Jaket keselamatan adalah wajib jika menempah bot nelayan. Alat penyelamat ini adalah satu perkara yang kita tidak tahu bila ia diperlukan.
Kemalangan adalah kejadian yang berlaku tanpa perancangan. Peralatan memadai agar dapat kita dibebani ‘barangan’ remeh temeh dan tidak digunakan langsung serta berselerak di dalam kabin bot.
Kabin kadangkala hanya diselerakkan barangan peribadi (beg pakaian,dan peralatan) sedangkan pemancing terpaksa berhujan panas di luar.
Kaki pancing ada gengnya tersendiri, ada klik atau kumpulan masing-masing yang biasa mengadakan trip memancing bersama.
Ads
Sesetengah golongan kaki pancing ini tidak suka kehadiran orang luar bersama kumpulannya.
Selain itu adakan senarai ‘standby’ bagi mengelakkan 1 atau lebih kaki pancing menarik diri pada saat-saat akhir.
Mana nak gagau pemancing jika notis diberi tidak sampai 2 jam! Kena pula tu terpaksa ‘cover’ kos tarik diri mengejut ini. Kecuali trip dekat/ tidak bermalam.
Ads
Sebab itu ramai yang malas menganjur trip memancing kerana tidak sanggup berdepan dengan masalah penarikan diri ahli pada saat akhir dan terpaksa pula menampung kekurangan perbelanjaan tersebut.
Selain itu kutip deposit lebih awal bagi mendapatkan komitmen dari setiap ahli yang pergi.
Ads
Nota Penting:
Kerjasama berpasukan.
Senang berunding dan memahami antara satu sama lain.
Persediaan ahli serta tahu keupayaan member (mabuk laut).
Kemampuan dan daya tahan berada di laut.
Kutip deposit / buat bajet lebih sikit bimbang kes tarik diri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Kekacang yang mengandungi sumber protein sememangnya berkesan untuk pemakanan ikan. Dengan sedikit proses menjadikannya sebagai cecair atau sos, dan digunakan bersama palet atau roti, ia berupaya menarik perhatian ikan dan menjadi umpan yang berkesan.
Bahan-Bahan Keperluan:
1 Botol sos kacang soya Green Bait
1 Botol minyak pandan Green Bait
Palet 6363 500 gram
Setengah biji kelapa parut segar
200 ml air
Cara-Cara Menyediakan Umpan:
LANGKAH 1
Masukkan air tanpa klorin atau air kolam ke dalam bekas bancuhan. Kemudian masukkan 1/2 hingga 3/4 botol sos kacau soya dan sebatikan ia dengan air di dalam bekas bancuhan.
LANGKAH 2
Masukkan 500 gram palet ke dalam bekas bancuhan. Goncang sekata dan tutup bekas bancuhan sehingga palet menjadi lembut.
LANGKAH 3
Gaulkan kelapa parut dengan sos kacang soya sehingga sebati. Campurkan kelapa parut yang sudah digaul tadi bersama palet yang sudah lembut. Goncang bekas bancuhan sehingga campurannya sekata.
LANGKAH 4
Tuangkan kira 1/3 minyak pandan Green Bait ke atas palet dan goncang sehingga sekata.
(Cara-Cara Menggunakan Umpan)
LANGKAH 5
Ambil perambut mata kail yang ingin digunakan mengikut peraturan kolam. Cucuk mata kail dengan palet sehingga menutupi sepenuhnya mata kail.
LANGKAH 6
Kepalkan palet pada swivel. Terpulang untuk membuat kepalan besar atau kecil. Kepalan sederhana besar sudah memadai. Sebaiknya tidak dikepal terlalu kuat agar palet mudah berderai di dalam air.
Buah ara atau nama saintifiknya Ficus auriculata lour diklasifikasikan sebagai buah hutan tempatan yang bertaburan di kebanyakan negara kita. Justeru, jenis pokok yang tumbuh dalam iklim khatulistiwa dan tropika biasanya boleh ditemui berhampiran sungai di pedalaman hutan atau pinggir kampung-kampung.
Ciri buah ara berbentuk bawang dan kedudukan buah ini antara dua hingga sepuluh biji serangkai serta berwarna hijau sebelum masak berwarna merah ketika masak. Bahagian dalam buah ini, berongga dan dilapiskan oleh biji-biji kecil yang berwarna merah. Buah ini mempunyai satu lubang kecil pada hujungnya.
Buah yang juga dalam famili Moraceae ini turut digemari binatang hutan seperti kelawar buah, tupai, monyet dan spesies ikan seperti kelah yang ratanya bersifat omnivor ini. Terdapat kira-kira 800 spesies buah ini di dunia. Buah ara juga turut digunakan dalam perubatan tradisional kerana mengandungi bahan antioksida.
Dalam arena memancing, buah ara masak biasanya dipilih pemancing tempatan kerana diakui mampu menjinakkan spesies kelah, tengas, jelawat, patin dan banyak lagi spesies ikan sungai air tawar. Menurut pemancing yang biasa menggunakan buah ini, caranya dengan mencangkuk sebiji buah ini pada mata kail saiz nombor 11 dan disertakan perambut tunggal berkekuatan 30 paun.
Tambah mereka, balingan juga perlu ditumpukan di bawah pokok ara yang terletak berhampiran dengan sungai yang mengandungi ikan ini. Turut dikatakan buah ini hanya berkesan ketika musimnya masak untuk menjerat ikan ini dan logiknya kerana pada musim ini, ia hanya menjadi kegemaran ikan kelah ini saja dalam menu harian mereka.
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika perhati barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...