Pastikan keadaan kesihatan anda berada di tahap terbaik untuk trekking. Jika tidak berada di tahap 90% sebaiknya batalkan saja kerana ia bukan sahaja akan menyusahkan diri sendiri malah juga rakan-rakan trip yang lain.
Makanan, air, energy bar dan sebagainya harus disiapkan secukupnya untuk sepanjang tempoh trip. Tak mengapa jika lebih sedikit tetapi jangan berkurangan.
Amalkan memancing di dalam kumpulan dan jangan sesekali trekking seorang diri di dalam hutan atau di sungai pergunungan.
Ads
Pastikan ahli keluarga atau rakan terdekat mengetahui anda keluar memancing, lokasi pancingan dan tempoh trip tersebut. Ia penting bagi melakukan tindakan lanjut sekiranya anda tidak pulang pada tarikh sepatutnya. Jika mampu, beli dan bawa telefon satelit itu lebih baik.
Ads
Pakailah pakaian lengkap termasuk kasut yang sesuai dan selesa untuk trekking. Sebaiknya juga pakailah pakaian yang kontra dengan alam semulajadi.
Waspada akan ancaman binatang berbisa dan buas. Elakkan melalui tempat yang ada jejak binatang buas seperti harimau, gajah dan sebagainya.
Waspada ketika mengharung air. Jangan terlalu berani mengharung air jika anda kurang yakin terutama di kawasan berarus deras. Juga perlu sentiasa berwaspada dengan kejadian kepala air.
Jika gewang yang anda gunakan tersangkut pada reba-reba kayu atau batu,jangan membahayakan diri berenang untuk menyelamatkan gewang tersebut. Ingat gewang tersangkut boleh dibeli, hilang nyawa tiada gantinya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Penang Bridge atau jambatan pulau pinang yang merentasi selat utara (selat penang) sepanjang 13.5 kilometer siap pembinaannya dan diguna pakai pada 1985. Manakala panjang jambatan di atas air pula sejauh 8.4 kilometer.
Namun apa yang hendak dibicarakan bukanlah di bahagian atas jambatan yang menghubungkan georgetown di bahagian pulau dan seberang prai di tanah besar semenanjung, sebaliknya kisah di bawahnya.
Sekitar awal tahun 1980-an iaitu semasa tempoh awal pembinaannya heboh diperkatakan bahawa Jambatan Pulau Pinang memerlukan 40 kepala manusia sebagai pemujaan. Apabila siap pembinaannya dan diguna pakai pula, ia dijadikan pula sebagai platform terbaik untuk bunuh diri.
Dan ditambah dengan kisah-kisah mistik dan mitos menjadikan Jambatan Pulau Pinang umpama lokasi angker dan tidak selamat untuk dijadikan padang pancing.
Setelah terpaksa membatalkan plan sebelumnya, perancangan kali kedua barulah penulis berpeluang untuk memenuhi pelawaan rakan memancing, Cikgu Sabri. Beliau beriya-iya benar mengajak penulis untuk mencuba pancingan di bawah Jambatan Pulau Pinang.
Sebelum pergi, penulis buat homework sedikit tentang senario memancing di bawah jambatan dan maklum balas yang diterima ternyata banyak menjurus kepada selangkah ke alam mistik.
Setibanya di jeti nelayan Ujong Batu, Bagan Dalam, kami segera mencari pengusaha bot yang menyediakan servis menghantar pemancing ke pelantar di bawah Jambatan Pulau Pinang. Tidak sukar untuk mencari pengusaha bot ini kerana ramai yang sedia menanti di jeti.
Dalam masa yang sama juga serba sedikit info dapat diperolehi bagi menentukan tiang jambatan yang mana akan dituju nanti. Selain servis menghantar dan mengambil pemancing dari bawah jambatan, pengusaha bot turut menghantar menyediakan servis menghantar makanan dua kali sehari.
Sebelum berlepas, kami mengisi perut dan membawa bekal untuk makan malam sekali kerana tiada sebarang kedai makan di bawah jambatan, yang ada hanyalah tiang dan pelantar kosong.
Semangat untuk ke bawah jambatan kian meluap-luap bila melihat ada pemancing yang baru pulang membawa hasil seekor siakap mega. Segala gambaran mistik tentang hantu air, cik ponti hanyut atau mayat orang bunuh muncul dari air dan macam-macam lagi lenyap begitu saja.
Terbayang pula aksi-aksi bertarung dengan ikan-ikan mega yang lebih 30 tahun mendiami lubuk-lubuk di bawah jambatan. Namun bayangan itu tak kekal lama apabila terbayang pula sekiranya terpaksa menggunakan tangga untuk naik ke pelantar yang tinggi dari paras air.
Daripada lebih 80 tiang menghala Georgetown dan lebih 80 lebih lagi menghala ke Seberang Prai yang sesuai untuk memancing, kami memilih tiang bernombor 40 menghala ke Seberang Perai.
Tiang ini tiang merupakan rebutan kerana sering menaikkan ikan-ikan mega dan kami bernasib baik kerana ia belum berpenghuni. Bertambah lega kerana tidak perlu memanjat tangga yang didirikan dari atas bot kerana pelantar sekadar beberapa kaki saja dari paras air.
Agak memakan masa juga untuk membiasakan diri berada di atas pelantar tanpa pengadang dengan angin timur yang bertiup kencang tanpa henti. Terutamanya pada malam hari. Biarpun masih tempias cahaya dari lampu jambatan, namun pergerakan seperti terbatas. Terasa cuak sekiranya tersilap langkah.
Sementara menanti ragutan ikan, apa yang mampu dilakukan hanyalah membaringkan tubuh beralaskan tikar kecil di belakang tiang sambil menggigil kesejukan.
Masuk hari kedua barulah penulis dapat menyesuaikan diri sepenuhnya. Hilang sudah rasa gayat dan boleh menumpukan perhatian sepenuhnya pada memancing. Umpan hidup tidak bermasalah di tiang 40 kerana agak mudah juga untuk mendapatkan kasai dan bilis dengan menggunakan apollo.
Hanya sambaran ikan saja agak kurang. Dan hampir setiap kali ada rentapan kasar pula, larian ikan ke tukun dan ke bawah pelantar pula menyebabkan tali utama bergeser dengan teritip dan putus. Hanya seekor jenahak dan kerapu berskala remaja saja yang berjaya ditarik keluar dan selamat didaratkan.
Tiada sebarang tangkapan mega sepanjang tempoh lebih 50 jam memancing dan menggigil kesejukan sepanjang dua malam tidur di bawah jambatan. Mungkin nasib tidak menyebelahi ditambah pula set pancing yang digunakan kurang bersesuaian.
Sekiranya menggunakan set pancing yang lebih kasar dan lasak menangani tukun dan teritip, kemungkinan besar ada tangkapan mega didaratkan.
Yang pasti bawah Jambatan Pulau Pinang masih ada banyak ikan mega dan wajar dimuatkan dalam kalendar trip memancing. Dan penulis juga selamat dari dipertontonkan adegan mistik atau insiden bunuh diri.
Yang banyak kelihatan hanyalah sampah-sampah berterbangan dari atas jambatan yang turut menyumbang kemusnahan hidupan laut.
6 pemancing yang dikhuatiri hilang ketika memancing di perairan Pulau Pinang, ditemui dalam keadaan selamat dan akan dibawa ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan (LKIM) Batu Maung, Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Semua mereka tiba tepat 10.10 malam tadi dengan bot ditunda kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).
Kira-kira 50 orang terdiri daripada ahli keluarga dan sanak-saudara semua mangsa dilihat menunggu sejak 7 malam tadi sejurus mendapat maklumat mereka ditemui dalam keadaan selamat.
Sejurus tiba di atas kapal, doa kesyukuran dibacakan kerana semua mereka selamat ditemui.
Tekong bot, Mohd Khairul Anuar Mohd Salleh, 30, berkata, bot dikemudinya berlanggar dengan tali kapal yang dibuang dalam laut menyebabkan kotak gear pecah.
Menurutnya, ketika itu 6 petang serta semua mereka dalam perjalanan pulang dan disebabkan kerosakan enjin itu menyebabkan dia terpaksa melabuhkan sauh.
“Bagaimanapun, kira-kira 4 pagi, sauh tidak melekat akibat ombak kuat menyebabkan bot kami dihanyutkan arus.
Menurutnya, mereka bernasib baik apabila ada nelayan ternampak kelibat mereka 4.35 petang tadi dan kemudian terus menunda bot kepada APMM.
“Ini pengalaman paling ngeri yang pernah saya alami kerana ia pertama kali berlaku sepanjang saya menjadi tekong bot,” katanya.
Semua mereka, bagaimanapun, berjaya ditemui kira-kira 20 batu nautika dari Pulau Kendi 4.35 petang hari ini.
Seorang mangsa, Mohamad Faiz Ibrahim Tek turut mencatatkan pengalaman pahit ini di media sosialnya.
“Punca kami terkandas…Perjalanan pulang, sudah hampir sampai ke pengkalan kira2 20km dari Pulau Kendi.
Bot terlanggar tali sauh yg menyebabkan enjin bot tidak dpt berfungsi utk meneruskan perjalanan.
Kami terkandas di tgh2 laut tanpa sebarang liputan talian komunikasi.
Kami melabuhkan sauh dan berusaha memanggil bot2 berdekatan tetapi tidak berjaya kerana jarak terlalu jauh dan hari kian gelap.
Mohon kepada semua, jaga la laut kita… jgn buang sampah merata2 kerana ai boleh mendatangkan kesusahan pada orang lain.
Terima kasih pada ahli keluarga, sahabat, pihak2 yg terlibat menjalankan operasi menyelamat. Terima kasih mendoakan keselamatan dan kepulangan kami.”
Seekor aruan tasik gergasi (cobia) seberat 73 lb 10 oz berjaya ditewaskan oleh seorang pemancing bernama Robert Cunningham Jr. Kejayaan ini berlangsung pada 23 April 1999 di perairan Gulf of Mexico, Alabama.
Selepas bertarung selama 45 minit, David Deuel berjaya menewaskan ikan red drum seberat 94.2lb di perairan Avon, North Carolina. Catatan ini dilakukan pada 7 November 1984.
Juga tanpa catatan waktu kejadian, George Hogan Jr berjaya menumbangkan seekor Atlantic snook gergasi seberat 41.8lb di perairan Jupiter, Florida. Beliau hanya mengambil masa selama 16 minit saja untuk menewaskannya.
Dengan menggunakan fly buatan sendiri dan bertarung selama 25 minit, Fouad Sahiaoui akhirnya berjaya menewaskan swordfish (ikan pedang) seberat 89 lb 15 oz di perairan Watamu, Kenya.
Pada 12 November 1989, James Orthwein berjaya mendaratkan seekor bonefish seberat 12 lb di perairan Bimini, Bahamas, AS.
Pada 4 Ogos 2011, Gregory Myerson berjaya menewaskan seekor striped bass seberat 81 lb 14 oz di Westbrook, Connecticut.
Pada 18 Ogos 1988, selepas bertarung selepas 65 minit, Genes Grimes berjaya menewaskan spesimen gergasi Pacific halibut seberat 244 lb.
Pada 4 January 2007, Gary Carter berjaya mengalahkan dolphin seberat 58 pound, 3 ounce di perairan Panama.
Pada 13 Mac 1986, selepas bertarung lebih dari satu jam Del Brown akhirnya berjaya mendaratkan permit (pompano atau bawal pinang) seberat 41.5 pound. Pertarungan mendebarkan itu berlangsung di perairan Key West, Florida.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...