Suatu ketika dahulu, nama bandar nelayan Ranong, Thailand mungkin agak asing bagi pemancing di negara kita. Tetapi sekarang tidak lagi. Semua pemancing pasti memasang impian untuk ke sana kerana di situlah terdapatnya bot-bot mewah yang akan membawa pemancing ke Burma Bank, International Water dan juga Kepulauan Nicobar di Lautan Hindi.

 

Stok spesies gergasinya yang masih banyak telah membuatkan pemancing dari luar negara terutama Eropah dan juga Asia seperti Australia, Jepun, Taiwan dan Singapura kerap kali bertandang ke sini semata-mata untuk menduga kekuatan monster yang berlegar-legar di antara Laut Andaman dan Lautan Hindi ini.

 

Bagi rakan-rakan pemancing saya di Thailand turut tidak melepaskan peluang meninjau lubuk-lubuk terbilang di Permatang Burma yang sudah pasti memberikan kepuasan yang maksimum kepada setiap peserta.

 

Memburu Monster Burma Banks (Bab 1)

 

Sebenarnya, ikan-ikan dari Ranong sebahagian besarnya dieksport untuk pasaran di Malaysia. Jetinya sepanjang dua kilometer menceritakan segala-galanya. Jelas kelihatan bot-bot besar yang berlabuh untuk memunggah hasil tangkapan yang bernilai jutaan ringgit itu.

 

Untuk ke Burma Bank, biasanya team saya serta pemancing lain akan bertolak sehari lebih awal dengan tujuan untuk mendapatkan rehat yang cukup. Di samping itu dapatlah melancong dan membeli-belah ala kadar di sepanjang perjalanan ke destinasi. Memang seronok dapat melihat keindahan tempat orang dan keramahan penduduknya.

 

IKLAN

Dalam perjalanan, dapatlah singgah melepaskan penat di bandar-bandar seperti Hatyai dan Surat Thani. Perjalanan sejauh hampir 600 km dari sempadan Bukit Kayu Hitam seperti tidak terasa penatnya apabila berjaya menjejakkan kaki di bumi Ranong.

 

Sampai sahaja di sana, pasti seronok disambut mesra orang-orang Thai yang peramah. Terdapat banyak hotel untuk kita menginap bagi menghilangkan keletihan memandu antaranya Tinidee @ Ranong Hotel dan Ranong Garden Hotel di samping chalet-chalet tepian pantai yang menarik.

 

Disebabkan keletihan, masing-masing lebih suka berehat di bilik masing-masing. Maklum sajalah dah jumpa tilam empuk ibarat orang mengantuk disorongkan bantal! Sebenarnya kami tak kisah sangat tidur kat mana-mana pun asalkan mendapat rehat yang cukup. Namun ada juga yang keluar meronda di sekitar bandar menjamu selera dan menjamu mata.

 

Keesokan harinya, setelah sarapan di hotel, kami bertolak ke jeti yang menempatkan bot Polaris One yang luas dan selesa tambahan pula dengan aircond 24 jam. Terdapat 14 katil bertilam yang sungguh selesa, tak perlu berebut tempat tidur lagi. Chef profesional yang ditugaskan juga memang terkenal dengan masakannya yang lazat. Terasa macam percutian dalam cruise pulak bila dilayan macam ’anak raja’.

 

Memburu Monster Burma Banks (Bab 1)

IKLAN

 

Krew-krew yang boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris memudahkan lagi kami berinteraksi. Sebelum melintasi perairan Burma Bank kami perlu singgah di bandar Kawthaung, Myanmar untuk urusan pasport dan permit memancing. Setiap pemancing dikenakan USD120.00 untuk bayaran permit memancing di Burma Bank. Setelah semua urusan selesai, seorang pegawai keselamatan atau pegawai pelancongan akan turut serta dalam ekspedisi ini untuk membuat pemantauan dan keselamatan.

 

Memburu Monster Burma Banks (Bab 1)

 

Dalam perjalanan, kami menempuh beberapa buah pulau yang kebanyakan pulau tidak berpenghuni dan masih terpelihara dengan baik. Alam semula jadinya masih natural dan belum terusik dek pembangunan. Sudah pasti terumbu karang di bawahnya masih indah dan menawan untuk kaki skuba.

 

Setelah mengharungi perjalanan hampir 12 jam, kami sampai di lubuk pertama. Cuaca cantik, laut pun tenang namun spesies mega masih belum kelihatan. Target utama ialah spesies tuna seperti dogtooth tuna, yellow fin tuna dan skipjack tuna.

IKLAN

 

Acara bottom pula adalah acara sampingan sahaja. Cuma yellow fin tuna bersaiz sederhana saja yang galak membedal jig-jig comel. Apa yang penting layan saja apa rezeki yang datang. Tuna bersaiz kecil disimpan rapi untuk dibuat umpan kertang hitam dan ruby snapper.

 

Memburu Monster Burma Banks (Bab 1)

 

Selain itu untuk dibuat hidangan mewah shashimi berwasabi, fuh…memang terangkat! Jig paling berat yang dikendong seberat 350 gram. Ada juga yang bersedia dengan jig-jig heavy seberat 500 – 600 gram. Namun begitu jangan lupa jig-jig comel 80 hingga 100 gram untuk jigging hanyut pada malam hari.

 

Dalam trip-trip yang lalu memang berkesan untuk tuna-tuna lingkungan 4 – 5 kg menyambarnya. Selain tuna terdapat juga gerepoh dan ikan yu. Jig paling popular di sini seperti Jigging Master, Shimano Butterfly dan Williamson Jig.

 

Saya lebih gemar mengguna jig-jig harga patut saja yang tidak kurang hebatnya seperti Runaway dan White Rabbit selain jig-jig yang disponsor. Bagi pemancing Thailand, mereka lebih gemar menggunakan Rider Jig Siam Jig kerana telah terbukti ‘ong’nya.

(Oleh: Shamwen Hashim)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI