk di sini, saya amalkan tangkap dan lepas. Ia supaya generasi masa akan datang akan dapat merasai kemeriahan yang sama.
Rata-rata caster dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak serta Singapore, boleh dikatakan setiap tahun mereka akan menempah bot saya.
UMPAN: Apa pakej yang anda sediakan?
SHAHIDAN: Biasanya setiap trip saya selalu bagi tip-tip untuk setup mama Sungai Kedah supaya bila datang, kita dah tahu apa yang kita hajatkan.
Yang pertama sekali, saya akan bawa caster yang datang untuk mencari strike… itu matlamat utama saya!
Kos sewa bot yang dikenakan tak seberapa… hanya RM170.00 untuk sehari. Siap bekalan ais khas 1 atau 2 caster. Lokasi casting sekitar Alor Mengkudu, Alor Star.
UMPAN: Boleh berikan sedikit tip untuk menduga toman Sungai Kedah ni?
SHAHIDAN: Untuk menduga induk kat Sungai Keda… biasanya kita selalu gunakan gewang jenis crank atau deep. Top water biasanya kita guna untuk mencari toman bujang.
Contoh gewang seperti buzzbait dan jumpfrog. Saiz gewang dari 7-13 cm asalkan deep atau crank.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...