Ikan sikang ditemui di sungai-sungai pegunungan yang berarus dan bersuhu agak dingin. Sikang sebenarnya berasal dari keluarga besar Cyprinidae (kap), sama sebagaimana ikan kelah, sebarau, tengas dan kebanyakan ikan lain.
Sekaligus ia menafikan dakwaan sesetengah orang yang beranggapan ia sama atau tergolong dalam spesies yang sama dengan trout dan Salmonidae (salmon).
Ikan sikang dilaporkan wujud di China, India, Bangladesh, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar, Thailand dan juga Malaysia.
Ads
Spesies ini turut dilaporkan di temui di utara dan selatan Semenanjung namun setakat ini ia disahkan ditemui di sungai-sungai pegunungan Pahang, Terengganu, Kelantan dan di negeri-negeri lain. Cuma tiada rekod yang mengatakan adanya ikan ini di negeri-negeri lain.
Sikang juga boleh ditemui Kedah, Negeri Sembilan termasuk Sabah dan Sarawak, walaupun ada pemancing yang mengatakan ikan ini wujud dan pernah didaratkan. Cuma sejauh mana kesahihan cerita ini belum dapat dipastikan.
Ads
Memandangkan sikang merupakan spesies ikan yang memiliki bentuk dan warna yang cantik serta kesukaran untuk mendapatkannya, para pemancing lebih rela melepaskannya semula agar generasi akan datang nanti juga dapat melihat spesies ini.
Ia jauh lebih baik daripada menjadikannya juadah kerana isinya juga tidak berapa enak. Apatah lagi membiarkan ia mati kering di atas darat. Sesungguhnya ia adalah satu kerugian yang nyata.
Ads
Walaupun sikang lebih dikenali sebagai Burmese trout atau Himalayan trout, ikan sikang sememangnya memiliki persamaan dengan ikan trout, terutama dari sisi mulutnya.
Namun sikang dan trout bukanlah datang dari famili yang sama. tetapi, disebabkan miripnya itulah, sikang mendapat julukan The Malayan Trout.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di seluruh lautan dunia, tercatat ada sekitar 440 spesies jerung atau yu. Ukurannya ada yang kecil seperti lantershark kurcaci (Etmopterus perryi), jerung laut dalam sepanjang 17 cm, hingga sebesar yu paus (Rhincodon typus).
Ikan berukuran mega yang panjangnya mencapai 12 meter. Namun, disenaraikan 10 sahaja jenis ikan yu atau jerung yang unik dan pelik, yang mungkin anda belum tahu perihalnya.
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis yu yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksima 6 meter.
Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Hammerhead shark (Yu tukul)
Yu tukul atau dalam bahasa Inggerisnya disebut hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di ujung kepala.
Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Yu tukul menjadikan ikan-ikan, pari, sotong, dan udang sebagai makanan utama. Yu spesies ini tidak memburu manusia, sebaliknya manusialah yang memburu mereka.
Greenland Shark (Yu Greenland)
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam.
Menurut para pengkaji, kondisi ini berpunca dari rendahnya suhu air di Laut Arktik.
Yu jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun. Hiu jenis ini terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama.
Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi yu Greenland ini pernah tertangkap kamera di laut cetek.
Saw Shark (Yu Gergaji)
Yu gergaji atau saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua.
Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeda pada letak celah insang. Celah insang hiu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala.
Jumlah celah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau.
Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Cookiecutter Shark (Yu Pemotong)
Yu ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam.
Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, yu lain, dan lumba-lumba.
Yu ini juga berupaya merebut makanan dari yu lainnya, termasuk dari jerung putih yang besarnya berkali lipat dari tubuhnya.
Yu ini juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Thresher Shark
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan.
Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala. Sirip punggung kedua jauh lebih pendek dari yang pertama.
Jerung spesies ini merupakan perenang yang kuat dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksima untuk spesies ini adalah 6.1 meter namun umumnya berkisar antara 2-5 meter.
Yu ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Samudera Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Frilled shark
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007.
Yu ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup. Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Samudra Pasifik.
Para pengkaji mengandaikan, yu ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah.
Yakni dengan membengkoknya tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Wobbegong Shark (Yu karpet)
Yu yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus yang juga disebut yu karpet ini bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa.
Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya. Jolokan yu karpet diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet.
Warna tubuhnya coklat keabuan dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut.
Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter. Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Zebra Shark (Yu Zebra)
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah yu yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang.
Hampir sepanjang tubuhnya. Yu spesies ini diberi nama yu zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, yu ini terkadang disebut sebagai leopard shark.
Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Goblin Shark
Goblin shark atau yu Goblin adalah spesies yu yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1.200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.
Ia hidup dengan mengkonsumsi atau memakan ikan, termasuk spesies yu. Goblin mampu membesar panjang sehingga 3,8 m.
Sebagaimana halnya dengan frilled shark, yu goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Sejauh ini, informasi ilmiah mengenai yu goblin masih sangat terbatas. Namun haiwan ini masih wujud, masih ada di perairan Jepun dan beberapa kali berhasil terakam di kamera.
Terdapat enam jenis ikan jebong atau nama Inggeris triggerfish yang ditemui di sekitar perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak. Yang paling banyak ialah jenis Abalistes stellatus yang biasa dijumpai di pasaran tempatan.
Manakala 5 jenis jebong lain memiliki kombinasi warna dan corak badan yang lebih cantik. Ia disifatkan sebagai ayam laut kerana isi pejal seperti haiwan darat berkenaan. Malah isinya diambil setelah dikupas keras di bahagian luar. Ikan ini amat diminati di Pantai Timur berbanding Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Ciri utama jebong ialah kulit keras hingga serata bahagian badannya. Berbeza dengan ahli keluarga rapatnya ikan barat-barat yang kulit luarnya lebih lembut di seluruh bahagian badan. Biasanya ia dibarisi gigi kapal terjojol di hadapan serta gigi-gigi kecil atas bawah serta mulutnya amat kecil berbanding saiz badan. Bentuk badan leper tetapi agak tebal isinya dan bahagian kepala amat keras.
Setiap jenis jebong memiliki corak warna tersendiri berwarna-warni kecuali dari jenis jebong putih ini. Jenis yan menjadi kegemaran masyarakat pantai timur ini mempunyai bahagian atas berwarna kelabu disusuli tompokan keperakan di tengah. Corak kelabu putih ini lebih ketara di atas garis lintang hidup sehingga bahagian ekor.
Bahagian ekor berbentuk bulan di tengah tetapi menirus kedua-dua hujung. Sirip dorsal pertama memiliki tulang agak keras dan saiznya pendek berbanding sirip dorsal kedua. Saiz biasa ialah hampir 30 cm panjang dan paling besar dilaporkan 44.5cm.
Tahap tumbesaran setiap jenis jebong tidak sekata. Di kalangan keenam-enam jenis jebong yang dicatatkan, jebong kuning ekor berduri (Pseudobalistes flavimarginatus) dan jebong perang ekor bercabang (Odonus niger) mampu membesar sehingga 60cm.
Lazimnya jebong mudah ditemui di kawasan yang kaya dengan terumbu karang. Jebong amat jarang keluar dari kelompok terumbu karang. Kawasan wilayah buruan atau lingkungan mencari sumber makanan juga tertumpu di kawasan berkenaan.
Ia banyak berlegar di atas karang bawah dan pertengahan air. Gemar mendiami kedalam sederhana di mana kadar ketelusan cahaya lebih menyerlah iaitu sekitar 6 meter hingga 60meter. Ikan jebong bersifat kewilayahan dan bergerak dalam kumpulan tersendiri.
Ikan jebong tidak begitu kuat meronta apabila dinaikkan tetapi suka mengeluarkan bunyi seakan-akan ikan gelama. Gigi yang kuat digunakan untuk memecahkan karang kecil, cengkerang dan menggeledah kawasan karang mencari makanan yang terdiri dari krutesia, organisme Benthic serta cebisan ikan, sotong dan sebagainya.
Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak. Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.
Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.
Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja. Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek.
Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.
Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.
Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...