Tidak kira jika anda baru pulang dari laut atau sungai, sebaiknya cuci peralatan berkenaan dengan sabun mandian, syampu atau syampu kereta (elakkan mengguna sabun pencuci, apatah lagi bahan peluntur).
Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang dan juga setiap cincin.
Pastikan drag dan gelendung kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
Ads
Biarkan seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul. Apabila ianya kering, longgarkan kembali drag dan gunakan minyak seperti minyak gris, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit.
Setelah itu, longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya. Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
Ads
Sekiranya tidak akan memancing bagi tempoh masa yang agak panjang, sebaiknya pisahkan joran dan kekili. Simpan joran dan kekili di tempat yang sesuai.
Ads
Bagi kaki casting, sebaiknya, masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun. Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya. Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut. Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Lain tempat lain caranya… ikuti pengalaman saya melihat sendiri bagaimana nelayan Pulau Aman di Pulau Pinang mencari sotong kurita untuk dijadikan umpan. Sotong kurita sememangnya menjadi antara umpan kegilaan kaki pancing terutama yang mahu menaikkan spesies seperti jenahak.
Percaya atau tidak harga sotong kurita sebagai umpan boleh mencecah sehingga RM15 seekor ketika ini. Memang lumayan. Tapi tahukah anda bagaimana nelayan pantai mendapatkan sotong kurita untuk dijual? Menongkah merupakan cara bagi komuniti di Pulau Aman mencari sotong kurita.
Terma Menongkah
Menongkah mencari sotong biasanya dilakukan pada waktu malam dan ketika air surut sehinggan timbul beting berselut. Jika turun ke dalam selut ini, anda boleh tenggelam sehingga paras pinggang.
Kayu lapis atau papan dijadikan sebagai peluncur atau kenderaan untuk menongkah selut.
Peralatan lain selain papan untuk menongkah ialah lampu kepala (headlamp) dan baldi untuk mengisi sotong.
Sewaktu menongkah lampu akan disuluh ke permukaan selut untuk melihat jika terdapat sotong kurita.
Jika tersuluh sotong kurita, cepat-cepat pegang kepalanya dan masukkan ke dalam baldi.
Jika sotong masuk ke dalam selut, cepat-cepat gali dan cekak kepala sotong tersebut.
Kawasan menongkah sotong biasanya di kawasan selut yang tidak mempunyai kerang-kerangan.
Tip lain ialah, sotong ini mencari ketam sebagai makanannya. Jadi tumpukan pada kawasan selut yang mempunyai ketam.
Rasanya bukan baru saya diberi peringatan agar jangan letakkan ikan yang berjaya dipancing ke tempat panas terdedah secara langsung pada matahari seperti di atas lantai sampan dari seorang tekong. Dan sepanjang tempoh itu tidak pernah sekali pun saya membantah atau mempersoalkannya.
Bila dah lama, sedikit demi sedikit peringatan itu mula pudar dari ingatan. Begitu juga dengan tekong yang berikan peringatan tersebut pun saya dah lupa. Sehinggalah, peringatan itu tiba-tiba muncul kembali ketika saya sedang memancing udang galah di Bagan Datuh. Ingatan itu muncul secara tiba-tiba tatkala saya lebih banyak menaikkan ikan duri berbanding udang galah.
Mungkin disebabkan rasa terganggu kerana banyak sangat dapat ikan duri bersaiz sejengkal yang sedikit sulit untuk melepaskannya dari mata kail, ingatan tersebut seperti mendorong saya untuk melakukan sedikit uji kaji.
Saya seperti terdorong untuk melihat apa yang terkesan atau apa impak yang akan berlaku kalau ikan duri itu diletakkan di tempat panas. Ketika itu memang panas pun kerana waktu tengah hari. Korang tentu tau macam mana keadaan lantai sampan fiber tatkala panas lit-lit. Nak letak punggung tanpa alas pun fikir dua tiga kali.
Sebelum ingatan itu muncul, saya tidak membawa naik mana-mana ikan duri ke atas sampan pun. Sekadar menggantungnya di tepi dinding fiber sambil menanggalkan mata kail.
Bila mata kail tertanggal maka ikan duri itu pun jatuh kembali air. Tapi bila ingatan itu muncul dan dapat lagi ikan duri, saya pun tak fikir panjang lagi dan terus letak ikan duri itu di atas lantai sampan fiber yang terdedah kepada bahang panas.
Impaknya segera terjadi! Sebaik saja perut ikan duri itu tersentuh lantai sampan, secara mengejut ia meronta dan meloncat-loncat. Ia mungkin tindak balas secara spontan akibat kepanasan. Ketika bertindak balas terhadap kepanasan itulah salah satu sengat ikan duri tersebut tercucuk tangan saya.
Selepas itu barulah saya faham kenapa saya pernah diberi peringatan oleh tersebut. Tapi nak menyesal pun dah tak guna. Nak tak nak terpaksalah saya tanggung denyutan hampir sejam lamanya.
Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali pancing pada kail. Ada yang senang tapi tak kuat. Ada yang kuat tapi tak senang pulak nak buat.
Step 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Step 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Step 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Step 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Step 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Step 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Step 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Step 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...