Dalam pecahan keluarga yang lebih kecil atau genus, terdapat dua spesies ikan terboi di dalam genus Osteochilus iaitu O. vitatus dan O. hasseltii. Dipercayai spesies O. vittatus ini merujuk kepada ikan terboi yang memiliki titik atau tanda hitam pada kaudal pedunkal atau pangkal ekornya.

 

Mengenal Profil Ringkas Ikan Terboi!!

 

Manakala O. hasseltii pula merujuk kepada ikan terboi yang tidak memiliki tanda hitam. Hanya kehadiran titik hitam ini sahaja yang membezakan kedua-dua spesies terboi ini. Kedua-dua spesies ini terdapat di negara kita hanya spesies terboi bertanda hitam lebih mudah ditemui.

 

IKLAN

Ikan terboi merupakan spesies ikan air tawar yang semakin kurang dikenali oleh generasi baru masa kini. Ikan terboi hanya terdapat disekitar sungai air tawar di Asia Tenggara, Sungai Mekong dan sekitar sungai-sungai Chao Phraya. Ikan ini hanya mendiami kawasan sungai berarus, tasik, kolam, paya berarus dan sebagainya.

 

Mengenal Profil Ringkas Ikan Terboi!!

 

Dari aspek morfologi, ikan terboi mempunyai bentuk badan yang lebih lebar membulat dan leper tidak sama dengan ikan seluang dan ikan lampam sungai, meskipun berkongsi habitat yang sama. Ia mendiami kawasan sungai dengan air yang jernih dan mempunyai arus serta dasar berpasir.

IKLAN

Ia lebih mudah ditemui di banyak sungai beberapa negeri yang belum tercemar seperti di Terengganu, Kelantan, Pahang, Selangor, Johor serta Sabah dan Sarawak.

 

Ikan terboi merupakan jenis ikan air tawar bersisik dengan warna sisik sama ada gelap atau terang bergantung kepada tahap kejernihan air dan dasar sungai. Jika air dan dasar sungai sangat jernih dan berpasir lazimnya ikan terboi berwarna kelabu keputihan dan sukar dilihat daripada atas permukaan air.

Sebaliknya jika air sungai agak gelap sedikit dan dasar sungai juga gelap maka ikan terboi akan berwarna gelap sedikit.

IKLAN

 

Mengenal Profil Ringkas Ikan Terboi!!

 

Ikan ini amat cepat berenang didalam air secara berkumpulan atau solo apabila ada manusia mendekatinya dan bersembunyi. Selain itu Ikan ini sebenarnya mempunyai penglihatan yang baik untuk mengenal pasti apa yang berada di atas permukaan air dan diatas tanah daratan.

Ikan terboi mampu membesar panjang sehingga 35 cm namun spesimen yang biasa ditemui kurang daripada 20 cm.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI