Ikan ini lebih dikenali sebagai ruby snapper sahaja tanpa nama gelaran tempatan yang kukuh sehingga diguna pakai secara meluas. Ada juga di beberapa tempat menggelarnya dengan panggilan tertentu namun ia hanya diguna pakai di lokasi tersebut sahaja.
Sebaliknya nama umum begitu banyak seperti deepwater red snapper, deepwater snapper, jobfish, queen snapper, red snapper, ruby-colored snapper fish, snapper atau squirrelfish snapper. Sementara nama saintifiknya pula ialah Etelis carbunculus.
Ads
Ikan ruby snapper adalah salah satu ikan hidangan paling berharga di negara ini! Tekstur daging putih lembab dan lembut menjadikan ikan ruby bukan hanya salah satu ikan yang paling lazat di lautan kita tetapi juga salah satu yang paling berharga.
Ikan ruby snapper pada awalnya dikenali melalui hasil penangkapan ikan komersial menjadikannya banyak tersedia untuk umum. Ketika itu kebanyakan pemancing rekreasi tidak biasa dengan spesies ini kerana habitat airnya yang dalam. Walau bagaimana pun ia tidak kekal sedemikian berikut bantuan moden kekili elektrik!
Ads
Spesies marin benthopelagic ini hanya boleh ditemui pada kedalaman 90 – 400 m atau pada kebiasaannya 200 – 350 meter. Taburannya meliputi Indo-Pasifik, Afrika Timur ke Kepulauan Hawaii, utara ke selatan Jepun, selatan ke Australia. Dirakam di Three Kings Island, New Zealand.
Spesies Etelis carbunculus dikatakan mencapai usia matang apabila mencecah 61 cm. Ia mampu mencapai panjang maksimum sehingga 127 cm dan tempoh usia sehingga 32 tahun. Ikan yang memiliki warna merah ruby ini tentu saja boleh dikenali melalui warna merah tersebut. Manakala bahagian di bawah perut adalah putih.
Ikan ruby dewasa mendiami dasar berbatu. Diet utamanya terdiri daripada ikan, invertebrata yang lebih besar seperti krustasea, sotong dan ketam. Ia juga mengambil organisma planktonik, termasuk urochordates pelagic.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di Malaysia, spesies ini dinamakan ikan ketuka, pari ketuka atau tuka. Ketuka merupakan spesies terkecil dalam keluarga pari dan berikutan saiznya itu ia seringkali disalah anggap sebagai pari kecil atau pari juvana.
Spesies dengan nama umum mangrove whipray adalah spesies ikan pari dalam keluarga Dasyatidae. Taburan pari tuka boleh ditemui di Lautan Hindi dan Pasifik, dari India ke Kepulauan Melayu barat dan Selatan Jepun. Spesies ini paling biasa dijumpai di kawasan berpasir lebih kurang dari 100meter serta di muara sungai.
Saiz maksimum (lebar dari sirip ke sirip) sehingga 29 cm sahaja di mana sirip pektoralnya berbentuk seperti berlian atau cakera. Mempunyai bahagian kepala yang menirus panjang, mata kecil, dan ekor seperti cambuk dengan lipatan dorsal dan sirip ventral. Badannya berwarna kecoklatan pada bahagian atas dan putih di bahagian bawah.
Diet pemakanan utama ikan pari tuka terdiri terutamanya daripada krustasea kecil dan ikan. Ia juga merupakan spesies demersal atau mencari makanan di lantai laut. Ia membiak secara viviparous aplacental dengan spesies betinanya melahirkan 1-3 ekor anak.
Perkara ini dapat dilihat apabila pemancing mendaratkan ketuka betina yang sedang sarat mengandung dan bertindak melahirkan anak dalam usaha terakhir menyelamatkan anak-anaknya. Sebagai pemancing yang beretika, sebaiknya kita melepaskan kembali ketuka dan anak-anaknya ke habitat asalnya.
Dari aspek pancingan sukan, ikan pari tuka tidak disenaraikan sebagai ikan sasaran utama dan sering didaratkan tanpa disengajakan. Walau bagaimana pun ikan pari tuka jarang dilepaskan kembali, tidak sebagaimana ikan duri atau belukang kerana faktor kelazatan isinya.
Sebagaimana ikan pari yang lain, pengendalian pari tuka perlulah dilakukan dengan berhati-hati kerana ia memiliki sengat berduri yang bukan saja lebih halus dan tajam, bahkan bisa sengatnya juga dikatakan lebih kuat berbanding keluarga pari yang lain.
Ikan gegerut atau gerut-gerut dengan nama umum javelin grunter atau javelin grunt merupakan anggota dalam famili besar Haemulidae. Sementara Haemulidae pula terbahagi kepada dua sub famili, Haemulidae dan Plectorhinchus (sweetlips).
Spesies dari genus Pomadasys dengan nama saintifik Pomadasys kaakan ini mendapat nama jolokan ‘grunts’ berikutan kemampuan mereka menghasilkan atau mengeluarkan bunyi yang kuat dengan melaga atau menggesel gigi pharyngeal mereka.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulidae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing,profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu.
Tiada tulang belakang antrorse sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam moncong, ditindih dengan kuning.
Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja.
Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dengan pantai keruh dengan berpasir pada kedalaman hingga 75 meter. Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah.
Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species – Pomadasys (Lacépède, 1802)
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Semilang karang dengan nama umumnya striped catfish dan nama alternatif lainnya seperti catfish eel, eel-tailed catfish, lined catfish, striped catfish eel dan striped eel catfish. Manakala nama tempatan pula seperti semilang karang, semilang karong, usat-usat, rusat, dan lain-lain lagi berdasarkan dialek tempatan.
Sebagaimana ikan semilang, semilang karang turut memiliki sirip kaudal atau sirip ekor yang sama sebagaimana ikan belut. Oleh yang demikian semilang karang turut digolongkan dalam keluarga belut berduri atau bermisai. semilang karang boleh dikenali dengan jelas berdasarkan corak jalur pada badannya.
Semilang karang berwarna coklat atau kelabu gelap pada keseluruhan badan dengan tiga jalur melintang berwarna putih. Jalur pertama bermula dari bahagian hidung melintasi atas mata ke arah bahagian atas ekor. Jalur kedua juga bermula dari hidung tetapi melintasi bawah mata dan berakhir pada pangkal bawah sirip ekor. Jalur ketiga pula lebih pendek, ia bermula dari bahagian atas hidung dan berakhir sebelum sirip ekor.
Semilang karang mempunyai taburan yang agak meluas dan boleh ditemui di Lautan India dan Laut China Selatan, ke arah timur hingga ke Samoa, ke arah selatan hingga ke Australia dan ke arah utara hingga ke Jepun.
Semilang karang lebih gemar mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah. Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu. semilang karang hanya bersaiz sekitar 20-35 cm panjang.
Seperkara lagi yang menarik tentang ikan ini adalah isinya yang sangat sedap dan lembut. Mungkin antara yang terlembut berbanding ikan-ikan lain. Nisbah isinya juga tinggi sebagai mana catfish yang lain.
Sebagaimana ikan semilang, ikan semilang karang turut terkenal kerana duri atau spinanya yang berbisa. Oleh yang demikian, jangan terlalu ghairah untuk menanggalkannya dari cangkukkan mata kail apatah lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia memancing. Anda mungkin berhadapan dengan bahaya besar apabila semilang dapat melibaskan kepala dan membenamkan sengatnya ke tangan anda.
Bisanya cukup untuk membuatkan anda ingin pulang terus ke rumah dan melupakan keseronokan memancingnya. Bukan setakat itu, bisanya juga boleh kekal sehingga beberapa hari dan agak lambat untuk sembuh. Bagi mereka yang alah terhadap bisanya, mungkin mereka akan turut mengalami demam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...