Ikan gelama papan (soldier croaker) atau nama saintifiknya Nibea soldado merupakan ikan air masin Badan ikan gelama papan relatif dalam; tengkuk yang sangat melengkung; muncung tidak bengkak atau menonjol.
Tidak ada barbel di dagu; sisik di kepala cycloid yang ada di badan ctenoid; sisik kecil menutupi bahagian sirip dorsal dan sirip anal; pundi renang berbentuk lobak merah dengan 18 hingga 22 pasang pelengkap arborescent di sepanjang sisinya dan pasangan pertama memasuki kepala melampaui septum transversal.
Tubuhnya berwarna keperakan dengan serangkaian garis lintang yang samar di sepanjang barisan sisik dan bahagian sirip dorsal gelap dan lembut. Gelama papan boleh ditemyi di perairan pantai cetek dan kedalaman maksimum sekitar 60 meter.
Ads
Nibea soldado, umumnya dikenal sebagai soldier croaker adalah spesies ikan asli India Utara dan Samudra Pasifik barat, dan ditemukan di muara Asia selatan dan tenggara, Indochina, dan Australia utara.
Ikan gelama, ibu gelama dan senangin Taiwan adalah anggota keluarga Sciaenidae. Mereka tersebar di lautan Atlantik, India, dan Pasifik. Mereka dapat dikenali dengan memiliki sirip punggung yang panjang dengan lekukan yang dalam antara bahagian yang keras dan yang lembut, tetapi bagian tersebut jarang terpisah.
Ads
Juga, garis rusuk mereka berlanjut hingga ke ujung sirip ekor. Namun, identifikasi spesies yang tepat dari keluarga ini tidak mungkin dilakukan tanpa pemeriksaan pundi renang dan otoliths yang memerlukan pemotongan dan ujikaji kompleks pada ikan.
Ads
Keluarga croaker umumnya menghuni perairan pantai di landas kontinen, tetapi juga terjadi di muara dan sungai, terutama di musim membiak dan ketika larva dan jevenil. Sebagian besar dari mereka ditemukan di dasar berlumpur atau berpasir.
Beberapa kumpulan turut ditemui di beting besar dan merupakan objek perikanan yang cukup besar. Mereka adalah spesies karnivor yang hidup di bahagian bawah, memakan krustasea kecil, ikan, dan organisme bentik. Ikan gelama papan mampu membesar panjang sehingga 60cm namun spesimen terbesar yang ditemui sekitar 40cm sahaja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tergolong dalam keluarga cacing atau worm, umpun-umpun turut memiliki pelbagai spesies dan nama yang kebanyakannya membabitkan habitatnya.
Umpun-umpun atau ada yang memanggilnya perumpun atau ruat merupakan umpan yang sangat mujarab khususnya untuk pancingan di muara atau air payau.
Umpun Nipah
Tidak kiralah sungai mahupun laut, umpun nipah sering menjadi pilihan kaki pancing.
Umpun nipah dikatakan boleh bertahan begitu lama terutama jika pemancing menyimpannya di tempat yang sesuai.
Suatu teknik yang mudah untuk memastikan umpun jenis ini tahan lebih lama ialah dengan menggunakan bahagian dari ekor terlebih dahulu dan akhirnya barulah menggunakan bahagian kepala.
Umpun Sarung/Sarang
Umpun sarung merupakan sejenis umpan yang paling popular untuk sukan memancing. Umpun sarung biasanya mendiami kawasan berpaya bakau dan berlumpur.
Umpan ini begitu unik sekali kerana ianya tidak seperti umpun-umpun yang lain, di mana ia bersembunyi di dalam sarangnya yang berwarna hitam.
Umpun Pasir
Umpun pasir atau beach worm yang mana habitatnya 100% hidup di pasir. Ia berwarna putih pink pada bahagian kepala dan sedikit bulat dari kepala sampai ekor.
Badan sampai ekor mudah putus dan bersifat rapuh. Berdarah putih kekuningan dan tiada gigi kacip.
Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar. Untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.
Biasanya, belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Spesies target yang sering terpedaya dengan umpan pasir ini ialah bebolos, gelama dan daun baru.
Umpun beting atau merah kelihatan agak sama dengan umpun ruat. Namun, saiznya lebih kecil dan badannya lebih anjal daripada umpun ruat. Umpun jenis ini begitu mudah di cari terutama di kawasan yang berbeting pasir.
Hanya perlu menunggu air surut sepenuhnya, dan cari mata atau tompok berwarna biru kehitaman di beting tersebut dan galilah di kawasan itu.
Umpun Jangkau / Jengkau
Ia biasanya berwarna kuning kemerahan dan ada yang kuning kehitaman dan mempunyai kaki yang banyak. Seperti umpun beting, ia menjadikan kawasan berbeting pasir sebagai habitat semulajadinya.
Biasanya untuk mencari umpun ini, perlulah menggunakan mata tiga dan gali di sekitar beting pasir. Namun jangan terkejut, spesies umpun jangkau ini begitu digemari oleh pelbagai spesies ikan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tidak banyak yang diketahui tentang spesies ini. Begahak (Belodontichthys dinema) mempunyai bentuk badan yang unik seperti tapah dan lais. Ia terkenal sebagai hidangan bagi kaum Cina dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Taburan lokasi spesies ini sering dikaitkan dengan di sepanjang Sungai Pahang di semenanjung selain di Sabah dan Sarawak serta Borneo. Tidak ada maklumat konsisten mengatakan wujudnya begahak di sungai-sungai lain di semenanjung.
Ia mendiami habitat sungai yang sederhana luas dan luas serta tinggal di kawasan yang berkedalaman tinggi serta pertengahan. Ia diketahui gemar memakan ikan-ikan kecil di permukaan sebagai diet utama.
TAPAH
Nama saintifik: Wallago attu
Nama umum: Giant River Catfish, Wallgo, Lanchi
Nama tempatan: Tapah
Tapah merupakan antara spesies ikan air tawar gergasi. Ikan ini hidup di kawasan dasar sungai besar serta berlumpur. Spesies tapah juga terkenal dengan sifat pelahapnya dengan memakan ikan yang lebih kecil, krustesia dan moluska sebagai diet utama.
Ini menyebabkan ia mampu membesar mencecah sehingga 8 kaki panjang. Terdapat juga mitos yang terkenal ialah spesies ini mampu menyambar monyet atau kera yang bergayut dari permukaan air.
Selain itu, bandar Tapah di Perak juga mengambil nama sempena spesies ganas ini memandangkan ia sering muncul di kawasan sungai-sungai di Perak.
BELIDA
Nama saintifik: Notopterus notopterus, Chitala chitala
Nama umum: Feather back, Knifefishes
Nama tempatan: Belida, Belido, Lopis
Walaupun dalam genus atau genera berbeza, belida sungai (Notopterus notopterus) dan belida bintik (Chitala chitala) masih tergolong dalam keluarga yang sama iaitu Notopteridae.
Spesies ini amat cantik dan bentuk badannya pula amat unik. Badannya pipih dengan saiz kepala yang kecil dan ekornya melengkung ke atas menghasilkan bentuk seakan sabit atau pisau. Habitat belida biasanya di sungai-sungai besar, tasik serta lombong.
Belida bersaiz kecil juga hidup di paya dan tali air yang bersambung dengan sungai. Antara lokasi taburan spesies belida ialah di kawasan Chenderoh, Bersia, Kenering, Sungai Kelantan, Tasik Kenyir dan banyak lagi.
Spesies belida bersifat nokturnal dan aktif pada waktu malam. Ia bersifat pemangsa dengan diet utamanya udang dan ikan kecil. Belida lebih dikenali sebagai game-fish bagi pemancing kerana kekuatannya, namun begitu ia mempunyai potensi baik dalam sektor ikan hiasan.
Gerepoh? Ikan apa tu? Gerepoh merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae. Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally.
Gerepoh merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang. Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, gerepoh menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set heavy sekalipun.
Sesetengah pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, gerepoh akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang. Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
Secara morfologi luaran ikan gerepoh, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap. Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam. Sesetengah gerepoh juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan. Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral. Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan gerepoh tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulau-pulau timur Afrika dan di utara Jepun.
Gerepoh juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang. Juvenil pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun. Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
Spesies dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya. Kawasan cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, gerepoh bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak. Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
Gerepoh merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, gerepoh umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, gerepoh mampu mencapai berat 200 lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian. Apabila dewasa, biasanya gerepoh akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
Ketika memburu, gerepoh menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya. Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya. Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama gerepoh ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, gerepoh mampu bertukar lebih bengis dan licik. Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut gerepoh.
Selain itu, kelicikan gerepoh juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. Gerepoh bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...