Malaysia memang agak terkenal dengan banyak port memancing terbaik. Tetapi dalam asyik bercerita tentang port memancing Malaysia, apa kata kita ketahui juga port memancing terbaik luar negara.

 

Kali ini berminat untuk berkongsi kepada anda antara 7 port memancing yang unik di Amerika Syarikat:

 

Gates of the Arctic, Alaska

Merupakan kawasan yang terpencil di Amerika Utara. Boleh dikatakan tiada jalan yang boleh ditembusi untuk ke sini. Hanya dengan kapal terbang sahaja yang membolehkan anda menjejakkan kaki ke Gates of the Arctic ini.

Jadi, tidak hairanlah memancing di sini boleh dikatakan syurga buat kaki pancing kerana perairannya jarang disentuh. Tetapi harus diingat, kaki pancing yang berjiwa kental dan tahan lasak sahaja digalakkan memancing di sini kerana faham-faham sahajalah haiwan apa yang ada bila anda berada di kawasan terpencil sebegini.

 

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

Dry Tortugas, Florida

Ia terletak 70 batu jauhnya dari bahagian Barat Key West, Florida. Dry Tortugas National Park pada asalnya dibina untuk dijadikan pengkalan tentera laut bagi mengawal 7 pulau Taman Negara, namun ianya tergendala dan terus menjadi kawasan memancing terbaik yang didiami pelbagai spesis seperti kerapu, keluarga “snapper”, aji-aji, dan pelbagai lagi spesies ikan.

 

IKLAN

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

Crater Lake, Oregon

Merupakan salah satu tasik terjernih dan paling dalam di dunia iaitu dengan kedalaman hampir 2,000 kaki. Tasik ini terbentuk hasil daripada letusan gunung berapi 7,700 tahun dahulu yang membentuk sebuah kawah besar. Jadi ianya memang satu pengalaman yang hebat jika anda dapat memancing di kawasan “mouth of volcano” ini.

 

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

Kenai Fjords, Alaska

IKLAN

Ia merupakan kawasan Taman Negara yang paling mudah di akses di Alaska. Apa yang menariknya Kenai Fjords ini merupakan kawasan yang menggabungkan ikan air tawar dan air masin di dalam satu tempat! Menarik bukan? Antara ikan yang mendiami kawasan ini termasuk dolly varden trout, halibut, rockfish, lingcod dan salmon.

 

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

Lassen Volcano, California

Taman Negara Lassen Volcanic ini terletak di bahagian California Utara dan ianya digelar `home to the largest plug dome volcano in the world’ yang mempunyai 6 kawasan memancing yang sangat popular.

Kaki pancing boleh memilih sama ada untuk memancing spesis trout di salah sebuah tasik iaitu Tasik Butte, Snag, Horseshoe atau Manzanita, ataupun, pemancing boleh menghabiskan masa seharian memancing di aliran terpencil di Kings Creek atau Grassy Swale Creek.

 

IKLAN

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

The Everglades, Florida

Meskipun kawasan ini mudah didekati kaki pancing, namun, ada sesuatu yang yang menjadikan ianya begitu istimewa. Ini kerana, biarpun mudah untuk datang ke sini, namun, ianya memerlukan bot bagi kaki pancing meneroka lubuk rahsia di sini.

Dengan menaiki bot, anda boleh menerokai banyak kawasan sungai-sungai kecil dan paya bakau di seluruh Everglades yang sudah semestinya didiami pelbagai spesis ikan popular. Namun, kawasan ini juga sangat terkenal dengan buaya!

 

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

 

Glacier National Park, Montana

Anda boleh memancing di sini sepanjang tahun dan tiada lesen diperlukan untuk memancing di sini, namun beberapa peraturan harus diikuti untuk memancing di sesetengah kawasan di sini.

Waktu terbaik memancing di Glacier National Park ialah pada hujung May hingga hujung November setiap tahun. Antara spesies ikan yang boleh dijadikan target termasuk cutthroat trout, northern pike, mountain whitefish, kokanee salmon, grayling, rainbow trout dan brook trout.

 

Lokasi Memancing Paling Mantap Di US

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI