Atherosclerosis adalah penggumpalan saluran darah. Penyakit ini dicirikan oleh saluran saluran darah yang tersumbat kerana kehadiran pembekuan lemak yang buruk.
Pembuluh darah yang disekat untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit serius lain seperti kegagalan dan serangan jantung.
Dengan memakan ikan limbat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, anda sudah dikira untuk menjauhkan diri dari risiko saluran darah yang tersumbat.
Ads
Pembentukan jisim otot yang baik diperolehi oleh latihan berat dan disertai dengan nutrisi yang betul. Pemakanan yang memainkan peranan dalam pembentukan otot adalah protein. Sekarang, dengan memakan ikan limbat secara teratur, keperluan protein akan seimbang.
Penyakit autoimun adalah penyakit yang boleh menyebabkan kegagalan tubuh badan untuk melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus, yang menyebabkan tisu badan menyerang antibodi itu sendiri.
Ads
Ikan Limbat mengandungi vitamin C dan D yang cukup tinggi. Kedua-dua vitamin ini mempunyai peranan dalam mengekalkan kulit yang sihat, termasuk mencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Ads
Selain vitamin C dan D, ikan limbat juga mengandung vitamin A. Kandungan vitamin A sangat penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan dapat mencegah berlakunya kekeliruan.
Pesakit kencing manis biasanya dilarang memakan nasi dan dikehendaki mencari sumber kalori dari makanan lain. Dengan kandungan kalori, ikan limbat boleh memenuhi keperluan kalori sehari-hari bagi pesakit kencing manis.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Boleh tak ikan seriding dibuat umpan memancing? Ikan seriding ni yang banyak tersangkut pada mata apollo bila nak cari umpan ketika memancing di kelong.
JAWAPAN:
Ikan seriding atau cardinalfish, adalah sejenis ikan kecil yang tergolong di dalam keluarga Apogonidae.
Ia senang ditemui di kawasan muka kuala dan pesisir pantai terutamanya Kawasan berkarang.
Ia turut mudah ditemui di persekitaran kelong pesisir pantai terutamanya ketika arus laju untuk berteduh dan berlindung dari pemangsa.
Ikan seriding dikenali memiliki sirip berduri yang tajam tetapi tidak berbisa. Sirip berduri itu merupakan antara asset yang ada sebagai senjata mempertahankan dirinya dari pemangsa.
Ekoran dari sifat biologinya itu, kebanyakan pemancing beranggapan ikan seriding tidak sesuai dijadikan umpan untuk memancing ikan-ikan lain.
Tidak dinafikan ikan seriding agak kurang digunakan sebagai umpan bukanlah disebabkan tiada ikan yang mahu memakannya.
Ikan seriding turut berada dalam rantaian makanan sebagai mangsa namun di kawasan yang banyak pilihan makanan, ikan seriding menduduki carta bawahan sebagai pilihan pemangsa.
Justeru itulah jika ikan seriding dijadikan umpan bersama umpan lain, joran yang menggunakan umpan seriding hampir sepenuhnya tiada sebarang getuan berlaku.
Namun di kawasan yang agak terbatas pilihan makanan, ikan seriding dikatakan menjadi umpan popular untuk memancing ikan pemangsa seperti selangat.
Oleh yang demikian, sekiranya anda memancing di kawasan yang dipercayai hadirnya selangat, boleh anda cuba menggunakan umpan ikan seriding.
Setiap kali kita mengambil gambar sama ada juru foto profesional mahupun amatur, pasti ada sahaja kesilapan gambar tersebut yang kita tidak jangka. Sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera, kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering terjadi walaupun segala persiapan telah kita lakukan. Mari kita teliti apakah kesalahan tersebut supaya ia tidak berulang lagi.
GAMBAR BLUR ATAU KABUR
Ramai juru foto amatur kerap komen yang gambar mereka selalu blur. Jawapan yang paling mudah untuk menjawab persoalan ini ialah bila cahaya kurang memasuki sensor, sistem penghasilan imej cuba mencari titik fokus imej yang hendak dirakam supaya nampak sharp dan jelas.
Ada banyak cara yang boleh anda gunakan untuk mengambil gambar seperti ini seperti menggunakan monopod atau tripod terutamanya ketika merakam imej di kala malam. Sila pastikan anda menggunakan ISO, shutter speed yang tinggi saat merakamnya atau gunakan speedlight untuk freeze sebarang pergerakan.
TERLALU BANYAK KONTRAS
Gambar yang terlalu banyak kontras boleh dilihat melalui perbezaan di antara terangnya cahaya (highlight) dan bayang gelap (shadow) di sekitar imej. Contoh yang paling senang untuk dilihat adalah ketika kita ingin merakam gambar sewaktu matahari terik di waktu siang. Gunakan flash untuk mengelakkan terlalu banyak bayang pada kawasan imej.
GAMBAR RED-EYE
Sungguhpun red-eye boleh di ubah menggunakan software tertentu akan tetapi anda boleh minimumkan kesalahan ini. Ia biasanya terjadi apabila penggunaan flash terpantul pada retina mata. Anda boleh elakkan menggunakan built-in flash. Selain itu, ada juga kamera yang mempunyai mode red-eye reduction. Satu lagi teknik yang boleh anda cuba ialah menjarakkan subjek supaya tidak terlalu dekat dengan kamera anda.
IMEJ OFF-COLORS
Ia bermaksud imej yang terhasil selepas dirakam berbeza sedikit warnanya dengan subjek nyata. Kebiasaannya ia dipengaruhi oleh White Balance (WB) untuk mengelakkan berlakunya kesilapan berulang. Anda boleh set auto pada kamera anda. Contoh yang boleh dilihat adalah ketika anda ingin merakam gambar indoor fotografi, imej akan menjadi lebih oren kekuningan sedikit kerana cahaya yang datang dari lampu atau cahaya sekitarnya. Gunakan tungsten setting pada kamera anda untuk seimbangkan suhu warna tersebut.
TIDAK FOKUS PADA SUBJEK
Apabila merakam gambar, kebiasaannya kita akan cuba fokus kepada sesuatu subjek untuk dimuatkan betul-betul dalam bingkai (framing) kamera tersebut. Akan tetapi, pasti ada sahaja gangguan dari objek-objek yang tidak ada kena mengena dengan gambar yang ingin kita fokus itu termasuk sekali di dalam imej tersebut. Cuba anda crop imej tersebut dengan menggunakan zooming untuk mengelakkan subjek yang tidak diperlukan masuk ke dalam gambar. Anda boleh menggunakan software di komputer anda untuk edit gambar tersebut.
SUBJEK TERLALU JAUH
Setiap gambar yang dirakam mesti mengalami masalah terlalu jauh daripada subjek, impak yang dihasilkan pada gambar akan jadi kurang. Ia boleh diperbetulkan dengan cara anda bergerak dengan lebih dekat pada imej atau anda boleh gunakan telephoto zoom lens atau boleh crop imej tersebut menggunakan software. Anda juga hendaklah menggunakan resolusi yang tinggi dan bersesuaian kerana bila anda lakukan crop imej, ia akan mengurangkan kualiti gambar tersebut.
GAMBAR UNDEREXPOSED & OVEREXPOSED
Perkara sebegini sering berlaku di mana anda imej menjadi terlalu terang atau terlalu gelap tidak sama seperti yang anda inginkan. Hal ini berlaku kerana sama ada cahaya yang memasuki sensor terlalu banyak atau terlalu sedikit. Untuk mengelakkannya, anda boleh setting kamera pada LCD dengan mengurangkan metering -0.5 atau -1 untuk overexposed dan ‘+’ untuk tambah cahaya bagi imej underexposed menjadi +0.5 atau +1.
Kesilapan-kesilapan ini sememangnya sering dilakukan dan dengan kesilapan sebegini kita lebih belajar bagaimana menghasilkan imej terbaik, bermutu dan berkualiti.
Benarkah lebih baik mengikat gewang secara terus pada leader lebih baik daripada menggunakan kili? Dan apakah kili yang sesuai untuk disambungkan kepada gewang?
JAWAPAN:
Memang tepat sekali mengikat terus gewang pada leader lebih baik daripada menyambungkannya pada kili.
Namun ia akan menimbulkan kesulitan dalam proses penukaran gewang. Ini kerana setiap kali ingin menukar gewang, ikatan perambut perlu dipotong dan dibuat yang baru.
Ia bukan saja memakan masa malah ia akan menyebabkan leader perlu dipotong akan menjadi semakin pendek. Semakin banyak gewang ditukar maka semakin pendek leader jadinya.
Masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan kili yang bersesuaian. Penggunaan kili yang besar akan menyebabkan renangan gewang akan terjejas kerana ia mengjalang pergerakan air menerusi lidah terhalang.
Sekaligus menyebabkan gewang tidak berenang dengan cantik. Jadi, gunalah kili yang lebih kecil tetapi kuat dan tahan lasak.
Sebenarnya banyak terdapat kili yang kecil dan kuat terjual di pasaran. Anda boleh mencarinya dengan mudah atau tanyalah pekedai untuk khidmat nasihat bagi mendapatkan kili yang sesuai untuk gewang.
Begitu pun, saya lebih menyukai kili dari jenis coastlock snap swivel yang bersaiz kecil kerana ia tidak banyak menjejaskan aksi renangan gewang dan tahan lasak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...