Antara spesies ikan buruan yang terdapat di sini adalah sebarau, baung, jelawat, patin, toman, lampam, tapah, belida dan juga udang galah. Bagi saya yang gemar memburu sebarau sungai, di sinilah antara spot kegemaran saya di sekitar negeri Perak selain Sungai Kampar serta Hulu Belum.
Jarak perjalanan ke sini juga tidaklah begitu jauh, hanya mengambil masa lebih kurang 30 – 40 minit dari pekan Tapah yang melalui Tapah Road, Chenderong Balai dan Ladang Rakyat.
Kaedah Pancingan & Faktor Pemilihan Air
Ads
Sebarau yang bersifat pelagik sudah pastinya mudah diburu dengan mengaplikasikan teknik mengilat gewang. Kebiasaannya waktu yang paling efektif bagi menduga sebarau di sini adalah dari seawal pagi dan lewat petang kerana spesies ini akan aktif mencari makan pada dua waktu ini.
Ads
Gewang-gewang yang lazim kami gunakan di sini adalah Rapala Shallow Shad Rap SSR5, Rapala Countdown CD5 dan Rapala Flat Rap 8cm berwarna natural seperti ‘Bleak’ dan ‘chrome’ serta skema warna terang seperti ‘Goldfish’, ‘Hot Tiger’, ‘Fire Tiger’ dan ‘Perch’ sekiranya kondisi air agak keruh.
Ads
Jika paras airnya sedikit tinggi, kami akan menggunakan gewang selaman dalam seperti Rapala Tail Dancer TD7 dan Rapala Shad Rap SR7.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan keli Afrika dapat membesar dengan cepat dan dengan saiz yang besar juga. Untuk mempercepatkan tumbesaran, ada penternak yang mementingkan keuntungan dengan memberi makan ikan ternakan ini dengan hormone tertentu. Ia menjadikan ikan-ikan tersebut membesar dengan tidak wajar. Walau bagaimana pun ikan-ikan keli Afrika yang hidup di alam semulajadi tetap memiliki kandungan gizi yang baik untuk badan.
Ikan Makerel
Makerel adalah sebutan bagi sekelompok ikan laut luas yang terdiri dari beberapa ahli dari famili Scombridae. Dalam satu kajian didapati ikan ini cenderung mengandungi logam merkuri. Makerel di Lautan Atlantik dianggap paling banyak mengandungi merkuri. Jadi, ada baiknya anda tidak memakan ikan jenis ini terlalu banyak.
Ikan Tuna
Sebagaimana Makerel, ikan yang memiliki gaya hidup secara berkumpulan ini juga mempunya kandungan merkuri. Terutamanya tuna sirip hitam dan sirip biru. Ikan ini jenis ini juga tidak boleh dimakan secara berlebihan.
Ikan Tilapia
Di sebalik kelazatan ikan tilapia, rupa-rupanya ia mengandungi konsentrasi lemak yang berbahaya. Menurut kajian terperinci, kandungan lemak berbahaya yang dikandungi ikan tilapia setinggi kandungan lemak pada daging babi. Terlalu banyak pengambilan ikan ini akan menambah kadar kolesterol dan membuatkan tubuh menjadi sensitif terhadap alergi.
Ikan Belut
Belut termasuk dalam kategori jenis ikan yang mengandungi banyak lemak. Belut tersenarai dalam catatan ikan berbahaya kerana kebanyakan belut sekarang hidup dengan menyerap sisa industri pertanian. Spesies belut di Amerika telah dinyatakan mempunyai racun yang tinggi. Sementara, belut Eropah dianggap berbahaya kerana dicemari merkuri dalam jumlah yang besar.
Ikan begahak atau spesies Belodontichthys dinema adalah ikan pemangsa yang sinonim dengan perairan air tawar Sungai Pahang.
Waktu terbaik untuk memburu spesies ini adalah pada musim kemarau, lazimnya pada bulan Mac, Jun dan Ogos.
Ikan begahak biasanya mendiami kawasan sungai yang lebih dalam dan berarus.
Ia boleh ditemui secara berkumpulan ketika musim anak-anak ikan mungkus (ikan-ikan kecil) bergerak melawan arus mudik ke hulu.
Untuk mengesan kehadiran begahak adalah tidak sama dengan kehadiran sebarau yang frenzy meligan anak-anak ikan.
Kehadiran begahak dikesan apabila ada kelibat anak-anak ikan yang melompat di permukaan air.
Ia berbeza dengan kesan sambaran dari sebarau yang kedengaran meletup-letup.
Teknik casting biasanya diaplikasi bagi memburu spesies ini. Ia sebenarnya boleh dipancing dengan kaedah lama iaitu menggunakan umpan ikan hidup namun keseronokan memancing lebih jika dilakukan dengan teknik casting.
Walaupun dengan kehadiran ikan mungkus, ada ketikanya ikan begahak ini tidak aktif mengejar anak-anak ikan ini.
Pada waktu ini boleh cuba teknik menunda gewang atau throlling bagi menarik keluar begahak keluar dari lubuknya di dasar sungai.
Untuk tujuan menunda gewang bolehlah gunakan gewang selaman dalam yang mampu menyelam sehingga 3 meter.
Pada asasnya tidak banyak terdapat kawasan melebihi 5 meter di Sungai Pahang. Sementara drag kekili perlu dilaraskan sehingga 50% sahaja bagi mengelak kes rabut atau lucut.
Sama ada menunda atau casting, gunalah treble hook atau mata tiga yang halus dan tajam. Ini kerana begahak diketahui jarang menelan gewang.
Sebaliknya lebih kepada melanggar atau menampar mangsa dengan pipi kepalanya. Sekiranya menggunakan mata kail yang tebal dan kasar maka peratus untuk hook up adalah rendah.
Begitu juga sekiranya menggunakan mata tunggal gewang atau single hook. Dalam erti kata lain, guna treble hook standard saja.
Ikan air masin boleh dibahagi kepada dua spesies iaitu ikan bersisik dan tidak bersisik. Sisik pada ikan bolehlah dianggap sebagai agen keselamatan. Bagi spesies yang tidak memiliki sisik, kebanyakannya dibekalkan set pertahanan diri yang lebih berbahaya seperti duri yang menyengat.
Ikan Dengkis
Nama saintifik: Siganus vermiculatus,
Nama umum: Spinefoot fish, Rabbitfish
Ikan dengkis hampir menyamai rupa ikan kitang namun dari segi nilai, ikan dengkis sememangnya jauh lebih bernilai dari kitang. Begitu juga dengan bisa dari sengat berduri ikan kitang. Ia mampu menyebabkan bahagian yang terkena sengat terasa kejang untuk beberapa jam lamanya.
Kitang
Nama saintifik: Scatophagus argus
Nama umum: Spotted scat
Ikan kitang berbentuk pipih dan biasanya mempunyai corak berbintik hitam di badannya. Ikan ini mempunyai duri yang berbisa di sepanjang barisan sirip dorsal serta sirip pelviknya. Duri yang berbisa pada ikan ini mampu mendatangkan kecederaan teruk yang menyebabkan rasa kebas dan kesakitan berlarutan jika tidak dirawat.
Mayong
Nama saintifik: Netuma thalassina, Arius thalassinus
Nama umum: Giant sea catfish
Ikan mayong mempunyai bentuk seperti ikan duri namun saiznya lebih besar dan mampu mencapai panjang sehingga 1.8 meter. Ikan mayong juga mempunyai duri dan sengat yang berbisa serta mampu mendatangkan kecederaan. Duri utama pada sirip dorsalnya sangat tajam dan keras ditambah dengan sepasang duri pada bahagian pektoralnya.
Pari Ketuka
Nama saintifik: Himantura imbricata
Nama umum: Scaly whipray
Ikan pari ketuka mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan ikan pari. Namun saiz ikan ketuka lebih kecil dan ikan ketuka lebih mendiami kawasan berair payau. Ikan ketuka juga mempunyai sengatnya di sebalik ekornya seperti pari. Sengat ikan ini mampu mendatangkan kecederaan yang teruk jika tidak dirawat.
Ikan Debam
Nama saintifik: Acanthurus lineatus
Nama umum: Lined Surgeonfish
Debam jalur merupakan ikan yang bersifat kewilayahan dan menghuni kawasan berbatu karang. Spesies ini biasanya berada dalam kumpulan yang banyak. Debam jalur juga merupakan spesies yang sentiasa berenang dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan. Pada bahagian kaudal atau ekornya, terdapat duri yang agak berbisa dan mampu mendatangkan kecederaan jika terkena pada anggota badan.
Talang
Nama saintifik: Scomberoides tol
Nama umum: Queenfish
Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya. Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip anal yang sesetengah mempunyai toksin yang berbisa.
Lolong bara / sebekah karang
Nama saintifik : Sargocentron cornutum
Nama umum : Threespot squirrelfish
Ikan lolong bara hidup di kawasan yang kaya dengan terumbu karang sehingga kepada kedalaman sedalam 40 meter. Selalunya spesies ini bersembunyi di kawasan berbatu dan terlindung. Spesies ini biasanya menjadikan waktu malam sebagai masa memburu makanannya seperti udang dan ketam bentik. Pada bahagian operkulumnya, terdapat duri yang berbisa dan mampu mencederakan jika terkena sengatannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...