Kebiasaannya, ikan lampam mempunyai warna badan keperakan (silvery) atau agak kuning keemasannya bergantung kepada persekitaran habitatnya.

Spesies lampam sungai dapat dibezakan dengan spesies lain daripada genus yang sama melalui warna pada siripnya.

 

Bagi seekor lampam sungai, sirip dorsalnya berwarna merah namun terdapat kehadiran warna hitam pada hujung sirip tersebut.

Sirip pektoral, pelvik, kaudal dan sirip analnya pula berwarna merah namun terdapat kehadiran garisan margin hitam pada sirip kaudalnya.

Pada bahagian antara sirip dorsal dan garisan lateral pula, terdapat sejumlah 8 baris susunan sisik antara kedua-dua tempat tersebut.

 

Mengenal Fisiologi Ikan Tinfoil barb!!

IKLAN

 

Spesies lampam sungai mampu membesar sehingga panjang 35 cm menurut rekod. Namun bagi kaki pancing, saiz yang biasa didaratkan ialah sekitar 15 cm hingga 20 cm panjang. Lampam yang bersaiz 20 cm panjang sudah memadai bagi seorang kaki pancing untuk mendapatkan kepuasan memancing tinfoil barb ini.

 

Secara biologi, spesies lampam merupakan spesies ikan benthopelagik dan hidup dalam persekitaran yang mempunyai pH antara 6.5 hingga 7.

Spesies ini biasanya gemar bergerak secara berkumpulan di kawasan pertengahan sungai hingga ke kawasan dasar.

Lampam juga boleh ditemui di habitat sungai mengalir yang bersaiz sederhana hingga ke sungai yang besar.

IKLAN

 

Kadangkala terdapat lampam boleh ditemui di kawasan limpahan sungai terutama selepas musim banjir.

Selain itu, kajian yang mengambil spesimen di Timur Kalimantan menunjukkan spesies lampam hidup dalam persekitaran yang mempunyai suhu lingkungan 20.4°C hingga 33.7°C.

 

Jika menghakimi daripada bentuk luaran, pastinya tidak dijangka bahawa spesies lampam merupakan spesies ikan yang pelahap.

Sekumpulan lampam akan memakan makanan yang berada di depan mata sehingga habis.

IKLAN

Bergerak secara berkumpulan, biasanya spesies ini dikategorikan sebagai herbivor dengan diet utamanya tertumpu kepada makrofit akuatik dan juga tumbuhan separa tenggelam termasuk alga.

 

Begitu pun, kerakusan diet pemakanan spesies ini terbukti apabila turut sama menjadikan serangga kecil di permukaan air sebagai makanannya.

Malahan, dalam pancingan juga terbukti ikan ini bukan herbivor semata-mata kerana umpan cacing dan cengkerik juga mampu menaikkan spesies lampam.

 

Mengenal Fisiologi Ikan Tinfoil barb!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI