Gerut-gerut mempunyai bahagian sekata di muka atau pipi dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver), warna tompok-tompok hitam di atas garisan lintang dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.

 

Paling ketara tabiat gerut-gerut ialah mengeluarkan bunyi `grooot’ atau anda sendiri pernah mendengarnya apabila dinaikan.

 

Mengenal Identiti Kumpulan Ikan Gerut-Gerut

 

Saiz gerut-gerut yang mudah diperoleh sekitar 100 gram hingga 500 gram. Untuk memperoleh spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di air yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau persisiran pantai serta laut bebas. Saiz yang biasa dilihat untuk gerut-gerut di air dalam di antara 600gram hingga 3kg.

 

Gerut-gerut yang biasa diperoleh di kawasan muara dan air cetek sesuai menggunakan perumpun dan mata yang lebih kecil. Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.

 

Mengenal Identiti Kumpulan Ikan Gerut-Gerut

 

IKLAN

Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek sehingga kurang dari satu meter tetapi kebanyakannya adalah yang bersaiz kecil. gerut-gerut yang bersaiz besar 500 gram ke atas hanya boleh diperoleh di perairan yang lebih dalam dari 10 meter ke atas.

 

Gerut-gerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau. Pilihan utama gerut-gerut di kawasan kuala sungai ialah berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.

 

Mengenal Identiti Kumpulan Ikan Gerut-Gerut

 

Walaupun saiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dari pemancing dan mampu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya. gerut-gerut yang bersaiz 500gram ke atas sangat popular di Australia sebagai salah satu hidangan sumber protein mereka selain dari negara kita sendiri.

 

IKLAN

Keluarga: Haemulidae (Pomaadasyidae)

Nama global: White-finned Javelin-Fish, Head Grunter, Small spotted, Blotched, Saddle Grunter.

Nama Lain:  Kepala Batu, Gerut-gerut, Sebokok, Serkut, Ompak.

 

Mengenal Identiti Kumpulan Ikan Gerut-Gerut

 

Ciri Fizikal

IKLAN

Mempunyai bahagian kepala agak keras, ridip cembung diatas warna silver/putih dibahagian sirip dan badan. Badan berwarna silver dan tompok-tompok hitam kecil tapi sekata terutama di atas garis lintang.

 

Diet

Perumpun, udang, anak ikan, ketam kecil, sotong dan cabuk

 

Habitat

Persisiran pantai, pulau dan kuala sungai serta kawasan muara air masin.

 

Mengenal Identiti Kumpulan Ikan Gerut-Gerut

 

Taburan

Kebanyakan pantai semenanjung, Thai, Selatan Australia, Laut India dan Taiwan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI