Atherosclerosis adalah penggumpalan saluran darah. Penyakit ini dicirikan oleh saluran saluran darah yang tersumbat kerana kehadiran pembekuan lemak yang buruk.
Pembuluh darah yang disekat untuk jangka masa yang panjang akan menyebabkan penyakit serius lain seperti kegagalan dan serangan jantung.
Dengan memakan ikan limbat sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, anda sudah dikira untuk menjauhkan diri dari risiko saluran darah yang tersumbat.
Ads
Pembentukan jisim otot yang baik diperolehi oleh latihan berat dan disertai dengan nutrisi yang betul. Pemakanan yang memainkan peranan dalam pembentukan otot adalah protein. Sekarang, dengan memakan ikan limbat secara teratur, keperluan protein akan seimbang.
Penyakit autoimun adalah penyakit yang boleh menyebabkan kegagalan tubuh badan untuk melindungi tubuh daripada serangan bakteria dan virus, yang menyebabkan tisu badan menyerang antibodi itu sendiri.
Ads
Ikan Limbat mengandungi vitamin C dan D yang cukup tinggi. Kedua-dua vitamin ini mempunyai peranan dalam mengekalkan kulit yang sihat, termasuk mencerahkan dan mengekalkan kelembapan kulit.
Ads
Selain vitamin C dan D, ikan limbat juga mengandung vitamin A. Kandungan vitamin A sangat penting dalam mengekalkan kesihatan mata dan dapat mencegah berlakunya kekeliruan.
Pesakit kencing manis biasanya dilarang memakan nasi dan dikehendaki mencari sumber kalori dari makanan lain. Dengan kandungan kalori, ikan limbat boleh memenuhi keperluan kalori sehari-hari bagi pesakit kencing manis.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Assalamualaikum min… Boleh tak nak minta petua macam mana nak elak atau hilangkan bau hancing pari?
Layan strike dah berpeluh, makan asam pedas pun nak berpeluh jugak la.
JAWAPAN:
Memang terencat selera bila dihidangkan dengan pari asam pedas dengan nasi panas tapi bila nak suap ke mulut, bau hancing dari ikan pari tersebut terlebih dahulu menyucuk hidung.
Mengapakah perkara sedemikian boleh terjadi? Apakah penyebabnya? Di bawah ini saya senaraikan beberapa sebab yang diperolehi dari beberapa sumber.
Pertama, ikan pari ini sebenarnya macam orang perempuan juga, ia beranak dam bukannya bertelur.
Oleh yang demikian, dikatakan ada ketikanya pari ni datang bulan (period). Maka, bila pari ni datang bulan satu badan dia akan bau hancing.
Kedua, ketika menyiang ikan pari pastikan tidak terpotong bahagian pundi kencingnya.
Sekiranya terpotong maka satu badan pari akan berbau hancing malah akan lebih teruk daripada bau ikan pari yang period tadi.
Untuk menghindari kejadian ini berlaku maka harulah bijak ketika memilih ikan pari untuk dibeli. Berikut dinyatakan sedikit tip membeli pari;
Pertama, semasa memilih kalau boleh pastikan isi ikan pari tersebut tidak bewarna gelap, sebaliknya berwarna cerah.
Kedua, cium terlebih dahulu sama ada bau hancing atau pun tidak. Tidak perlu malu untuk melakukan perkara ini.
Ketiga, selepas tangkap atau beli ikan pari haruslah ditelangkupkan badannya. Jangan biarkan ia terlentang kerana sekiranya ia kencing maka tak kenalah pada badannya.
Sekiranya terbeli juga ikan pari yang berbau hancing, ia mestilah dineutralkan dengan bahan asid seperti air perahan limau, lemon, cuka atau asam jawa.
Inilah sebabnya kita mesti gunakan asam jawa dan sedikit garam untuk perapkan ikan pari selama 20 minit sebelum masak dan bersihkan dengan membilas air bersih.
Suatu hari saya terpancing ikan pari seorang diri. Masalahnya, saya tak nak tapau ikan ni. Jadi, boleh tak admin beritahu cara-cara bagaimana untuk mengendalikan pari yang telah didaratkan supaya ia dapat dilepaskan kembali tanpa mengalami sebarang kecederaan?
JAWAPAN:
Cara paling baik dan selamat untuk mengendali atau mendaratkan ikan pari ialah dengan menggunakan tangguk atau sauk. Jangan pula menggunakan pencangkuk kerana ia jelas akan mencederakan fizikal pari tersebut.
Namun penggunaan tangguk akan berisiko pula kepada anda. Apatah lagi jika tangguk yang dibawa kecil sementara saiz pari pula besar. Pasti sukar untuk memasukkan pari tersebut ke dalam tangguk. Oleh yang demikian, berhati-hatilah jangan sampai ada anggota badan anda tertusuk dek sengat pari.
Jika tiada tangguk dan anda memancing di pantai, anda boleh mengheret pari tersebut ke pantai dengan memegang bahagian ekornya. Pastikan pari tersebut betul-betul berada di atas darat atau gigi air. Kemudian terbalikkan pari tersebut, keluarkan mata kail yang tercangkuk pada mulutnya dan bolehlah bebaskannya dengan selamat.
Jika mata kail berada jauh di dalam tekaknya dan sukar untuk dikeluarkan, potong sahaja perambut di bahagian paling dekat dengan mulutnya. Kebanyakan mata kail boleh terurai dengan cepat di dalam air masin dan terdapat ujian yang menunjukkan bahawa ikan yang dilepaskan dengan cara ini menjamin kelangsungan hidup mereka.
Seperkara lagi jangan sesekali mematahkan duri sengatnya jika ingin dilepaskan kembali. Sengat itu merupakan senjatanya untuk memburu dan juga mempertahankan diri dari pemangsa. Perbuatan ini sering dilakukan oleh pemancing apabila mendaratkan pari meskipun tidak berhajat untuk membawanya pulang.
Tasik Beris mempunyai keluasan tadahan air 116 km persegi. Ia mula dibina pada 10 Ogos 2000 dan siap sepenuhnya pada tahun 2004.
Mempunyai ketinggian air paras maksimum 86.4 meter paras biasa 84.0 meter berfungsi untuk bekalan air sekitar Kedah dan Pulau Pinang dan kawalan banjir.
Keindahan Tasik Beris yang terletak di daerah Sik, Kedah mampu memukau sesiapa sahaja yang kali pertama berkunjung. Pemandangan kawasan hutan, bukit bukau, kampung serta gunung-ganang ternyata begitu indah dan puas untuk ditatap, lebih-lebih lagi jika anda berada di D’Puncak Beris Lake Resort, salah sebuah resort yang ada di tasik berkenaan.
Sebenarnya kunjungan ke Tasik Beris tidak adapun dalam perancangan saya ketika membuat tugasan ke Kedah baru-baru ini. Setelah selesai satu trip di Kuala Dulang, Yan, saya diajak untuk bermalam di Tasik Beris oleh rakan saya.
Katanya lokasinya tidaklah terlalu jauh dari Kuala Dulang, tambahan pula, saranan keesokan harinya bolehlah saya cuba-cuba casting, mana tahu dapat ilham untuk trip akan datang.
RESORT KONSEP KAMPUNG
D’Puncak Beris Lake Resort merupakan resort milik Cikgu Rashid yang didirikan di tanah miliknya seluas 6 ekar. Ia mula dibina sejak 12 tahun lepas dan kini, pelbagai infrastruktur telah ditambah baik didirikan di sini.
Apa yang menarik perhatian saya adalah, resort miliknya itu dibina menggunakan konsep kampung. Sebahagian besar unit kediamannya dihias dengan begitu cantik, meskipun ada yang menggunakan bahan binaan terpakai.
Menurut Cikgu Rashid lagi, selain percutian keluarga, perniagaan resortnya juga memfokuskan kepada aktiviti outdoor dan indoor, iaitu ia amat sesuai untuk golongan pelajar, penuntut IPT serta institusi kerajaan bagi tujuan seminar, team building, aktiviti ekstrem seperti trekking sekitar Tasik Beris, night safari, camping dan sebagainya.
Ia lengkap dengan kemudahan seperti bilik, dewan besar terbuka, surau, tandas, dewan, tapak perkhemahan, kolam renang dan sebagainya. Harganya sewa yang dikenakan juga amat berpatutan.
Bagi mereka yang gemarkan aktiviti air, pengunjung boleh menyewa sampan, berkayak, star cruise dan lake crossing. Selain itu, pengunjung turut boleh melawat kawasan sekitar seperti kolam ikan, ladang rusa, kambing, ayam kampung dan sebagainya.
Tidak jauh dari resort ini, terdapat sebuah ladang anggur yang menjadi tumpuan setiap musim cuti hujung minggu atau cuti sekolah.
LUBUK MEMANCING
Untuk kaki pancing, Tasik Beris sebenarnya adalah spot memancing terbaik untuk menduga sebarau, toman dan juga siakap. Dan bagi mereka yang mempunyai perancangan untuk memancing di sini, D’Puncak Beris Lake Resort tidak syak lagi lokasi yang paling sesuai untuk menginap.
Alang-alang sudah datang ke sini, saya sempat juga menyewa sebuah bot untuk casting di sini, namun nasib kurang menyebelahi saya hanya toman bersaiz curut yang sudi menyambar gewang. Awal pagi, frenzy sebarau kelihatan di beberapa spot, tetapi bila bot mula menghampiri, kelibatnya terus sunyi sepi.
Mungkin disebabkan faktor bot di Tasik Beris majoritinya menggunakan enjin galah (enjin biawak), menyebabkan sebarau agak culas. Tambahan pula cuaca yang sekejap sahaja sudah terik, menyebabkan misi mencari sebarau menemui kekecewaan. Begitu juga misi mencari siakap di sini tidak berjaya dilakukan kerana kesuntukan masa untuk menuju ke spot mainan siakap kerana saya perlu pulang segera ke Shah Alam.
Pun begitu, rakan yang menaiki bot lain, antara yang bertuah kerana berjaya juga mendapatkan lesen sebarau Tasik Beris walaupun tidak besar. Apa pun saya akan kembali lagi ke tasik ini sedikit masa lagi.
Pertanyaan untuk tempahan penginapan D’ Puncak Beris Lake Resort, hubungi Facebook: D’ Puncak Beris Lake Resort
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...