Seorang pemancing pro akan sentiasa merasakan dirinya masih perlu banyak yang dipelajari dan pada masa yang sama sentiasa membantu dan menolong rakan pancing yang lain.
“Istilah pro itu sendiri sebenarnya satu perkara yang kompleks. Dalam dunia memancing seorang pemancing hanya boleh dianggap pro bila ia melengkapi lima ciri utama iaitu
pertama perwatakan yang baik, tidak sombong, memiliki ilmu tentang segala-galanya tentang ilmu memancing.
Ads
“Kedua adalah melibatkan diri dengan pertandingan banyak pertandingan, seminar baik dalam dan juga luar negara.
Ads
“Ketiga adalah mendapat kepercayaan dari banyak pihak, pengeluar peralatan memancing, organisasi dan sebagainya.
“Keempat, mengetahui segala teknik, kaedah, lokasi, arif tentang peralatan cara cara pengendalian dan sebagainya dan terakhir mendapat pengiktirafan, menang dalam banyak pertandingan di dalam dan luar negara.”
Ads
“Kelima… tidak sombong dan bangga diri dengan ilmu memancing yang dimiliki. Sebaliknya menyebarkan ilmu memancing yang dimiliki itu dengan jujur dan ikhlas.”
Sekiranya korang memiliki kelima-lima kriteria ini barulah anda layak diiktiraf sebagai pemancing pro. Amacam? Korang ada ke sifat-sifat ni?
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Saya berminat dan tiba-tiba jatuh hati pada gaya pancingan ultra light. Apa kriteria joran dan spinning reel / baitcaster yang sesuai? Saiz maksimum reel? Tali tangsi atau benang?
JAWAPAN:
Sebelum admin beri pendapat sendiri, disiarkan kembali apa kata para netizen Majalah Umpan.
AL-Imran Muhamad
– “Spec mesti tak lebih 6 pound, max drag 3kg kebawah.”
Indra Irwan Ismail
– “Basically harus tanya diri kenapa anda minat ultralight game? Agar penggunaan set yang betul tidak disalahertikan.”
Mekail Ibn Mazlan
– “Rod spec UL max 2-6lb atau lebih rendah, reel biasa pakai spinning je saiz max 1000 atau lebih kecil 500. Tali max 6lb benang atau tangsi, leader boleh tebal sikit dlm 8-10lb.”
Mansawi Hj Mansa’at
– “Reel: Max drag 3kg (Max reel size 2000), rod : Max 6lbs, mainline : Max 6lbs leader : Max 15lbs, lures : Max 7g.
Buat masa ni, inilah yang masih digunapakai oleh kebanyakan pengemar UL.”
Ismail Ahmad
– “Baru terjebak untuk UL, spec semua kena max 6lb. Reel, rod dengan mainline. Reel : max drag 6lb, rod : line 6lb max, contoh 3lb-6lb. Kalau 4lb-8lb dah masuk light, bukan ultralight. Mainline : 6lb max, tak kisah mono atau braided, ikut selesa masing-masing.”
Kesimpulannya, admin sependapat dengan semua komen netizen di atas. Namun, admin tidak terlalu taksub kepada sesuatu konsep memancing.
Dunia dan hobi memancing ini sudah sedia kecil, jadi jangan dikecilkan lagi dengan pelbagai konsep yang boleh memecahbelahkan silaturahim antara pemancing.
Sering kali komposisi mengambil gambar dipandang enteng, dengan gaya bersahaja kebanyakan pemancing mengambil gambar menggunakan teknik: ‘asal nampak ikan dalam gambar, ok lah tu…”. hakikatnya, adalah penting jika kita tahu teknik sebenar menggunakan komposisi tertentu.
Komposisi sesuatu gambar sebenarnya penting dalam apa jua teknik mengambil gambar sekalipun. Dari gambar potret di studio hingga ke litar lumba mahupun di dasar laut, ia mampu menimbulkan mood yang berbeza setiap kali menatapnya. Ia menjadikan jurufoto tersebut lebih kreatif walaupun hanya memakai kamera kompak. Ikuti tip di bawah ini.
Sebagai jurufoto, ambillah gambar rakan anda yang begitu seronok mendapat habuan besar menggunakan teknik Rule Of Third.
Apakah maksud Rule Of Third?
Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Kebanyakan jurufoto akan mengambil gambar secara terus.
Tidak salah, tapi kurang menarik. Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain daripada bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar?
Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita di mana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.
Untuk menggunakan teori ini, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda.
Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda.
Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada man-amana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya.
Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini.
Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih ‘outstanding’ atau menyerlah di dalam gambar.
Gunakan teknik Depth of Field (DOF) supaya imej latar belakang menjadi kabur. Ini membuatkan subjek menjadi lebih fokus.
Jika waktu malam, flash diperlukan tetapi jangan terlalu dekat mengambil gambar ikan. Sinar pada badan ikan terpantul menyebabkan imej menjadi berkilau.
Pastikan ikan tersebut baru dinaikkan, dan bukan setelah beberapa jam baru mengambil. Hasilnya, subjek menjadi lebih segar, bukan seperti ikan yang beli di pasar buat model.
Sila pakai sarung tangan sekiranya ikan tersebut berduri.
Pastikan tangan anda tidak menutup muka ketika memegang ikan.
Jika ikan tersebut berbisa, buang bisanya dahulu.
Dekatkan ikan anda di hadapan kamera, supaya imej ikan yang ditangkap lebih jelas. Jangan sampai ikan menutup muka anda.
Pegang ikan sebolehnya menggunakan kedua belah tangan. Jika ikan besar dan berat, mintalah pertolongan rakan anda.
Kalau boleh senyumlah hingga ke telinga walaupun anda mendapat ikan puyu sahaja.
Tumpang tanya sikit tuan admin. Boleh tak tuan admin cadangkan set peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan dalam teknik casting tenggiri. Saya tak biasa sangat main casting tenggiri jadi kurang tahu untuk dapat setup terbaik. Terima kasih tuan admin!
JAWAPAN:
Timbul persoalan apakah kekili dan joran yang sesuai untuk casting tenggiri? Ini persoalan yang agak asas kerana tidak semua kekili dan joran sesuai digunakan untuk teknik ini.
Seeloknya peralatan casting kelas ringan sahaja digunakan. Tidak kiralah set pancing mahal atau murah. ini kerana kekuatan tenggiri terletak pada pecutannya dan cara larian tenggiri yang akan menghadap ke arah pemancing… tidak seperti GT yang mempunyai stamina dan kedegilan untuk memalingkan kepala ke arah pemancing.
Disebabkan itu saya lebih suka menyarankan penggunaan peralatan casting kolam, asalkan ia sesuai dan boleh memuatkan tali yang lebih panjang. Maklumlah tenggiri kadangkala kuat melawan dan berupaya menarik tali sejauh berpuluh meter sebelum berpusing semula ke arah kita.
Joran yang sesuai untuk casting tenggiri pula mestilah panjang sekitar 6 hingga 7 kaki, ringan dan tidak terlalu keras. Ini untuk memudahkan lontaran dibuat dan memastikan umpan jatuh tepat ke kawasan yang dilalui tenggiri. Reel jenis saltwater dan ratio tinggi adalah sangat disarankan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...