Lazimnya John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies Lutjanus johnii (nama saintifik) yang besar atau dewasa, sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini. Keadaan ini sama dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenak dan tetanda merupakan spesies yang atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini dapat disimpulkan jenak dan tetanda adalah spesies ikan yang sama.

 

Pola taburan spesies jenak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper juga boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia. Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas.

 

Mengenal Si Jenak, Spesies Pujaan Ramai!!

 

Bagi kaki pancing, spot memburu jenak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka. Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka serta batu karang.

 

IKLAN

Dari segi morfologi luaran, sisik ikan jenak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya. Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa.

 

Mengenal Si Jenak, Spesies Pujaan Ramai!!

 

Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14. Spesies jenak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal.

 

IKLAN

Habitat bagi jenak dewasa lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga perairan yang berstruktur. Bagi jenak juvenil pula lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus.

 

Mengenal Si Jenak, Spesies Pujaan Ramai!!

 

Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.

 

IKLAN

Spesies ini yang menghuni di kedalaman lebih 10 meter lazimnya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.

 

Dalam rantaian makanan di persekitaran ideal, spesies ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam dalam piramid makanan. Ini bermaksud jenak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.

 

Mengenal Si Jenak, Spesies Pujaan Ramai!!

 

Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang, sotong dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthas seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI