Bagi pemancing muara sejati, pasti tidak akan terlepas dengan kelibat ikan kitang. Setiap kali menjala udang, kitang tidak dapat lari dari terperangkap. Ramai yang tidak suka apabila kitang tersangkut pada jala kerana silap hari bulan tersusuk durinya boleh terencat kacau seketika aktiviti menjala. Bisa kitang walaupun anak memang pedih.
Dahulunya ikan ini tiada harga sama sekali, kini semua sudah berubah. Kitang tidak lagi segan untuk berada di atas lantai simen pasar ikan. Ada peminat yang gemarkan ikan kitang dan tahu cara terbaik menikmatinya.
Pemancing pula perlu tahu cara terbaik menjinakkannya. Ikan ini juga dibela oleh segelintir penternak ikan sangkar sebagai `pencuci jaring sangkar’ manakala ikan jurvenil pula dijadikan ikan hiasan akuarium.
Ads
Badan leper melebar berwarna hijau kekuningan yang lazimnya lebih terserlah ketika kecil. Badan bertompok-tompok hitam bulat hampir serata badan. Juvenil berwarna hijau kekuningan dan berubah kepada hijau gelap apabila meningkat pembesaran.
Bahagian kepala membongkok sedikit. Bermulut kecil dan bergigi halus. Ekornya melebar tegap. Boleh membesar sehingga 38cm. Saiz ini melebihi berat sekilo dan selebar dulang!
Saiz purata yang dijumpai di kawasan perairan negara ialah 15 hingga 20 cm atau lebih mudah selebar tapak tangan dewasa.
Ads
Ikan ini tidak bersisik tetapi memiliki kulit yang kesat serta keras. Sirip dorsal dan sirip pelvik adalah keras dan tajam. Duri-duri yang terdapat di atas dan bawah badan mempunyai bisa seperti ikan duri. Mangsa akan merasa panas apabila tercucuk duri atau sengat ikan ini.
Ramai pemancing yang tidak tahu di mana sengat kitang dan sering terkena ketika cuba memegang seperti mana ikan-ikan lain yang tidak berbisa. Kesannya mungkin akan berpanjangan lebih dari 20 minit atau lebih mengikut daya tahan seseorang itu.
Ads
Gemar bermain di kawasan permukaan air. Mudah dijumpai di kawasan muara dan sungai terutama di tepian sangkar ikan, kelong, tiang jambatan dan objek-objek terapung lama termasuklah bot atau tongkang yang berlumut di bawahnya di mana kawasan ini semuanya menyediakan sumber makanan iaitu algae, lumut, rumpai serta krutesia kecil.
Selain itu kitang yang hidup di sepanjang sungai adalah penunggu tidak setia tandas awam. Najis manusia juga adalah sebahagian dari diet ikan kitang ini.
Walaupun ia dikatakan ikan muara kitang juga dijumpai di Samoa, Tonga, Fiji, Selatan Jepun, India dan Bangladesh tentu sekali banyak sesuai dengan kawasan tumpuan utama ikan muara kulit liat ini. Di negara kita kitang boleh ditemui di hampir serata sungai dan muara.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Di seluruh lautan dunia, tercatat ada sekitar 440 spesies jerung atau yu. Ukurannya ada yang kecil seperti lantershark kurcaci (Etmopterus perryi), jerung laut dalam sepanjang 17 cm, hingga sebesar yu paus (Rhincodon typus).
Ikan berukuran mega yang panjangnya mencapai 12 meter. Namun, disenaraikan 10 sahaja jenis ikan yu atau jerung yang unik dan pelik, yang mungkin anda belum tahu perihalnya.
Sesuai namanya, ikan ini memang memiliki mulut yang besar. Megachasma pelagios atau yang biasa disebut Megamouth Shark adalah jenis yu yang hidup di perairan dalam dan sangat jarang dijumpai di pesisir pantai.
Spesies ini dipercayai dapat bertahan hidup secara alami hingga 100 tahun dan mencapai panjang maksima 6 meter.
Menurut kajian, reproduksi jerung ini bersifat ovovivipar, yang berarti janinnya berkembang di dalam telur yang menetap dalam tubuh induk betina hingga menetas.
Hammerhead shark (Yu tukul)
Yu tukul atau dalam bahasa Inggerisnya disebut hammerhead shark ini memiliki bentuk kepala menyerupai penukul dengan mata dan lubang hidung di ujung kepala.
Bentuk kepalanya yang unik itu membuatnya mampu survival di air dengan akurasi tinggi.
Dengan kepala yang unik, mereka mampu mencium dengan jangkauan lebih luas sehingga meningkatkan potensi menemukan partikel di air 10 kali ganda berbanding spesies lain.
Yu tukul menjadikan ikan-ikan, pari, sotong, dan udang sebagai makanan utama. Yu spesies ini tidak memburu manusia, sebaliknya manusialah yang memburu mereka.
Greenland Shark (Yu Greenland)
Greenland shark (Somniosus microcephalus) merupakan perenang lambat. Kecepatan renangan yu yang hidup di perairan sejuk sekitar Greenland dan Iceland ini hanya 2.7 km per jam.
Menurut para pengkaji, kondisi ini berpunca dari rendahnya suhu air di Laut Arktik.
Yu jenis ini mampu membesar sepanjang 21 kaki dan mampu hidup selama 200 tahun. Hiu jenis ini terkenal dengan binatang bertulang belakang yang pernah hidup paling lama.
Mereka cenderung hidup di kedalaman 1800 meter di bawah permukaan laut, akan tetapi yu Greenland ini pernah tertangkap kamera di laut cetek.
Saw Shark (Yu Gergaji)
Yu gergaji atau saw shark memiliki muncung panjang mirip mata pisau yang dilengkapi serangkaian gigi seumpama gergaji bermata dua.
Ikan ini mirip pari gergaji, tapi berbeda pada letak celah insang. Celah insang hiu gergaji terletak pada sisi kepala sedangkan pari gergaji berada di bawah kepala.
Jumlah celah insang yu ini ada enam.
Tubuhnya pun cukup ramping dengan dua sirip dada. Hidupnya di dasar perairan berlumpur pada kedalaman 40 meter dan perairan payau.
Yu jenis ini merupakan pemakan pelbagai jenis ikan, penjelajah lautan, dan tidak berbahaya kepada manusia.
Cookiecutter Shark (Yu Pemotong)
Yu ini memang mempunyai nama yang pelik dan saiz badan yang tidak menakutkan, iaitu hanya sekitar 50 cm. Namun, Cookiecutter shark ini memiliki gigitan yang sangat tajam.
Tidak hanya itu, mangsa ikan ini adalah ikan-ikan yang seukuran dengannya atau yang lebih besar darinya, termasuk paus, yu lain, dan lumba-lumba.
Yu ini juga berupaya merebut makanan dari yu lainnya, termasuk dari jerung putih yang besarnya berkali lipat dari tubuhnya.
Yu ini juga dikenal pasti sering menggigit kabel bawah laut dan bahan lain yang digunakan kapal selam hingga berlubang.
Thresher Shark
Thresher shark terdiri dari empat spesies yang keempat-empatnya ditandai dengan ekor pada sirip atas yang panjangnya mencapai 50 peratus daripada total panjang keseluruhan.
Jerung ini memiliki muncung pendek dan mata yang besar di depan kepala. Sirip punggung kedua jauh lebih pendek dari yang pertama.
Jerung spesies ini merupakan perenang yang kuat dan dapat melompat di atas permukaan air.
Panjang maksima untuk spesies ini adalah 6.1 meter namun umumnya berkisar antara 2-5 meter.
Yu ini dapat ditemukan di kawasan pesisir di kedalaman 500 meter di bawah permukaan laut. Terutama di Samudera Pasifik mahupun Atlantik bahagian utara.
Frilled shark
Frilled shark atau nama saintifiknya Chlamydoselachus anguineus dan ditemukan buat pertama kali di perairan Jepun pada 21 Januari 2007.
Yu ini adalah satu dari dua Chlamydoselachus yang masih hidup. Penyebarannya merata di laut dalam perairan Atlantik dan Samudra Pasifik.
Para pengkaji mengandaikan, yu ini mampu menelan mangsa tanpa mengunyah.
Yakni dengan membengkoknya tubuhnya agar tubuh mangsa tersebut mudah masuk ke perutnya.
Wobbegong Shark (Yu karpet)
Yu yang pendiam. Wobbegong shark atau nama saintifiknya Orectolobus maculatus yang juga disebut yu karpet ini bergerak lamban. Bahkan, ia tidak berburu mangsa.
Ikan unik ini hanya menyamar di dasar laut sehingga mangsa datang kepadanya. Jolokan yu karpet diperoleh karena motif kulitnya yang menyerupai karpet.
Warna tubuhnya coklat keabuan dan memiliki corak simetri yang ketara. Ia berfungsi untuk berbaur di sekitar karang dan pasir laut.
Panjangnya mampu mencapai 1.5 meter. Wobbegong hidup di sekitar karang dan lubang di dasar lautan Pasifik, Lautan Hindi, Australia, Jepun dan Indonesia.
Zebra Shark (Yu Zebra)
Zebra shark atau dikenali dengan nama saintifik, Stegostoma fasciatum, adalah yu yang ada di perairan Indo-Pasifik yang memiliki sirip yang sangat panjang.
Hampir sepanjang tubuhnya. Yu spesies ini diberi nama yu zebra karena garis pada tubuhnya yang mirip garis kuda belang.
Ketika dewasa, garis tersebut berubah menjadi titik seperti cheetah. Oleh sebab itu, yu ini terkadang disebut sebagai leopard shark.
Yu zebra boleh ditemui di perairan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi dengan kedalaman sekitar 5 hingga 30 meter.
Goblin Shark
Goblin shark atau yu Goblin adalah spesies yu yang bergerak lambat dan hidup di kedalaman 1.200 meter di pelbagai perairan di Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik.
Ia hidup dengan mengkonsumsi atau memakan ikan, termasuk spesies yu. Goblin mampu membesar panjang sehingga 3,8 m.
Sebagaimana halnya dengan frilled shark, yu goblin juga diandaikan wujud sejak zaman prasejarah dengan struktur tubuh yang tidak berubah selama jutaan tahun.
Sejauh ini, informasi ilmiah mengenai yu goblin masih sangat terbatas. Namun haiwan ini masih wujud, masih ada di perairan Jepun dan beberapa kali berhasil terakam di kamera.
Ikan Pasific bluefin tuna atau tuna biru Pasifik (Thunnus orientalis) adalah spesies ikan tuna yang ditemui secara meluas di Lautan Pasifik utara, tetapi ia adalah spesies migrasi dan juga direkodkan sebagai pelawat di selatan Pasifik.
Pada masa lalu, ia sering dikelirukan dan kerapkali dimasukkan ke dalam spesies T. thynnus, spesies gabungan yang kemudian dikenali sebagai northern bluefin tuna (hanya apabila dilakukan pemecahan spesies, T. thynnus dipanggil sebagai Atlantic bluefin tuna).
Bagi negara yang terkenal dengan spesies Pacific bluefin tuna, sering melabel ikan ini sebagai ‘the forgotten bluefin’.
Walaupun spesies ikan berkedudukan teratas dalam piramid makanan lautan yang mampu membesar sehingga angka 550 kg (1200 lb), spesies ini sering diabaikan dalam banyak
tindakan konservasi sebagai spesies tumpuan walaupun angka populasi spesies ini kian menurun.
Bukan sahaja terdedah kepada ancaman tangkapan berlebihan (overfishing) malah tuna sirip biru turut menjadi buruan bagi pecinta makanan berasaskan laut.
Bluefin tuna biasanya ditangkap secara meluas oleh nelayan Mexico, Jepun dan Korea untuk pasaran di negara Jepun.
Seekor tuna sirip biru mampu dijual dengan harga ribuan dollar untuk dijadikan sebagai hidangan sushi yang mahal.
Kelemahan soal pengurusan
Walaupun sektor perikanan Pasifik diperkasakan saban tahun, pihak pengurusan masih lagi gagal dalam mengguna pakai atau memperkenalkan satu sistem had tangkapan berteraskan saintifik bagi mengawal masalah tangkapan berlebihan.
Lautan Atlantik telah menunjukkan contoh terbaik kepada lautan Pasifik bahawa pendekatan saintifik merupakan langkah yang sangat penting dalam melestarikan populasi ikan bluefin tuna.
Data terkumpul menunjukkan tindakan dan langkah yang drastik perlu diambil bagi masa depan tuna sirip biru Pasifik.
Kitaran hidup trans-Pasifik
Ikan tuna sirip biru Pasifik merupakan spesies ikan migrasi yang berenang beribu-ribu batu merentasi lautan.
Walaupun merentasi jarak yang panjang dan luas, ikan tuna sirip biru Pasifik yang matang hanya membiak di dua buah tempat yang dikenal pasti di luar pantai Pepun.
Majoriti ikan ini menghabiskan hayatnya di bahagian barat pasifik manakala sebahagian pula apabila mencecah usia 1-2 tahun akan memulakan perjalanan 11 100 km (6000 batu)
merentasi lautan pasifik menuju ke perairan yang kaya dengan makanan di california dan semenanjung baja di mexico.
Selepas 2-4 tahun di timur Pasifik, ikan ini akan kembali ke barat Pasifik.
Kesan industri perikanan
Penangkapan jumlah ikan tuna sirip biru telah menjadi 2 kali ganda sejak 20 tahun yang lepas.
Nelayan biasanya menangkap tuna apabila mereka dekat dengan pantai di mana spesies juvenil tuna sirip biru berkumpul sebelum dewasa.
Berpandukan jurnal perikanan pada tahun 2010, dianggarkan 90% ikan tuna sirip biru pasifik yang ditangkap belum mencapai tempoh matang atau dewasa.
Ini menunjukkan tindakan yang membahayakan masa depan spesies ini. Penangkapan induk yang terlalu besar juga menjurus kepada potensi ketiadaan baka yang baik.
Solusi untuk masa depan
Global tuna conservation telah mencadangkan beberapa solusi yang diharap mampu memberikan ruang untuk masa depan bagi spesies tuna sirip biru Pasifik.
Ikan begahak dengan nama umum giant shealfish, Malaysian toothead catfish atau nama binomialnya Belodontichy dinema (sebelum ini menggunakan nama saintifik Wallago dinema) turut dipanggil gerahak, gahak dan gohok menurut sebutan tempatan.
Taburan ikan behagak ini tidak meluas dan hanya boleh ditemui Indochina, Sumatera Timur, Borneo dan Semenanjung Malaysia. Lebih unik lagi di Semenanjung Malaysia, ikan ini hanya boleh ditemui di Sungai Pahang. Ia dikatakan pernah wujud di Sungai Perak namun sehingga kini tiada sebarang tangkapan di sungai tersebut.
Begahak mempunyai ciri-ciri tingkah laku dan fizikal yang hampir sama seperti tapah. Satu perbezaan yang paling ketara adalah bentuk muncung mulutnya yang lebih melengkung ke atas. Begitu juga dengan misai atau sesungutnya agak lebih pendek berbanding tapah.
Namun begahak memiliki tabiat sama menyambar binatang atau serangga yang jatuh ke permukaan air. Ekoran dietnya lebih kepada anak-anak ikan maka ia boleh dipancing dengan kaedah mengilat menggunakan umpan tiruan.
Ikan begahak dikatakan mampu membesar sehingga 100 cm panjang dan berat tidak rasmi 10 kg. Tangkapan tersebut dikatakan berlaku di Sungai Tembeling, Pahang namun tiada sebarang data direkodkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...