Ruat pasir atau ada yang memanggil umpun-umpun atau perumpun pasir merupakan antara umpan yang agak popular diguna pakai oleh kaki pancing pantai mahupun muara. Walaupun saiznya lebih kecil berbanding umpun-umpun yang lain, namun faktor ketahanannya selain ia mudah dicari menjadikan ia sering menjadi pilihan kaki pancing.
Kami kongsikan sedikit sebanyak info mengenai ruat pasir buat pemancing yang menggemari aktiviti memancing di pantai atau muara.
Habitat:
Sesuai dengan namanya, ruat pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Khususnya kawasan berpasir dan bertanah lumpur.
Ads
Cara Mencari Ruat Pasir:
Terdapat pelbagai kaedah untuk mencari dan mendapatkan ruat pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan menggunakan skop atau cangkul sahaja. Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular. Bagi kaedah ini anda perlulah cekap menggunakan tangan.
Pada kebiasaannya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian ruat ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ads
Spesies sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, semilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari. Pernah juga pemancing berjaya menjinakkan siakap dengan ruat pasir ini.
Ads
Cara Menggunakan Ruat Pasir:
Umpun-umpun pasir dicangkuk padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau perambut apollo.
Lokasi sesuai:
Pantai berpasir, muara, tambak berbatu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Dapatkan info tentang masa air pasang dan surut dari pemilik rakit atau pemilik bot. Ada sesetengah tempat ikan galak makan ketika air pasang dan kurang galak ketika air surut terutamanya surut laju. Jadi kurang buang masa dan umpan jika kita mancing pada masa yang tepat.
Elakkan memancing ketika air bani kerana ketika itu ikan tidak berapa aktif manakala ikan pengacau seperti buntal dan kerong banyak berlegar legar di sekeliling tukun, reba atau karang menghabiskan umpan anda.
Oleh itu pilihlah air yang berarus tak kira air besar atau kecil namun seeloknya air menyorong kecil lebih afdal kerana arus pasang surutnya tidak laju amat sesuai untuk mengendap spesies ikan gred A.
Pastikan umpan terbaik di rakit atau lokasi anda mengebot tersebut. Contohnya ada sesetengah tempat umpan killernya udang kopek dan ada pula yang umpan killernya ruat bakau atau perumpun. Lebihkan umpan ruat bakau atau perumpun, udang kopek dan udang hidup.
Pelbagaikan penggunaan umpan ruat bakau atau perumpun. Kerana sekiranya udang kopek dan udang hidup tak habis boleh jugak dibuat lauk. Pelbagaikan penggunaan umpan. Kekadang ikan ni macam kita jugak.Ikot selera nak makan apa.
Rajin-rajinkan diri anda periksa umpan. Kekadang tu tunggu lama tak strike strike. Rupanya umpan dah habis sebab ikan kecil banyak menghabiskan umpan.
Gunakan mata kail yang sesuai dengan penggunaan umpan. Jika umpan ruat bakau, perumpun atau udang kopek anda boleh pilih mata kail yang bersaiz kecil seperti matakail Angler lengkung saiz 6, 8 & 10. Sekiranya berumpan udang hidup anda boleh gunakan mata kail jenama apa sahaja yang bersaiz 1/0 – 3/0 bergantung kepada saiz umpan asalkan tajam.
Belajar dengan otai-otai yang biasa mancing di rakit atau mengebot tentang penggunaan teknik perambut yang sesuai. Perambut yang kasar keberangkalian untuk menaikkan ikan kurang berbanding perambut halus. Biasanya perambut berkekuatan 20lb je tapi kalau nak lebih baik guna perambut dupont 10, 12 dan 15lb. Perambut dupont kurang berbelit atau berkerinting.
Sediakan apollo bersaiz 9/10/11. Amat berguna ketika ikan gelama rancak menjamah umpan. Guna apollo letak umpan udang kopek pada mata apolo tersebut dan longgarkan drag. Lepas tu biarkan seketika.Kalau bernasib baik drag berbunyi kompom ikan besar yang makan umpan. Kalau tak, berjuntai gelama lekat pada mata kail apollo.
Kalau kita kedekut, rezeki pun kedekut dengan kita. Jadilah insan pemurah. Rezeki masing masing dah ditentukan. Kemudian perbanyakkan sedekah. Tak kiralah sedekah apa terutamanya hasil pancing kita kepada orang yang lebih memerlukan. InsyaAllah rezeki kita sentiasa ada dan ditambah.
Jika anda ingin menguji kecekapan mengendalikan peralatan sederhana (aksi ringan dan sederhana) dengan kekuatan maksimun 15lb, cubalah memancing ikan berkuasa torpedo ini. Henjutan dan rembatan yang dibuat ke atas set pancing membuatkan otot-otot lengan kejang seketika menahan asakan ikan yang cukup padu.
Bertarung dengan spesies pelagik berlainan dengan bukan demersal kerana spesies pelagik mampu memberi tentangan di permukaan. Kadang-kadang ia turut melakukan aksi akrobatik ke udara.
Bertarung dengan ikan berbadan tegap dan sasa, anda perlu sabar melayan kehendak dan arah renangan ikan. Berikan sedikit tekanan dan henjut pada kekuatan satu pertiga daripada kekuatan tali yang digunakan.
Ikan tongkol cepat letih walaupun kuat pada permulaan dan biasanya kurang dari 10 minit ia mula mengikut arah tali masuk ke gelendung kekili. Masa itu anda tidak perlu gopoh memujuknya ke arah bot, layan dengan sabar sehingga ia benar-benar keletihan ke sisi bot.
Perambut sepanjang pangkal lengan (2-3 kaki) dengan kekuatan 30Ib hingga 50lb disyorkan. Jangan terlalu panjang perambut kerana ia menyukarkan anda membuat balingan kekawasan ikan bermain.
Tidak perlu dawai, tanduk, ladung maupun pemberat. Ikat mata kail bersaing 1/0, 2/0, 3/0, 4/0 hingga 5/0 samada jenis mata kail octopus (untuk umpan hidup) dan mata kail o’shounessey (umpan mati).
Umpan mengikut susunan bilis segar, anak tamban, selar, kembung, selayang dan tamban baru. Saiz ikan umpan itu jangan terlalu besar, paling baik 1 hingga 2 jari dewasa. Tidak kisah sama ada umpan hidup mahu pun mati dengan syarat ia segar.
Teknik Memancing Ketika Bot Bersauh
Cucukkan mata kail pada umpan anak ikan di bawah perut, atas lateral line, pangkal ekor atau mulut sekiranya menggunakan umpan hidup. Jika menggunakan umpan ikan segar, cangkukkan dalam mulut, mata dan dekat insang.
Jika menggunakan bilis, masukkan mata kail melalui mata bilis sama ada seekor atau berangkai. Bilis juga digunakan sebagai bahan ‘rasuah’ untuk mengundang kehadiran tongkol dekat dengan lokasi bot.
Labuhkan umpan mengikut arus tanpa pemberat. Biarkan ia hanyut ke arah unjam atau kawasan yang dikenal pasti adanya kumpulan tongkol sedang bermain.
Untuk hasil yang lebih efektif, umpan yang dilabuhkan (hanyut) hendaklah sesekali dihenjut perlahan untuk menarik perhatian mangsa.
Jika mampu membuat balingan (bait casting), pastikan lontaran tidak mencederakan ikan hidup yang digunakan.
Sentiasa memeriksa keadaan umpan jika anda memancing berdekatan dengan unjam (umpan sering dikacau sotong dan anak ikan).
Hanyutkan umpan pada kedalaman 10meter bawah permukaan hingga ke permukaan air. Lihat kesannya samada umpan dirembat di bawah permukaan atau di pertengahan air.
Teknik memancing ketika bot berhanyut
Teknik ini lebih mudah dan berkesan. Ia lebih produktif di mana hasil melebihi seekor setiap kali dinaikkan. Ia dipanggil menunda atau mengolok aya istilah Pantai Timur.
Mata apollo berangkai biasanya 20-100 mata dilabuhkan di belakang bot yang sedang bergerak merentasi kawasan yang dikenal pasti adanya tongkol.
Aya juga boleh dipancing dengan teknik moden iaitu mengilat dan jigging. Untuk mengetahui gewang atau jig yang sesuai bolehlah bertanya secara terus kepada tekong kerana tekong lebih mengetahui dan berpengalaman berbanding pemancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...