Masak Lemak Belangkas Berapi

Share

 

Saya pernah memancing di kolam air masin yang bersambung dengan kuala sungai. Ikan jenahak dan siakap yang dicari tetapi yang berjaya dinaikkan ialah dua ekor belangkas.

Saya tidak melepaskan kembali belangkas tersebut sebaliknya dibawa pulang semata-mata untuk dimasak.

 

Disebabkan tidak pandai menyiang dan memasaknya, saya minta bantuan jiran untuk mengerjakannya.

Belangkas tersebut dimasak lemak cili api dan siap berkongsi resepi lagi.

 

Bahan-bahan:-

 

  • 2 ekor belangkas
  • 1 biji kelapa parut – (ambil santan pekat)
  • 15 tangkai cili api – (ditumbuk kasar)
  • 3 ulas bawang merah – (ditumbuk)
  • 2 cm kunyit hidup – (ditumbuk)
  • 2 batang serai – (diketuk)
  • 1 sudu teh biji ketumbar – (ditumbuk)
  • 1/2 sudu teh jintan halus – (ditumbuk)
  • 1/2 sudu teh jintan kasar – (ditumbuk)
  • 1 helai daun kunyit
  • 2 biji tomato – (dipotong empat)
  • 1 tangkai cili hijau – (dibelah dua)
  • 1 tangkai cili merah – (dibelah dua)
  • Garam dan serbuk perasa

 

Cara-cara penyediaan:-

 

1. Siang belangkas dan buang bahagian bertoksik dan bersihkan.

2. Campurkan bahan tumbuk ke dalam santan.

3. Jerang diatas api yang perlahan dan kacau supaya santan tidak pecah.

4. Masukkan belangkas, tomato, cili hijau, cili merah dan garam.

5. Bila santan sudah mendidih, masukkan daun kunyit. Padamkan api.

6. Siap untuk dihidangkan. Lagi sedap kalau ada pekasam puyu goreng!

 

IKLAN