Ikan terkecil ini sebenarnya bercampur aduk dengan ribuan larva ikan yang dikutip oleh para saintis muzium tersebut. Kewujudannya tidak disedari kerana ia tidak berpigmen dan mempunyai sedikit sirip yang lengkap. Itulah sebabnya ia kelihatan seperti larva ikan biasa.
Yang membezakan ia dari larva ikan lain cuma satu, ia mencapai kematangan seks semasa masih dalam dalam peringkat awal pembentukan. Oleh sebab itulah ia tidak membesar untuk menghasilkan telur atau sperma (agaknya sebab itu ia dipanggil ikan infantfish – ikan bayi).
Semasa membuat penyisihan rutin ke atas larva ikan yang dikutip dari lagun Pulau Lizard di Terumbu Penghalang Besar Tom Trinski (penyelidik muzium Australia) terperasan ada telur-telur di sebalik dinding badan seekor larva yang jernih.
Ads
Penemuan penting itu kemudiannya tersiar dalam akhbar, menyebabkan media antarabangsa menyerbu muzium tersebut.
Ads
Strategi pembiakan infantfish adalah pelik kerana haiwan juvenil ini mampu membentuk ciri-ciri dewasa. Ia dikenali sebagai paedomorfik atau neotenous yang juga adakalanya terdapat pada haiwan lain. Contoh terbaik ialah ikan berjalan Mexico atau Axolotl.
Oleh kerana ia terlalu kecil dan cepat matang, patut ditanya berapa lamakah ikan sekecil ini boleh hidup? Biarpun ikan ini belum diketahui umurnya, namun saudara terapatnya yang tinggal di Jepun didapati mencapai kematangan dalam masa 23 hingga 60 hari.
Ads
Dalam satu kajian terhadap satu lagi ikan tropika terkecil iaitu ikan goby karang kerdil (yang hanya membesar kepada 2cm), dianggarkan (mengikut kiraan lingkaran tumbesaran harian pada tulang telinganya) spesies ini mungkin berjangka hayat hanya 59 hari.
Walaupun angka ini perlu disahkan, namun besar kemungkinan ikan kecil seperti infantfish hidup sekejap dan mati cepat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Berdasarkan pengalaman para pemancing yang pernah memancing di sini, berikut merupakan senarai umpan dan spesies ikan yang telah didaratkan.
Udang hidup merupakan umpan nombor satu jika anda berhajat untuk menaikkan spesies sasaran utama di sini iaitu pari, siakap, senangin, kerapu, tetanda, atau siakap merah. Malah banyak lagi ikan gred A akan melahap umpan udang hidup.
Tiada pembaziran umpan di sini. Udang hidup yang telah mati tetapi masih segar dan dikopek kulitnya boleh digunakan untuk memancing ikan daun baru, duri, gelama, sembilang, atau ketuka. Jika bernasib baik, siakap merah atau siakap juga mengambil umpan udang kopek.
Sama ada digunakan ketika masih hidup atau dijadikan hirisan, umpan ikan tamban berpeluang untuk mendaratkan ikan seperti pari, duri, kerapu, senangin atau kurau.
Sebagai mana hirisan sotong, hirisan ikan selayang juga berpeluang mendaratkan ikan berkualiti seperti sembilang, kerapu, atau duri sekiranya ia tidak banyak digetu dan dihabiskan oleh ikan-ikan kecil.
Boleh dikatakan pelbagai spesies akan membaham umpan hirisan sotong terutamanya yang masih segar. Jika bernasib baik anda akan menaikkan kerapu, pari, atau tetanda.
Sekiranya anda memperoleh anak ikan gelama sebesar ibu jari, jadikan ia sebagai umpan hidup dan tagan. Anak gelama ini biasanya digemari oleh pari, senangin, kurau atau malong.
Umpun-umpun merupakan umpan wajib hampir setiap rumah rakit. Walaupun ia sinonim sebagai umpan gelama, namun kadangkala ikan berkualiti seperti tebal pipi, tetanda, sembilang malah siakap turut membaham umpan ini.
Udang lipan atau udang mentadak (mantis) adalah kumpulan stomatopod, adalah jenis krustasea air masin dari Order Stomatopoda. Terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia.
Dalam masyarakat Assyrians kuno ia digelar ‘belalang laut’, di Australia ia digelar ‘udang pembunuh’ dan juga‘pemotong ibu jari’ kerana keupayaan haiwan ini untuk menimbulkan kesakitan luar biasa jika tidak ditangani dengan baik ketika memegangnya.
Ia mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa. Dan di Malaysia ia lebih dikenali sebagai udang lipan walaupun rupanya lebih mirip kepada mentadak (mantis).
Udang lipan biasanya membesar sekitar 10 cm. Namun sesetengah spesimen boleh mencapai sehingga 38cm. Udang lipan terbesar yang pernah ditangkap mempunyai panjang 46 cm dan ia ditangkap di Indian River, Fort Pierce, Florida, di Amerika Syarikat.
Kerapas (carapace) udang (kulit tebal, kulit tebal yang merangkumi krustasea dan beberapa spesies lain) merangkumi hanya bahagian belakang kepala dan empat segmen pertama thorax.
Udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika. Walau bagaimanapun, mereka kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang.
Udang lipan yang kami ingin ketengahkan di sini ialah dari jenis udang lipan yang biasa digunakan oleh pemancing sebagai umpan yang kerap digunakan untuk memancing ikan dasar bersisik di laut seperti jenahak dan kerapu.
Keunikan lain dari udang ini mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar. Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya.
Udang lipan termasuk salah satu hewan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya. Dan jenis udang lipan yang menjadi pilihan kami ini membawa nama umum silver mantis shrimp atau squilla mantis.
Akhir-akhir ini ikan pari air tawar popular dijadikan sebagai ikan penghias akuarium kerana memiliki warna yang cantik.
Banyak jenis ikan pari air tawar yang tersebar di sepenjuru dunia, tetapi hanya beberapa jenis saja yang boleh dijadikan ikan hiasan.
Berikutan pertumbuhannya yang perlahan maka ia amat cocok dibela dalam akuarium. Berikut merupakan jenis-jenis ikan pari air tawar yang diminati ramai serta memiliki harga yang tinggi.
Pure Black Diamond Stingray
Jenis ikan pari air tawar ini adalah ikan pari hiasan dengan harga termahal di dunia. Ikan ini berasa dari Sungai Xingu, Brazil. Ciri khas dari ikan pari ini adalah memiliki warna dasar
hitam pekat dan lingkaran putih bersih yang menyelimuti kulit bahagian atas tubuhnya, ini alasannya ikan pari tersebut juga sering dinamakan polkadot stingray.
Ikan ini mendiami dasar sungai dan sesekali muncul ke permukaan air untuk mencari makan. Makanan ikan ini adalah ikan-ikan kecil, udang, ketam dan kerang.
Ikan ini memiliki harga mahal kerana sangat rare dan susah untuk diternak.
Jenis ikan pari air tawar ini memiliki corak warna yang hampir sama dengan polkadot stingray.
Ikan pari Leo X Motorola Stingray sama-sama berasal dari Brazil, tetapi terdapat perbezaan pada warna dasarnya.
Ikan Leo X Motorola Stingray memilki warna dasar coklat muda dengan bintik lingkaran berwarna kuning yang terlihat lebih besar di bahagian tengah badan, sementara bahagian tepi ikan pari memiliki pola lingkaran kuning kecil dan rapat.
Flower Stingray
Ikan pari ini berasal dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, dan Brazil.
Seperti namanya, ikan Flower Stingray memiliki corak warna kulit menyerupai bunga kembang.
Keunikan lainnya terdapat pada ukuran ekor ikan pari yang biasanya panjang tetapi jenis ikan pari air tawar ini hanya memiliki ekor setengah dari panjang tubuhnya.
Tiger Stingray
Ikan pari ini dinamakan tiger stingray kerana memilki corak warna menyerupai kulit harimau bintang.
Panjang maksimum ikan ini 1meter dan hanya ditemui di negara Venezuela, Amerika Selatan.
Selain memiliki corak warna yang cantik, ikan pari harimau air tawar ini lebih lincah dan agresif dalam pergerakan dibandingkan jenis pari lain pada umumnya.
Parnaiba River Stingray
Memang negeri Amerika Selatan merupakan gudang dari sebahagian besar jenis ikan pari hiasan air tawar di dunia.
Ikan ini dinamakan Parnaiba River Stingray kerana hanya boleh ditemui di Sungai Parnaiba, Brazil. Keunikan ikan ini terdapat pada warna dasar coklat dengan pola lingkaran berukuruan kecil yang memenuhi tubuhnya.
Selain itu ekor ikan pari ini sangat panjang melebihi ukuran tubuhnya.
Smooth Back River Stingray
Ia dinamakan seperti itu kerana ikan pari ini memiliki kulit atas belakang yang mulus dan hampir menyerupai jenis ikan flower stingray. Bezanya terdapat pada pola corak warnanya.
Pola warna ikan pari ini lebih mirip belakang sekor kura-kura kerana memiliki pola yang kurang beraturan sehingga membuatnya lebih unik dan memiliki kesan tersendiri di mata para penggemar ikan pari air tawar hiasan.
Bigtooth River Stingray
Sebenarnya ikan pari air tawar ini memiliki pola yang hampir sama dengan polkadot stingray. Bezanya terdapat pada warna dasar dan bintik lingkaran berwana kuning keputihan.
Namanya berasal dari corak warna kulit yang menyerupai bentuk gigi putih kekuningan besar. Ikan ini juga berasal dari Amerika Selatan, Brazil. Makanan bigtooth river stingray adalah ikan, udang, dan ketam.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...