Perangai Kedek-Kedek

Dia naik ambil udara slow-slow je lepas tu dia turun balik dengan rileks. Toman jenis ni sesuai pakai lure top water. Try dulu top water yang senyap (takde ball bearing). Kalau dia tak mau, pakai pulak yang ada ball bearing. Kalau tak mau jugak, pakai yang bising sikit macam popper.

Kalau tak mau lagi, pakai la shallow diving lure sebab dia berenang kedek-kedek kan? Last sekali pakai la deep diving. Kalau toman saiz  toman rempit, pakai la propeller. Toman rempit suka hentam propeller. Dia macam geram bila tengok air berkocak halus tu. Toman mega ni kurang sikit nak hentam propeller.

 

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

 

Perangai Gerak Kilat

Kalau jumpa toman yang naik ambil udara laju-laju dan turun pun laju-laju… toman macam ni susah sikit nak dapat strike. Pakai deep diving atau sinking pilihan terbaik. Pakai la sama ada yang panjang-panjang atau yang gemuk macam Rapala Risto Rap 7 atau 8. Toman jenis ni kena rajin pujuk. Kalau ada rezeki ada la dapat strike.

 

IKLAN

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

 

Perangai Santai-Santai

Toman ni berenang santai-santai je macam tak ada apa yang berlaku. Kita boleh nampak dia berenang kurang 1 meter bawah permukaan air. Yang ni best! Ini la pemancing panggil abang kawasan sebab boleh dikatakan kalau perangai dia macam ni biasanya dia la yang punya kawasan. Pakai la gewang shallow dan tuju gewang tu berenang depan muka dia.

 

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

IKLAN

 

Perangai Parental Control

Kalau jumpa mama dan papa toman bawak anak-anak, mana-mana gewang yang disebut kat atas tu boleh pakai. Baling arah anak dia. Dia fikir pemangsa nak kacau anak dia. Nanti dia bedal la gewang tu. Tapi kalau dah berpuluh kali baling dan dah tukar macam-macam gewang pun tak strike jugak… abaikan je la. Mungkin dia sakit mulut sebab semalam orang dah CNR.

 

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

 

IKLAN

Perangai Berkepit

Bila tiba musim mengawan… ini la time korang akan terlihat kelibat toman berenang berdua-duan atau kadang-kadang bertiga. Kita boleh tau sebab time naik ambil udara pun berdua. Kalau yang berenang berdua ni memang susah la nak dapat strike sebab tengah asyik bercinta. Takdenya dia nak layan gewang kita. Tapi kalau ada tiga ekor sekali naik ambil udara tu masih berpeluang tinggi untuk dapat strike.

 

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

 

Perangai Budak Nursery

Kalau jumpa kumpulan baby toman… pakai spoon atau minnow saiz 5cm paling sesuai. Senang cakap, tunngu baby toman ni naik ambil udara lepas tu cast gewang tu berenang melalui kumpulan baby toman. Ni saja main-main je tangkap lepas gian. Untung-untung mama dia masih ada jaga dan bedal gewang tu. Nak lebih best kalau ada badong yang tengah usyar baby toman tu dan hentam gewang korang.

 

Perangai Toman Yang Wajib Caster Kena Tahu

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI