Morfologi

 

Warna asas pari tanjung dari atas badannya kecoklatan. Manakala bahagian bawah adalah putih cerah sebagai landasan untuk melepak di dasar berpasir dan berlumpur keras. Badannya nipis mendatar dan isinya pula tidak menebal.

 

Ia adalah sejenis ikan pari kecil yang nipis dan bijak menyamar di dasar air. Kedudukan mulutnya adalah kira-kira ¼ dari panjang badang bermula dari muncungnya. Bibir mulut kasar seperti gigi tumpul memenuhi serata bibir.

 

Ciri-ciri utama yang jelas membezakan ia dengan pari kecil yang lain ialah kedudukan muncungnya memanjang sedikit bak seperti tanjung di sebuah pinggiran.

 

Mengenal Identiti Spesies Pari Tanjung

 

Ekornya kecil memanjang dengan 1 sengat berkedudukan separuh dari panjang ekor tersebut manakala tetuka pula memiliki 2 sengat di ekornya.

IKLAN

 

Duri tajam atau sengat pari tanjung halus meruncing. Sengat ini dikhuatiri mudah patah dan tertinggal di badan mangsa.

 

Dari hampir 30 lebih spesies pari yang dikenal pasti, pari tanjung merupakan salah satu yang terkecil dalam keluarganya. Saiz purata yang saya pancing ialah 1kg dan terbesar pernah dipancing di Pelabuhan Kelang ialah 4kg. Mengikut catatan ikan pari ini boleh membesar sehingga 60cm.

 

Mengenal Identiti Spesies Pari Tanjung

 

IKLAN

Habitat dan Tabiat

 

Pari tanjung boleh dikatakan sering tertumpu di dasar berpasir dan berselut lembut kerana senang untuk ia menanamkan diri dari ancaman bahaya. Selain itu warna kawasan sekitar atau warna dasar memainkan peranan penting buat pari tanjung untuk menyamar sebelum menyerang mangsa yang melewati.

 

Ikan pari nipis gelap ini tidak begitu terpengaruh dengan kelajuan arus setempat. Beting ini berkedudukan 20 kaki dalam dikelilingi paluh air sedalam 30 hingga 60 kaki. Ia juga di kesan berada di kawasan tebing paluh landai.

 

Mengenal Identiti Spesies Pari Tanjung

IKLAN

 

Tabiatnya seperti mana pari kecil lebih banyak memerap di lantai dasar dari meronda. Ia jarang sekali bergerak menyusuri arus pasang di kawasan tebing bakau yang berair cetek. Ini berdasarkan pengamatan saya belum pernah dapat pari tanjung di tebing sungai yang kering ketika air surut. Tetuka dan pari beting mudah ditemui di kawasan yang disebutkan ini.

 

Mengenal Identiti Spesies Pari Tanjung

 

Keluarga: Dasyatidae

Nama Lain: Pari Nyiru, Pari Ketuka

Ciri Fizikal: Bermuncung panjang, ekor halus dengan 1 sengat bisa dan berwarna coklat gelap serta badan nipis.

Diet: Krutesia kecil, anak ikan, perumpun

Habitat: Ikan dasar mendiami kedalaman purata 60 kaki.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI