“Pernah sekali ikut pak cik saya pergi memancing kat lombong. Sebelum dia baling umpan dia tepuk air tiga kali sambil baca apa pun saya tak tau. Tiba-tiba dalam berapa minit pancing dia lentur habis sampai dia punya stand pun masuk lombong sekali. Kesian betul… nasib baik bawak pancing spare tapi kali ni dia dah tak buat dah benda tu sebab serik katanya.”

BADRUL CLOSE  

 

“Mudah saja petuanya… pertama, jangan langkah pancing atau joran nanti tak dapat ikan. Dan keduanya jangan bising nanti ikan dengar. Itu la yang selalu saya dengar sejak dari zaman kecil dulu.”

MUHAMMAD IKHWAN MUHAMMAD SALIM

 

“Mentera ni dah terbukti berjaya dan ramai pengikutnya. Senang je menteranya. ‘Bot… bot… bot… perambot jangan serabot… aku campak engkau sambot… makan umpanku lekat di mulot.. aku tarik engkau ikot… Kalo nunggu sejam aku melangot.. lebih baik aku yang mengangkot…’ Hahaha… try la.”

KELUMPANG SALJI

 

“Kalau aku, tak pakai apa-apa jampi. Cuma guna petua je. Petua dia lepas baling umpan letak pancing… lepas tu buat tak tahu je. Tapi sesekali tengok juga hujung pancing kot-kot melentur sudah.”

MOHD NAZRIN

 

“Kalau time nak start memancing tu takde apa-apa mentera. Tapi kalau time tersangkut tu adalah… member saya ada ajar jampi supaya jadi senang nak tarik. Confirm menjadi punya… ‘Gagah Ali, gagah Musa… tarik tali, dok berasa.’ Kalau tak jadi jugak, korang potong je la tali.”

AL SHAUFIK

 

“Tak tau la ni jampi atau apa. Senang je… petua nak pancing dapat ikan jangan meludah ke sungai atau kolam. Tapi kalau nak muntah, jangan muntah dalam bot pulak.”

RAYMOND GANYA

 

Memancing Pakai Bomoh… Masih Wujud Ke??

 

“Baca mantera ni… ‘umpan buruk umpan baru, tauk lubuk sambar selalu, umpan baru umpan lama, tauk lubuk tunggu tak lama.’  Kalau tak faham makna pun tak apa, janji berani cuba dan yakin.”

EJAM ABDULLAH

 

“Saya ada satu jampi, macam ni bunyinya… ‘hai ikan si raja ikan, si bapak ikan, si anak ikan. Datang la dekat kepada aku. Ulur-ulur siambut-ambut, aku menghulur kau menyambut. Ulur-ulur siarik-arik, aku menghulur kau menarik. Berkat doa Lailahaillallah…’ Kira macam doa jugaklah ni.”

MARBAWI BIN AJID

 

“Cara saya mudah saja. Sampai mana-mana tempat memancing jangan lupa bagi salam dahulu… Insyaallah.  Tapi kalau ada yang menjawab tapi takde orang kat tempat tu, sendiri mau ingatlah ya.”

TETAMU SENJA

 

Memancing Pakai Bomoh… Masih Wujud Ke??

 

“Aku pun tak tau apa makna jampi ni, tapi aku buat je. ‘Kismanis kumala intan kumalasari kumala tawan, wahai ikan makanlah umpan biar ratah sampai ke insang, terlekat di perut untuk ku bawak pulang.’ Macam tu lah jampi mentera dia.”

KAZUYA TAI MAN

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI