ZANA: Saya suka memancing ni dari kecil lagi tapi sekadar suka-suka macam tu saja. Tetapi jadi sangat aktif semenjak join Kelab Pemancing Wanita (WAC).
Mungkin sebab dah jumpa geng seangkatan yang meminati dunia pancing.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini berbanding hobi lain?
ZANA: Saya memilih hobi ini bukan saja untuk hilangkan stress kerja tetapi juga mendalami lebih banyak ilmu tentang ikan dan hidupan akuatik.
Selain itu banyak memberikan pengalaman yang di luar jangka. Dan paling menyeronokan ia dapat kurangkan kos untuk membeli ikan di pasar.
Ads
Lagipun, dengan memancing sendiri barulah dapat makan ikan yang masih segar terus dari ladang.
UMPAN: Apa rintangan yang dihadapi sepanjang memancing dan apa harapan anda untuk meneruskan hobi ini?
ZANA: Saya nampak sebarang rintangan jika kita lakukan sesuatu itu dengan penuh minat dan komitmen.
Tanpa rintangan sesuatu yang dihasilkan itu macam tak mencabar dan tak menyeronokkan.
Harapan saya tentulah ingin melihat masyarakat dapat menerima kehadiran wanita dalam industri memancing ini dengan hati lebih terbuka.
Ads
UMPAN: Ceritakan pengalaman manis & pahit ketika memancing?
ZANA: Kenangan pahit ialah mendapat kemalangan di Kelong Mamud di Lukut yang mana sebahagian kelong itu roboh.
Dalam kejadian itu saya tidak sempat untuk menyelamatkan diri. Tangan saya telah dihimpap tiang kelong dan mendapat kecederaan yang teruk pada tangan kiri saya yang turut menyebabkan cacat seumur hidup.
Ads
Namun peristiwa itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memancing bersama geng seangkatan khususnya bersama geng WAC. Lagipun banyak lagi kenangan manis bersama WAC.
Dalam kes kelong roboh ini saya turut terhutang budi dengan pengasas WAC iaitu Normala Abd Rahman yang begitu mengambil berat dan menguruskan perkara berkaitan.
UMPAN: Pencapaian membanggakan dan apa sasaran anda seterusnya?
ZANA: Setakat ini tak ada la sangat pencapaian yang boleh dibanggakan. Lagipun saya memancing hanya untuk seronok-seronok.
Dapat ikan daun baru, tebal pipi, Ikan bulan, ikan kerapu memancing di kelong Pulau Ketam itu pun sudah cukup menyeronokkan pada saya.
AIEN : Saya mula memancing sejak usia 7 tahun lagi. Ia bertitik tolak dari keluarga saya sendiri.
Ini kerana sejak dari kecil saya suka mengikut ke mana saja ayah saya memancing. Ayah saya merupakan seorang pemancing tegar.
Atas sebab itulah agaknya minat ayah mengalir dalam darah saya. Selepas umur saya 15 tahun, saya sudah mula mengikut ayah menyertai pertandingan memancing atau game kolam di Lembah Kelang terutamanya area Hulu Kelang.
UMPAN : Kenapa Aien memilih hobi ini?
AIEN : Mungkin sebab dah jodoh saya dengan hobi ni kot? Entahlah… tetapi saya cukup suka dengan hobi ini.
Mungkin juga melalui hobi ini saya dapat menenangkan fikiran dan jiwa.
UMPAN : Apa pengalaman pahit dan manis dalam hobi ini?
AIEN : Sepanjang menjadi pemancing banyak kenangn pahit dan manis yang sukar untuk dilupakan. Antaranya kenangan pahit saya terjatuh dalam air ketika game pantai sedang dijalankan.
Semasa tu saya cuba membantu sahabat-sahabat yang terbelit tali antara satu sama lain. Saya tak tau macam mana boleh terjatuh.
Time tu ramai pemancing gelakkan saya. Iyelah… terlalu ramai orang yang perhatikan saya di dalam air dan tau-tau terjatuh, mestilah jadi mangsa gelak.
Kalau nak kata pengalaman masin pun iya juga sebab sempatlah saya tertelan air laut sikit. Hahahaha.
Kenangan manis pulak ialah kejayaan saya menaiki podium di game Joran Rimba Tekala.
Gila tak manis sebab sepanjang bergelar pemancing itulah pertama kali menang besar RM5000.
Dalam ramai-ramai lelaki, kita je perempuan. Memang rasa macam bangga kat diri sndiri.
UMPAN: Apa pencapaian tertinggi sehingga kini?
AIEN : Baru-baru ini saya terlibat dalam program televisyen terbitan RTM berjudul Redar Jer. Dalam program ini saya bersama hos, Nadia Hasnan memancing di Langkawi dan berjaya mendaratkan seekor ikan tenggiri. Jangan lupa menontonnya nanti!
UMPAN : Apa rintangan dan harapan Aien dalam hobi memancing?
AIEN : Memang banyak rintangan yang dihadapi sebagai lady angler. Banyak orang tak senang. Banyak orang mengata. Iyelah… banyak game yang saya join dengan lelaki.
Kebanyakannya pulak suami orang. Maka banyaklah fitnah dan menuduh benda tak betul. Tapi saya kuatkan semangat untuk terus ke hadapan daripada melayan kerenah orang.
Bukan diorang keluarkan duit untuk kita pergi memancing pun. Ya tak?
Harapan saya, kalau boleh biar lebih ramai lagi orang perempuan jadi pemancing tegar macam saya. Bila dah ramai tentu orang lelaki tidak berani nak buli kita lebih-lebih.
UMPAN: Sejak bilakah anda mula terlibat dengan dunia hanyir ini?
FATIKA: Menurut Masta Aboh (ayah), Fatika sudah didedahkan dengan dunia hanyir ini sejak berusia 5 tahun lagi. Ketika itu Fatika sudah dibawa oleh Masta Aboh ke mana-mana saja beliau pergi memancing.
Dari situlah Fatika mula memperlihatkan minat terhadap aktiviti memancing sehinggalah ke hari ini.
UMPAN: Kenapa anda memilih hobi ini?
FATIKA: Salah satu sebab Fatika memilih hobi ini kerana ia membuat diri rasa tercabar. Dari hobi ini juga membuat kami sekeluarga mengeratkan lagi silaturahim antara satu sama lain.
Selain itu Fatika suka memilih hobi memancing kerana ia mengajar Fatika erti kesabaran.
Fatika ada 9 adik beradik (Farishal, Farisham, Famiraa, Famila, Farizol, Faliana, Faiz dan Fahirah). Fatika anak yang ke-8. Kesemua kami 9 adik beradik minat yang sama… mungkin kerana mengikut jejak ibu bapa.
Sekarang hanya Fatika dan ma aboh (ibu dan ayah) sahaja tinggal sebumbung. Jadi kami akan habiskan masa dengan setiap petang turun ke port.
Masta Aboh akan mencari port untuk memancing dan kami akan berkomplot satu family untuk mengisi masa bersama.
Kami bukan hanya mencari haruan di parit, tapi sungai mencari udang galah dan ikan di sungai. Bahkan di laut juga.
Fatika sangat bersyukur kerana mempunyai dua insan iaitu syurgaku Mohamad Rasid Hussin (aboh) dan syurgaku Zalina Mohamed (ma). Kedua-duanya masta paling Fatika hargai.
UMPAN: Apa rintangan dan harapan dalam meneruskan hobi ini?
FATIKA: Fatika beranggapan kesemua rintangan yang perlu ditempohi hanyalah sebagai satu cabaran untuk mencapai kejayaan.
Tanpa rintangan dan halangan, kejayaan terasakan bagai masakan kekurangan rencah.
Harapan pula semoga wanita juga diberi keizinan untuk menyukai hobi memancing dan dihormati sebagaimana pemancing lain.
Kami tidak cantik dan tidak berkemampuan untuk kelihatan cantik ketika memancing tetapi kami menyintai hobi ini.
UMPAN: Boleh ceritakan sedikit pengalaman pahit manis ketika memancing?
FATIKA: Banyak kenangan manis yang ditempuhi ketika memancing. Saat paling manis tentulah ketika setiap kali dapat strike ikan.
Bila dah strike ikan semuanya jadi indah dan manis. Namun pengalaman manis dan lucu yang tidak dapat Fatika lupakan ialah ketika terjatuh di dalam parit ketika mengambil ikan.
Sementara kenangan pahit pun banyak juga. Namun pengalaman pahit ialah banyak kali balik rumah dengan tangan kosong atau kumpau. Pada Fatika kumpau itu bukan indah tapi pahit!
Pemancing legenda seharusnya seorang yang mempunyai kisah yang hebat dan mampu ‘memancing’ pemancing lain ke arah sukan memancing. Malah, dalam masa yang sama memberikan inspirasi kepada pemancing lain selain daripada sumbangan mereka dalam memartabatkan sukan memancing itu sendiri. Mereka inilah selayaknya digelar ‘pemancing kepada pemancing’.
Jika dilihat rekod daripada IGFA (International Game Fish Association), ramai yang memang terbukti hebat dalam sukan memancing malah mereka juga lahir dari pelbagai bidang seperti penulisan, sains, telekomunikasi dan perniagaan. Mari kita lihat antara lima pemancing legenda dunia.
Ted Williams (California, Amerika Syarikat / 30 Ogos 1918 – 5 Julai 2002)
Legenda baseball yang juga seorang juruterbang jet pejuang merupakan salah seorang legenda dalam sukan memancing. Dia dikenali sebagai salah seorang pemancing terbaik bagi kedua-dua perairan air masin dan air tawar.
Ted mula terjun dalam dunia memancing ketika dia diletakkan di Florida ketika Perang Dunia II sebagai juruterbang. Selepas perang, dia sering kembali ke sana di luar musim semata-mata untuk memancing. Dalam sejarah hidupnya, Ted dikatakan memancing begitu banyak spesies ikan.
Ted juga telah mendaratkan ribuan daripada tiga spesies kegemarannya yang dianggapnya ‘big three’ iaitu tarpon, bonefish dan Atlantic salmon. Kebanyakan ikan yang dipancing oleh Ted akan dilepaskan kembali. Ted juga merupakan pengumpul gewang tegar malah dia juga mempunyai barangan pancingnya sendiri.
Curt Gowdy (31 Julai 1919 – 20 Februari 2006)
Curt Gowdy pada asalnya merupakan seorang pengacara sukan. Bagaimanapun bidang pengacaraan sukan dan keghairahan dalam sukan memancing amat berkait rapat. Curt Gowdy mula mempelajari teknik fly fishing ketika dia merupakan pengacara di kelab Yankees. Dia memancing ikan tarpon ketika di Sarasota bersama pasukan Red Sox.
Gowdy bertanggungjawab dalam membawa pertandingan memancing ikan trout ke rancangan “Wide World of Sports” di saluran ABC. Lantas membuatkan rancangan yang diberi nama “The American Sportsman” ini merupakan rancangan pertama tentang memancing di kaca televisyen. Gowdy sendiri menjadi pengacara dalam rancangan tersebut.
Selama lebih 20 tahun dan telah memancing bersama ramai selebriti di pelbagai lokasi memancing terbaik seluruh dunia. Gowdy juga menerima anugerah tertinggi bidang pengacaraan sukan sebagai pemancing dan juga pemuliharaan ikan.
Michael Lerner (1891 – 1978)
Michael Lerner merupakan pemilik bagi pengedar dalam industri tekstil di serata dunia. Walau bagaimanapun, Michael Lerner merupakan seorang pemancing yang unggul dan telah banyak menyumbang dalam kancah memancing yang digilainya.
Lerner dan isterinya iaitu Helen telah memancing di pelbagai lapangan pancing yang terbaik termasuk memancing marlin biru (blue marlin) di Bimini, striped marlin dan swordfish di Chile, black marlin di Australia dan New Zealand, swordfish di Peru serta pelbagai spesies tuna di Nova Scotia.
Selain pernah memancing di pelbagai lokasi terbaik, Lerner juga merupakan pengasas IGFA (International Game Fish Association). Selain itu, Lerner juga telah menguruskan dan menyumbang dana ekspedisi bersama saintis American Museum of Natural History ke Cape Breton, Bimini, Australia, New Zealand, Peru, Chile dan Ecuador yang merupakan sumbangan berharga dalam industri memancing dan sains marin serta pemuliharaan.
Tommy Gifford (1896 – 1970)
Apabila bercakap tentang pancingan lautan atau big-game bluewater angling, dikatakan bahawa tiada kapten atau tekong yang lebih baik berbanding Tommy M. Gifford. Gifford mempunyai pengalaman laut dalam lebih 50 tahun sepanjang karier memancingnya.
Dalam jangka masa tersebut, Gifford telah membangunkan ensiklopedia tentang ilmu memancing dan telah pun mendapatkan reputasi yang tinggi dalam mendaratkan tangkapan rekod yang membolehkannya mendapat gelaran legenda setaraf dengan Ernest Hemingway, Michael Lerner, Charlie Lehman dan Van Campen Heilner.
Gifford mahir dalam inovasi peralatan memancing dan terkenal dengan kemahirannya mengubahsuai alatan memancing mengikut keperluannya. Kebanyakan peralatan memancing kini juga hasil daripada kemahiran ubah suai Gifford. Dia juga merupakan antara pemancing terawal menggunakan teknik layang-layang atau kite-fishing.
Ernest Hemingway (21 Julai 1899 – 2 Julai 1961)
Mungkin tiada pemancing sehebat Santiago, yang bertarung beberapa hari dengan tangkapan terbesar dalam hidupnya iaitu seekor marlin biru berukuran 18 kaki.
Santiago adalah seorang karakter pemancing terkenal dalam “Old Man and the Sea” , sebuah novel memancing terkenal yang ditulis oleh Ernest Hemingway. Namun begitu, Ernest Hemingway yang merupakan penulis novel fiksyen tersebut diakui legenda dalam kelas tersendiri dalam dunia memancing.
Hemingway atau digelar sebagai ‘Papa’ belajar mengenal dunia memancing sejak dari kecil bermula dengan pancingan trout bersama bapanya di Tasik Michigan. Menjejak dewasa, Papa menjadi pemancing yang dihormati, pernah menaiki bot kecil di Key West dan Cuba untuk bertarung dengan big fish seperti marlin, barracuda, sailfish dan tuna.
Itu belum termasuk memancing jerung yang mana Hemingway menganggap hadiah sebenar dalam memancing terletak di hujung tali pancing. Novel “Old Man and the Sea” juga merupakan novel terkenal dan pernah memenangi hadiah Nobel pada tahun 1954.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...